iklan

Followers

Pages

Wednesday, 29 February 2012

Serious buyerlah sangat!

Agaknya apalah perasaan korang yang berniaga kecil-kecilan seperti buat kuih, kek, menjahit baju, menjahit langsir atau yang seumpamanya yang memerlukan buat ikut tempahan bila pelanggan yang buat tempahan tu tak nampak batang hidungnya hingga tempahan dah siap? Kalau kek dah tentu tak tahan lama, kuih tradisional boleh cepat rosak, baju dan langsir dah tentu ikut saiz.

Apalah agaknya yang difikir oleh pelanggan macam ni? Beriya-iya tempah "saya serious buyer!", ayat nak meyakinkan peniaga. Lepas tu diam je tak tuntut tempahan dan pastilah tak akan buat bayaran. Kalau peniaga tu sabar, dia redha ajelah. Kalau tak sabar, macam-macamlah sumpah seranah yang keluar.

Orang selalu suruh peniaga mesti bersikap jujur dengan pelanggan, betullah tu. Tak jujur nanti rezeki tu tak berkat kat tangan. Tetapi pelanggan juga perlu ada rasa bertanggungjawab dan jujur dengan perjanjian tempahan yang dibuat.

Janganlah menyusahkan peniaga yang telah bersusah payah berusaha memenuhi kehendak kita sebagai pelanggan. Itu penganiayaan namanya.

Dah tempah tu bayarlahkan. Dahlah peniaga kecil-kecilan berpendapatan pun ciput aje. Bagaimana dia nak pusing modalnya nanti.

"Alaaa... barang tu harga RM10 aje, itu pun nak berkira! Kalau aku kensel pun bukan muflis pun!", rungut si pelanggan. Mari sini aku nak tanya apa boleh buat dengan RM10 tu? Rasanya kalau anak hilangkan RM10, dia pun boleh naik angin agaknya! Kalau 10 orang tak tuntut tempahan, dah rugi RM100.

Tidak pun letakkan dirinya di tempat peniaga tu, baru tahu apa rasa bila dikhianati oleh pelanggan begini.

Ini hanya sebahagian daripada masalah yang dihadapi oleh peniaga dengan kerenah pelanggan yang tidak jujur. Banyak juga pelanggan yang terkena dengan penipuan peniaga. Maka tidak kiralah kita ini pelanggan atau pun peniaga hendaklah jujur dalam urusan jual beli.

Mungkin pengajaran bagi peniaga untuk ambil langkah-langkah keselamatan seperti ambil deposit dulu. Tapi aku rasa kalau kita tempah baju atau di kedai-kedai biasa tu selalunya mana ada peniaga mintak deposit punkan. Macam-macam!

10 comments:

Suara Kalbu said...

Tak baik buat peniaga macam tu.Kena fahamla peranan masing-masing kan kak.

Ida aktif buat belian online. Selalu kalau ida dah dapat confirmation tentang bayaran yang perlu ida buat, immediately buat Maybank2u trasnfer.

Kalau ida rasa macam was-was nak beli ke tak nak beli, ida tak buat booking takut nanti tak jadi, menyusahkan peniaga pulak.

Liza @ Adzriel AB said...

Suara Kalbu : betul tu.. kalau tak jadi pun mungkin peniaga terima jika minta maaf dgn alasan yg munasabah ke. ini bagi kes peniaga yg boleh kowtim le.. ini senyap macam tu aje.. kesian peniaga tu. sedih katanya bila ada yg sanggup buat dia mcm ni.

.........cP~ said...

Kot ye pun nak cancel, cakap la elok2, explain baik2 kan.. hmm.. Tak baik buat orang macam tu..

Me said...

jom berniaga corset Premium Beautiful pulak..sy acively menjual ni :)

mas saari said...

memang teruk orang macam ni..
tapi saya memang serius buyer kalau saya betul2 berkenan dengan barang tu!

Mardhiyyah Ridzuan said...

Jujur tu penting sebenarnya. Kalau rasa tak mampu, cakap awal-awal. Susah2...

-Sara- said...

cstemor cmtu menyusahkan peniaga kan..kasi rugi jee..bkn makin untung!

*eh, emo lak! hehe

norliha said...

buyer mmg banyak ragam, ada yg nak belinya skit, tp banyak hal.

Liza @ Adzriel AB said...

norliha : banyak ragam tak pe asalkan yang patut2 & memang haknya.

Dinas Aldi said...

Memang tak patut buat macam tu, tak ingat Tuhan ka menipu orang macam tu. Dah order tapi tak pi ambik, buta perut sangat la heh.