iklan

Followers

Pages

Tuesday, 8 March 2011

Masalah kecil pun nak bercerai!





Saja aku masukkan soalan ni di wall facebook personal aku. Semua yang respon pada statement ni adalah wanita.. he..he.. aku tak ada kawan lelaki ke kat facebook ni? Tidak juga! So faham-fahamlah siapa yang selalu cuci bilik air. Tapi ada suami budiman yang tolong cuci bilik air! Percayalah!

Biras aku iaitu abang ipar aku bekerja di pejabat ugama. Selalu juga dia share cerita tentang masalah rumahtangga orang-orang yang datang mengadu padanya. Ada antaranya masalah yang kita rasa memang berat dan susah nak cari jalan penyelesaian seperti di dera pasangan, pasangannya curang dan culas memberi nafkah pada anak isteri.

Ada juga pasangan yang memohon cerai kerana masalah-masalah yang sepatutnya boleh settle dengan mudah tapi bila dah terkumpul banyak-banyak sampai nak explode dibuatnya. Aku bukan kata masalah remeh ye!

Contohnya isteri masak tak sedap, suami letak stokin merata-rata, isteri tak pandai bergaya, suami malas tolong buat kerja rumah, isteri tau bergaya je tapi rumah semak samun, suami atau isteri selalu outstation, isteri suka berleter, suami kedekut dan berkira, suami atau isteri kuat cemburu buta, isteri malas memasak. Panjang tau senarainya.

Samalah dengan apa yang aku taip kat wall facebook tu. Tak tolong cuci bilik air pun boleh jadi penyebab juga. Ha..ha.. ada juga yang sebab mulut pasangan berbau, suka berdengkur, badan selalu berbau, suka kentut tak kira tempat.... memanglah lawak bunyinya. Jangan lupa perangai orang ni macam-macam. Bila dah tak suka, masalah kecil boleh jadi besar. Jangan pandang remeh pulak! Kena juga cuba atasi masalah yang kecil tu.

Masing-masing kena sabar dan cuba menerima kelemahan pasangan. Namun tetap berusaha untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Walaupun kecil, jangan ambil mudah!

Diri kita sendiri pun bukan bagus sangatkan. Lainlah kalau pasangan anda melakukan kesalahan-kesalahan besar! Jangan nak bertahan pulak kalau dah kena dera takut nyawa pun hilang sama nanti.

Untuk para isteri & bakal isteri... Aku pun kena semak senarai ni!
10 Adab Dengan Suami

Para suami & bakal suami pula jenguk2 le senarai ni!
10 Adab Dengan Isteri

14 comments:

Asterisk Boutique Administrator said...

Mantap pengisian ni :-P

Siti Hajar Masri said...

suami sy yg basuh bilik air sbb bininya malas..haha~

sebenarnya kami bahagikn kerja..sy mop dia basuh bilik air..dia basuh baju sy jemur..mcm tulah..jgn berkira sgt..:)

shafiq ahmad said...

insyaAllah akan sentiasa bantu wife saya

*ayat orang bujang

sw33tdarling said...

masalah umahtangga, bila kecik simpan jer konon taknak besar2 kan hal... tp bila dah kumpul, kentut busuk pun boleh masuk dlm list tauuu!

Adzriel AB said...

Asterisk Boutique : mantap tak pe...jgn hantap, tak larat nak angkat..he..he..

Adzriel AB said...

Siti Hajar Masri : wah..suka akak dengar. camtu lah best!

Adzriel AB said...

shafiq ahmad : ecehhh...semangat yg bagus! cita2 kena ada.. jgn lupa laksanakan nanti..

Adzriel AB said...

sw33tdarling : itu le pasal.. selesaikan cepat2 sebelum explode! dengar bila pasangan komplen walaupun perkara kecil..

Ujang9897 said...

perkongsian yg bgus..thans kak..=)

Adzriel AB said...

Ujang9897 : sama2 ujang. TQ sudi datang!

Aku Ibu Muda said...

bizi2 pun sempat menyinggah blog kak liza ni... setujuuu sangat..kadang2 geram gak ngan hubby bila mende2 remeh camni... tapi cepat2 ingat kat Allah...sabar je... kalau orang yang x sabar gamaknya cerai je lah kejenya...huhuu

Daddy Ziyyad said...

Saya tak bagi wife saya basuh toilet.
Selalunya kerja2 basuh toilet/mop/vacuum..saya yg buat.

Adzriel AB said...

Aku Ibu Muda : itu yg sayang wani.. eee...geram ek.. he..he.. yang! upah lebih boleh? penat wani cuci toilet tau! itu le wani..sabar kena lebih, tapi kena bagitau juga supaya pasangan kita tahu.

Adzriel AB said...

Daddy Ziyyad : bertuahnya isteri daddy Ziyyad... bertambah sayang dia pada daddy mithali. alhamdulillah!