iklan

Followers

Pages

Tuesday, 8 March 2011

Call me auntie ye sayang!

Rasanya teman blogger aku ni ada juga buat entry tentang umur ni. Actually aku memang dah declare kat blog ni status kahwin, umur, anak-anak dan background sekali. Agak jelas jugalah siapa diri aku ni. Tak ada sorok-sorok pun. Gambar aku pun ada juga sebab aku ni memang jenis sempoi je sebenarnya.


Ni antara entrynya :
Blogger Sembunyi Identiti - Edisi Jawapan..
Bercakap tentang usia...

Mungkin bagi orang lain tak penting tapi beginilah cara aku. Tidak pula sekali-kali aku kata cara mereka yang lain itu salah. Menyorokkan identiti bukanlah masalah besar pun asal tidak menimbulkan kontroversi dan menyusahkan orang. Kita patut hormati cara mereka kerana mereka punya alasan yang waras untuk berbuat demikian.

Aku lebih selesa jika kalian tahu jantina aku, status perkahwinan dan usia kerana ia boleh mempengaruhi batas-batas pergaulan secara automatik. Aku akan berusaha mengingatkan siapa diri aku agar tidak melebihi batas-batasnya dan begitu juga dengan teman-teman aku.

Aku tak kisah bila orang memanggil Adzriel AB saja. Cuma aku rasa kekok bila ada anak-anak remaja usia belasan tahun memanggil aku kakak di blog ni. Anak sulung auntie pun dah 15 tahun nak oiii... Anak saudara sulung sebelah aku dah 18 tahun manakala sebelah suami aku dah 25 tahun dan dah berkahwin pun. Insyaallah tahun ni aku bakal jadi nenek saudara di usia 38 tahun... he..he.. Boleh pulak anak saudara aku bertanya, "Makcik! Tak nak saing ke tambah baby?".

Orang lain tak kisah tapi aku ni kisah...he..he.. takut lupa diri ye anak-anak! Mana-mana yang masih usia belasan tahun tu panggillah auntie ye...jangan panggil kak! Terasa lebih mesra... Tapi mana yang umur 20 lebih tu tak pelah nak panggil kakak pun. Tak pun panggil Adzriel saja pun ok je! He..he.. gelak anak aku baca entry ni! "Mama ni! Ada-ada je!"

p/s : Azza sayang...call me auntie ye... this year Azza nak PMR, samalah dengan anak auntie. Aku suka Azza ni, agak matang melebihi usia!

6 comments:

Hanis Azla said...

klu jarak umur jauh sgt mmg kita tak selesa klu gunakan panggilan yg tak sesuai kan kak.. sbb itulah saya kena declare.. he.he.. ala cantiknya gambar akak dgn anak.. sedondon aje dua2nya.. mcm adik beradik plk..

Liza @ Adzriel AB said...

Hanis Azla : he..he.. perasan muda pulak dah..

Latifah said...

wahhh beza umur kita 10 tahun la kak.
okay kan panggil akak?
heheh... this year i will be 28!
=)

Liza @ Adzriel AB said...

Latifah : masa latifah lahir akak dah pandai main netball..he..he..

Azah Rahaman said...

baiklah aunty sayanggg, timakaseh, ty azza panggil aunty, aunty ye :)

Liza @ Adzriel AB said...

Azza Firza : he.he.. sayang Azza... bila balik sini kena call aunty tau. no hp dah ada.