iklan

Followers

Pages

Monday, 24 October 2011

Ulam-ulaman yang aku tak pernah jumpa

Ulam-ulaman

Minggu lepas aku singgah rumah abang sulung aku di Ipoh. Kakak ipar aku pun macam aku juga yang suka makan ulam-ulam ni. Memang berseleralah aku makan di padan pulak dengan masak lemak ketam.

Hari tu ulam yang dia hidangkan adalah ulam-ulam yang aku tak biasa jumpa seperti kacip fatimah (daun hijau kanan sekali), bunga kunyit (hijau muda), daun asam jawa (daun yang besar tu) dan aku lupa nama ulam yang kecil dan dah dibelah tu.

Bagi aku memang sedap sebab memang dah suka ulam. Lagi pun banyak khasiatnya makan ulam ni.
Boleh jenguk sini untuk lihat khasiat ulam-ulaman : Khasiat ulam-ulaman.

Tentu ramai juga yang pernah dengar tentang nasi ulam. Tak perlu lauk lain dah, makan nasi ulam saja dah sedap. Siapa nak cuba masak Nyonya Nasi Ulam? Klik aje link tu. Ada juga gambar bunga kunyit yang jelas. Susah nak jumpa bunga kunyit ni. Rasanya macam hirisan kunyit muda juga.

Bagi yang tak biasa makan ulam, bolehlah cuba-cuba. Banyak khasiatnya!

8 comments:

ct rahani said...

daun asam jawa tu sy suka makan camtu jer.. rasanya masam2 sket.. memang sedap.. :)

Cik Eka said...

fuhh kak,tak penah eka jumpe lagi ulam2 tu..hehehehe

eka suka jugak ulam2 ni cicah smbal belacan kemainn lagi mak mertua lalu tak toleh..haha

Daddy Ziyyad said...

Ulam ulam yang saya biasa makan ialah salad dan timun aja..hahaha

saya suka ada satu ulam yang bila kita makan, berangin aja rasanya dalam mulut..tak tau apa nama ulam tu..susah nak jumpa

mas saari said...

saya pun suka ulam.. tapi ulam bunga kunyit tu pernah jumpa tapi tak pernah makan!

Amie said...

mmmmm... kecur liur tengok ulam-ulaman tu... kita memang hantu ulam..

diana said...

saya pun banyak ulam yang saya tak kenal/.
tapi kalau hidang saya makan jugak..:0

Ct Aja said...

saya kadang2 tak tau name daun2 tu akk, tapi main makan je..hihiih

MaYa MustWany said...

err mas selalu kene marah tak makan sayur n ulam.he2.mmg nak khasiatnya tapi entahla takut pahit sayur tuh..he2