iklan

Followers

Pages

Thursday 1 March 2012

Lain aku mintak, lain yang kau bagi!



Aku pergi makan di satu restoran di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi dengan anak-anak. Order air tembikai, epal dan laici macam dalam gambar kat atas tu.

Cuba korang tengok apa yang tak kena dengan air yang pelayan tu hantar?

Tak pe, tak perlu teruk sangat berfikir jika tak perasan apa yang silap. Aku pun bukan nak buat teka-teki pun kat sini.

Entah apalah yang sedang difikirkan oleh si pembuat air ni. Berangan atau tak sensitif?

Perlu apa letak sudu dalam air tembikai dan air epal tu? Mana pulak sudu untuk air laici? Kalau nak makan buah laici tu kena tonggang gelas tu agaknya.

Sebenarnya bukan hal ini je yang buat aku marah masa tu. Antara hal lain yang pelayannya memang hampeh bila

1. Aku order mee goreng tak pedas, tapi di hantarnya yang nampak sangat ada cili api dalamnya. Manalah anak kecil aku si Arif yang baru 3 tahun tu nak makan. Aku komplen lagi tapi yang pedas juga dihantarnya. Menahan sabar aje kan.

2. Sebelum tu order air laici ni, tapi yang dihantarnya semangkuk laicikang. Gambar air laici kat atas tu dia hantar selepas aku komplen.

3. Tunggu order sampai lebih 40 minit rasanya, padahal masa tu kitaorang aje customer yang datang. Lepas tu barulah ada 2 lagi family yang masuk restoran tu. Tak tahulah aku kalau pelanggan dia ramai, pengsanlah semua customer menunggu.

Ingatkan nak tolong bangsa sendiri yang baru aje buka restoran, tapi kalau service macam ni punya teruk nampaknya susahlah aku nak menyokong.

Baru buka restoran bukan alasannya. Bila kita nak buka restoran dah tentu bersedia dengan modal yang cukup dan pekerja yang cekap sebab bila baru memang lambat nak dapat customer. Kita juga mesti dah ada plan-plan untuk mengatasi masalah lambat terima order seperti yang dah biasa sangat berlaku di kebanyakan restoran. Ini baru meja pertama dah kalut gila punya service. Susahlah kalau minggu pertama buka kedai dah dapat imej buruk begini.

Confirm aku tak datang lagi dah. Alasan pekerja budak baru memang susah aku nak terima. Takkan tak boleh nak bezakan pedas dengan tak pedas walau dah komplen kali kedua. Ada aku sebut perkataan 'kang' selepas menyebut 'laici'? Bukan pelayan warga asing pun, warga Malaysia jugak!

9 comments:

Hudalatip said...

wah marah betul nampaknya ni..

Liza @ Adzriel AB said...

Huda : dah reda dah... he.he.. marahnya kejap aje.

mr said...

Haha. Sabo kak. Tu probs utama peniaga melayu. Bukan nak skeptikal, tapi macam dah sampai orang cakap, "alah, beselah tu...". kan kan!!! Macam nak xnak je niaga. Huhu... Tapi, bahaye jugak kita as customer, takut diorg letak mende2 xelok. Tegur jela kalau ada yang xkena, servis ke, makanan ke. Kadang diorang dah tahu, tapi deny probs tu sebab xde orang kompelin. =)

Liza @ Adzriel AB said...

Mardhiyyah Ridzuan : lepas geram kat sini je.. tapi tegur elok2 kat situ. lepas dia hantar kali ke-2 mee goreng pedas, lansung suruh bungkus je. malas nak makan. malas nak menyuruh lagi, mcm tak faham bahasa pulak.

Misz-ella said...

yg ambek order tak bagi tau tukang masak btl2 la tu.

pastu tang air tu, hahhh .. mmg dia cuai.

Liza @ Adzriel AB said...

kakchik@ella : budak tg amik order tu yg paling masalahnya..

mas saari said...

selalu gak kena camni, kalau tak sabar memang dah ca alif but...

umiawadah said...

saya pun akan membebl camkak liza kalau kena situasi macam ni...tapi tak leh tahannya..suami kata alah biarlah...tengok tu...tak leh bagi muka kat diorang ni

Norliha Samad said...

kerap juga kena macam tu...
kekadang geram kita order dulu org kemudian yg dapat dulu.