iklan

Followers

Pages

Monday 31 October 2011

Apalah yang sibuk sangat tu?



Agak lama aku tak up-date blog ni. Minda aku agak serabut sikit untuk fokus pada bebelan berbentuk kisah seharian seperti selalu. Aku hanya mampu up-date hal-hal yang berkaitan dengan bisnes online aku di Adzrien Shoppe dan juga entry berbentuk gambar dengan ulasan yang ringkas seperti INI.

Begitu banyak lawatan teman-teman blogger lama dan baru yang belum aku balas. Aduhai...

"Salam kak. Lama x nampak update blog. Sehat ke?" sms yang aku terima dari ibu cilik, Wani dari blog Bila Ibu Muda Berleter. Tak padan dengan saiz badan, tapi kuat berleter. Tapi leterannya berisi... tak sabar nak dengar suaranya di Hot FM.

Apalah yang busy sangat tu sampai tak boleh nak up-date blog ni?

Aku bekerja sendiri. Kalau kerja, adalah duitnya. Tapi kalau aku asyik menulis di blog saja, siapa pula nak membayar duit kereta aku? Lainlah mereka yang bijak mencari duit melalui blog. Sementara nak dapat imbalan lumayan dari blog, kerja yang ada kenalah aku teruskan juga dulu.

Kalau tak ada duit, tak dapatlah nak shopping dan ajak anak bersantai tengok movie-movie terbaru di Alamanda... kat Alamanda je aku suka tengok wayang. Anak-anaklah teman paling setia aku. Hubby aku tak berapa suka tengok wayang.

Kereta bergerak nak guna minyak, perlukan duit. Takkan aku nak top-up minyak kereta dengan air paip pulakkan.

Tentu ada yang kata, hubbykan ada! Dah banyak komitmen dia setiap bulan. Duit kereta dia, rumah, segala bil, sekolah dan makan semuanya tertanggung pada hubby. Jadi malas dah aku nak meminta-minta. Seronok lagi guna duit sendiri kalau nak shopping.

Bila ada banyak appoinment dengan client, hanya sekali-sekala aku dapat jenguk blog ni. Kadang tu badan dah penat keluar ke sana-sini, idea pun tak ada. Hanya jenguk-jenguk komen dan approve sahaja.

Aku pun baru saja menyiapkan blog Amani Beg Kraf secara simple saja sebab pemilik blog tu agak 'zero knowledge' dalam hal blog. Jadi aku kenalah bantu dia buatkan blog, create facebook dan page untuknya. Dia cuma perlu uruskan order di email dan inbox facebooknya. Entrynya pun aku juga yang kena masukkan. Samalah seperti yang aku buat untuk blog Beauty Farmasi Colour Cosmetics.

Agak mengambil masa siapkan blog-blog tu tapi tak kisahlah demi kasih sayang sebab pemiliknya adalah kakak ipar dan kakak kandung aku. Siapa lagi yang nak membantu kalau adik sendiri tau nak buat. Bukanlah profesional pun, ala-ala amatur pun jadilah.

Seeloknya sesiapa yang nak tinggalkan jejak dalam blog aku, komenlah dalam entry berbanding shoutbox. Pastikan 'link' blog korang ada pada profile. Kalau tak sempat hari ini, esok lusa akan aku jejak...Insyaallah!

3 comments:

Susie said...

hai jejak disini

http://susiyantisoleman.blogspot.com/

ummiross said...

betul lah Liza, lama tak nampak jejak, ingatkan balik kampung sebab cuti deepavali baru ni lama jugakkan.
Liza suka tolong orang, insyaAllah murah rezeki...

Dinas Aldi said...

Takpalah Liza, dulukan mana yg lebih penting. Betul tu, sekarang ni bergerak sikit pun nak kena duit sesaja. Semoga Allah murahkan rezekimu, dik.