iklan

Followers

Pages

Friday, 14 January 2011

Penyakit lupa

Seperti biasa aku mendengar radio Era dlm kereta on the way nak ke KUIS, selepas aku hantar anak2 ke sekolah. Topik radio Era hari ni ialah "lupa" atau "tak ingat".

Macam perli aku je! Mana taknya, pagi ni aku kalut sikit. Sebenarnya hari2 pun aku kalut! Entah bila nak berubah. Memang kalut le sebab masa tu jam tangan dah tunjuk pukul 7.15 am. Aku tanya anak aku "mana kunci kereta?"....Ishhh...saper pulak ambik ni time oghang nak cepat ni! Biasanya aku letak je kat tepi tangga tu. Ikin kata dia letak dalam handbag aku sebab malam tadi Arif main. Bila mana pulak le si kecik ni capai kunci tu. Adalah tu yg ubah letak tempat rendah. Mmm..tak kisahlah, asal dah jumpa.

Aku guna remote buka utk unlock pintu kereta supaya anak2 dpt masuk kereta dulu. Sementara tu aku cepat2 pakai tudung. Nasib le pakai tudung ala-ariani tu, tak sampai pun 2 minit dah siap. Aku dukung Arif, ambil beg dia dan handbag aku nak keluar. Eh! Mana pulak lagi kunci kereta ni? Hilang balik ke! Nasib baik le tak lama mencari, rupanya lepas aku unlock kereta tadi aku letak semula dlm handbag.

Ini satu antara sikap aku yg terkadang lupa. Tapi lupa nak jawap soalan periksa tu tak sama ye. Tak study memang le lupa. Akibatnya markah kosong le yg dpt. Kadang2 terlupa letak barang di mana2. Terpaksa pulak ulang tayang pergerakan. Di mana aku duduk tadi & tempat yg aku lalu. Boleh terjadi juga adegan menyelongkar. Jgn lupa kemas balik pulak. Bila dah selalu mengadap komputer ni sampai terfikir di otak aku...kalaulah boleh UNDO! Mengarut betul!

Yang aku dengar di radio Era tu kisah seorang awek pegi dating dgn pakwe dia di Mid Valley. Pakwe dia entahkan pegi toilet agaknya...dia pun lupa. Sementara menunggu, dia pun jalan2 le sekitar Mid Valley tu. Entah macam mana dia boleh terlupa, leka meronda agaknya. Selepas tu dia terus balik rumah. Sampai kat rumah dia boleh sms pak we dia tanya "tengah buat apa?".

Bayangkan le perasaan pakwe tu. Punyerlah geram sampai depa 'clash' sebab kes lupa tu. Jenuh laa awek tu minta maaf sebab dia memang betul2 terlupa. Pakwe tak pe lagikan. Dibuatnya anak tertinggal kat shopping kompleks tu kan susah. Blurlah budak tu nak balik. Bahaya betul.

Aku jamin korang pun mesti ada kes2 lupa yg lawak, yg membahayakan, yg menyeronokkan.

Ini kata2 yg aku petik dari posting seorang insan di EkSpLoRaSi HaTi

Namun, punca lupa yang paling menakutkan ialah apabila banyak lupa kepada Allah. Dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud: "Janganlah kamu menjadi seperti orang yang melupai Allah, nanti Allah akan membuatkan kamu lupa diri kamu sendiri."

Ini lupa diri yg paling menakutkan.

Dalam Islam sendiri selain drp kita berusaha menjaga pemakanan, menjaga rutin harian kita & melakukan pelbagai aktiviti 'baikpulih' / 'improvement' / 'kaizen' / 'countermeasure' untuk memastikan diri kita sihat & tugas kita sempurna yg mungkin akibat terlupa, kita juga digalakkan berdoa. Dan setiap perkara itu ada juga doa2 yg tertentunya seperti doa makan (paling famous!), doa nak masuk tidur, doa bangun tidur, doa nak berpakaian dan sebagainya. Memohon pada Allah agar apa jua yg kita lakukan itu terpelihara.
Himpunan Doa Harian untuk rujukan semua.

2 comments:

Hanys Najib said...

sy pon kadang-kadang ada jugak penyakit ni kak..nama je orang muda..haha
btw,tekejut gak baca kisah clash sebab lupa tu, maybe sebab pakwe dia dah tunggu or mencarik dia kat mid tu kot..
alahaiii..
btw, tQ follow sy kak..
;)

Liza @ Adzriel AB said...

semalam citer tu byk kali ulang kat radio era. anak kak liza pun tergelak dengar. lupa ni bukan kira tua muda dah. kak liza selalu gitu gak.