iklan

Followers

Pages

Thursday, 6 October 2011

Novel blogger 'Takdir Fitrah Terindah' memang best!

Aku dah habis baca novel 'Takdir Fitrah Terindah' pemberian Hanis Azla untuk anak dara aku Aishah, sempena birthdaynya pada 25 September 2011 lepas. Macam biasa kami bertiga dating di restoran RasaMas, Warta Bandar Baru Bangi.

Besar pengaruh nama pasaraya Warta di dalam komplek membeli-belah tu. Walau pun dah bertukar ke pasaraya Bintang dan yang terakhir menjadi milik Giant tetapi keseluruhan bangunan tetap dipanggil Warta.


Memang best baca novel ni. Walaupun baru je diterbitkan pada penghujung Julai 2011 tetapi sudah pun menduduki carta pertama dalam kategori Buku Prima Ogos lalu. Hanya sebulan selepas diterbitkan.

Teruja Hanis Azla dibuatnya kerana ini merupakan percubaan pertamanya. Aku yang hanya seorang teman ini pun jadi turut gembira bila hasil usahanya selama 2 tahun tu sangat berbaloi.

Baru saja aku bertanya "cetakan kedua dah keluar ke?". Terjawab sudah pertanyaan aku dalam entrynya 'Cetakan kedua.. Takdir Fitrah Terindah'.

Sekali-sekala menitis air mata aku semasa membacanya. Meresap ke dalam hati macam cerita hindustan pulak. Patutlah Hanis Azla kata sampai naik jerawat semasa menulis manuskrip novel ni. 2 tahun dia mengadun cerita ini dengan penuh penghayatan. Aku yang jenis tak mudah nak menangis pun boleh kejap-kejap lap air mata.

Aishah tanya "mama baca novel ni skip-skip pagekan?". "Taklah! Mama baca perkataannya satu persatu", jawap aku. Selalu memang begitu pun perangai aku bila baca novel tebal-tebal ni sebab nak cepat habis tapi yang ini seronok membaca setiap baris ayatnya.


Suka benar aku dengan kata-kata indah yang Hanis Azla titipkan di muka surat pertama novel ini :

"Buat temanku Kak Liza & anakanda Aishah.
Hargai setiap cinta, kasih dan sayang...
Salam mesra, Hanis Azla".

Kata-kata ringkas tetapi memberi maksud yang sangat mendalam. Cantik tulisan tangannya.

Aishah pernah memberitahu aku yang dia pernah terpikat dengan sinopsis buku ini semasa melayari laman web Buku Prima. Tapi dia tak menyangka pula ianya novel milik Hanis Azlayang dikenalinya. Katanya seperti biasa dengar nama Hanis Azla tetapi lupa di mana. Hanya setelah tiba-tiba aku mencadangkan novel ini padanya, barulah dia teringat. Bermakna sebab asal dia sukakan novel ni bukanlah kerana penulis novel adalah rakan aku. Bila dah tahu, lebih-lebihlah sukanya.

Jika ada yang berminat nak membacanya, boleh jenguk di kedai-kedai MPH atau ada juga diMPH online. Boleh juga dapatkan di laman web Buku Prima. Tidak pun korang order je denganHanis Azla, suruh dia tanda tangan sekali.

Antara teman blogger yang aku tau dah teruja dengan novel ni : Lulu Chelsea, Cik Bunga,Wahida, Wani AIM, Kak Aya, Eyrique Ettiqazz (EE) dan Kak Dinas Aldi.

Macam Lulu, aku bagi fullmark juga. Wani! Kak Liza pun terfikir juga kalau novel ni dijadikan drama bersiri memang best. Ada suka dan ada duka digarap bersama dalam novel ni. Boleh bagi Mak Dara fikir-fikirkan potensinya menjadi drama yang hebat.

Bagi peminat novel, jangan lepas peluang dapatkannya.

p/s : Tunggu novel Hanis Azla yang kedua... bila nak siap? Lagi 2 tahun ke?


2 comments:

Hanis Azla said...

salam kak liza.. terima kasih banyak kak untuk entry ni.. terharu dan gembira sgt sbb akak menyukainya.. Alhamdulillah syukur.. InsyaAllah, andai ada rezeki nanti adalah yg kedua.. Akak doa2kan semoga idea saya untuk menulis sentiasa ada..

lepas PMR ni bolehlah aishah membacanya pula..

Aku Ibu Muda said...

kak liza, wani dh 2 kali tanya mak dara...tapi no respon...kak liza pulak lah tanya kan :)