iklan

Followers

Pages

Monday, 3 October 2011

Teman blogger pengubat duka


Seronok menulis di blog ni. Walau pun lebih ramai yang aku tak kenal wajah mereka tetapi kebanyakan yang bertamu di blog aku ni baik-baik belaka. Mungkin blog aku ni bukanlah blog kontroversi pun maka tak adalah yang nak buat provokasi. Kalau ada pun, mungkinlah aku delete aje komen-komen provokasi ni. Buat apa nak published kalau lebih memburukkan keadaan.

Seronoknya bila hari aku duka, tersenyum juga membaca komen-komen teman-teman blogger. Kadang-kadang boleh buat aku tergelak juga. Masing-masing ada pengalaman dan cara sendiri yang terkadang lucu dan ada juga pelik. Tak kisahlah asal masing-masing bahagia. Yang penting kita tak menyusahkan insan lain dan tak melanggar tatasusila adat dan agama.

Sebab itulah aku tak kisah pun kalau ada blog yang orang selalu kata syok sendiri, banyak kisah peribadi, suka widget banyak, pasang lagu-lagu yang aku tak minat dan macam-macam lagilah selagi dia tak minta komen aku. Blog dia, cara dia asal jangan tergolong dalam 18SX, 18SG dan apa-apa 18 lah.

Tengok sajalah komen-komen teman-teman dalam entry 'Salam sebelum tidur, susah ke?'. Tajuk mudah, isi pun mudah aje. Tapi kalau diamalkan, besar pahalanya. Moga bahagia seisi keluarga. Tersenyum juga aku baca komen-komen tu.

Bermasyarakatlah dengan baik dalam dunia maya ni. Elok hati-hati bila nak komen atau nak tegur. Tak seronoknya bila bermasam muka ni. Pandang-pandang bila berkata-kata, takut juga terkena batang hidung sendiri nanti. Bukan tak boleh menegur tapi pandailah guna gaya bahasa yang baik.

Macam komen rakan aku ni lah. Aku pun memang tak berapa berkenan dengan apa yang berlaku. Tapi dah rezeki empunya diri, pandai-pandailah nak uruskan. Masing-masing dah dewasa. Cuma ada pula yang menegur, alamak.. pedas juga bila aku baca kat SINI.

10 comments:

blog-tips-kurus said...

sebelum menaip pon kena berfikir dulu, kan.. :-)

aimie amalina said...

=]
epi blogging dgn baik!

ummiross said...

Rindu-rinduan selalu kat Liza...

Dinas Aldi said...

Betul la, ada orang nak komen tu tak fikir dulu. Pakai sedap mulut saja, sedih bila baca, wuhuhuu..

Kak Aya said...

betul tu...blog sendiri suka-suka la nak tulis apa tp jgn melebihi limit.

Amie said...

budi bahasa budaya kita....:-)

jeBateja said...

bagi pendapatan hamba yg hina ni...komen biar le berpada2...kalau meyeksa jiwa org...tatak baik oooo...errr....kak liza...apa khoba...ahakz

Hanis Azla said...

sebelum berkata2 mmg kena peka juga pada persekitaran dan dgn perasaan org lain..

Aku Ibu Muda said...

tetiba rasa rindu kat kak liza :)

RADz said...

Owner blog ni pun baik juga...