iklan

Followers

Pages

Friday, 4 March 2011

Next week anak2 ada ujian!

Zaman aku sekolah rendah dulu tak pernah study pun bila nak exam. Tapi aku memang fokus dengan apa yang cikgu ajar semasa dalam kelas. Kalau pagi sekolah kebangsaan, petang pulak ke sekolah ugama. Bila sempat aku pergi main pulak. Duduk kat kampung, main apa lagi kalau tak main galah panjang, main lompat getah atau main baling tin atau selipar. Memang aktif le aku masa kecik2 dulu. Ada juga main badminton dengan anak jiran sebelah.

Bila malam pulak aku memang suka tengok TV. Mana ada homework pun nak dibuat. Bila mak aku bising je, aku terus masuk bilik tidur & zzzzzzzzz.... Bila aku study pun aku tak pasti.

Boleh pulak tu aku score A dalam exam tu. Bila periksa je mesti dapat nombor 1. Sekali-sekala periksa dapat nombor 2 atau 3 tu aku buat diam je tak bagitau mak aku. Takut kena marah. Penilaian darjah 5 pun aku dapat 5A. Masa tu dua orang je yang dapat 5A pun. Kalau tak dapat memang malu le kan! Mak aku sure bising punya. tapi tidak pulak aku rasa stress belajar. Mungkin sebab tak pernah study pun. Main cukup, tidur pun cukup.

Tapi cuba tengok zaman sekarang, nak ujian pun kalut anak2 nak kena study. Kesian jugak aku tengok. Baru darjah 1 pun dah jenuh nak kena study. Apa nak buatkan, dunia makin mencabar & sistem semakin maju. Budak-budak sekarang pun makin bijak.

Anak2 aku pulak memang ikut rentak aku juga. Tapi bukan rentak score A aku. Depa ikut rentak aku yang suka nak main je... adoiiii! Nak salahkan anak? Memang tak patut le...dah maknya dulu macam tu.

Minggu depan anak2 ada ujian kat sekolah rendah. Begitu juga yang menengahnya. Kalut le nak kena ingatkan depa study. Kalau tak main ajelah. Yang menengah lagilah kena studykan macam aku dulu. Macam kejutan budaya pulak bila kena study bila dah naik sekolah menengah. Samalah macam anak2 aku sekolah menengah tu, kejutan jugalah sebab homework bertambah banyak.

Bukan nak eksyen pun dapat penilaian 5A. Tak ke mana pun kalau SPM tak score. Macam akulah... zaman sekolah menengah punya result memang cukup makan aje. Frust pun ada, tapi dah salah sendiri tak belajar rajin2. Tuhan masih kesian kat aku bila dapat gred 2 dengan 4 kredit yg cukup2 je melayakkan aku masuk POLISAS.

Aku cover balik kekalahan aku dengan score CGPA aku 3.53. Dapat le Sijil Elektronik Perhubungan je. Konon2 nak sambung diploma tapi mak pulak kata tak de duit... nak buat camner. Aku kerja dulu le sebagai technician di HEPM, Bandar Baru Bangi. Ingatkan kot le nak sambung lepas tu.... laaaa... Mr. Right aku lak datang...he..he.. kahwin le pulak ye.

Namun hajat aku nak sambung tu tetap ada. Takpelah walaupun berangan aje dulu...

Sebab tu aku selalu pesan kat anak2, belajar rajin2 untuk kutip ilmu banyak2 sampai universiti supaya orang tak pandang rendah pada kita. Lepas tu suka hatilah nak kerja apa asal kerjanya halal dan tak menyusahkan orang. Selagi mampu aku akan support sebab bila otak bagus tapi tak cuba hingga tahap terbaik adalah sangat merugikan.

Tugas ibu bapa menyediakan dana untuk anak2 belajar & anak2 hanya perlu belajar. Kalau ada masalah boleh bincang elok2. Jangan pulak study sampai otak biol. Teknik belajar ada macam2 dan gunalah mana yg sesuai dengan diri kita & poket daddy.

Jangan give-up kalau masa sekolah rendah ni anak2 tak berapa score. Mak ayahlah yang kena galakkan anak2 dengan pelbagai cara. Jangan asyik nak kondem budak tu je... tension dia! Kalau aku pun tension kalau dengar mak ayah aku membebel. Cair taik telinga! Tapi kalau degil sangat, rotan je..ops!

Kalau anak2 yg masih sekolah rendah pulak nak kena mak atau ayah kat sebelah, baru le jadi diaorang study. Yang sekolah menengah kira boleh suruh aje... Apa2 pun mak & ayah kena sama2 membantu anak2 belajar. Jangan asyik lepaskan tanggungjawab tu kat salah seorang je kan.

Baca tips belajar yang sempoi kat sini.

8 comments:

ummiross said...

Semoga tercapai impian untuk menyambung pelajaran..

Hanis Azla said...

anank2 saya pun nak exam next week.. tp semua rileks sokmo.. aduh.. kita pulak yg dok asyik ingatkan.. lepas tu depan buku 1/2 jam.. depan tv 3,4 jam..

farah fauzi said...

saya dulupun suka tgk tv jugak..malas betul nak study..tapi time exam sangat suka sebab tak yah bawa buku byk2 gi skul..hehe

Ila said...

kagum dengan kesungguhan puan mendidik anak-untuk belajar. Kalau la semua parents macam puan, Insya Allah cemerlang anak2 bangsa kita. Bukan dari akademik, malah sahsiah juga. Parents sekarang ni ramai yang buat endah tak endah. Semua harapkan guru.

Liza @ Adzriel AB said...

ummiross : terima kasih atas doanya.. moga Allah makbulkan.

Liza @ Adzriel AB said...

Hanis Azla : kadang2 tangan buku kat tangan dah, tapi mata ke lain. dugaan...

Liza @ Adzriel AB said...

farah fauzi : akak suka dengan walkman dulu2 & layan novel.

Liza @ Adzriel AB said...

Ila : kadang2 tak maintain juga follow-upnya. Insyaallah, moga tak jemu cuba yg terbaik utk anak2.