iklan

Followers

Pages

Monday 19 September 2011

Agak-agaklah masa nak telefon tu!

Pinjam telefon DIA

Telefon rumah berdering! Membebel mulut mak aku merungut "Siapalah yang telepon maghrib-maghrib ni? Tak reti orang nak semayang ke?". Mak aku biarkan aje telefon tu berbunyi dan meneruskan solat maghribnya.

Selepas tu jika berdering lagi barulah mak angkat telefon tu. Jika ada antara anaknya sendiri yang call, memang kena 'sembur'lah... he..he.. sila tahan telinga mendengarnya.

Memang pantang mak kalau ada orang yang menelefonnya pada waktu maghrib. Ini berlaku di kampunglah ni, maka diceritakan pula pada aku.

Usahkan mak aku yang tak suka, ramai lagi orang lain yang tak suka diganggu pada waktu maghrib. Lainlah kalau betul-betul kecemasan tu, boleh juga dimaafkan. Kalau sekadar perkara yang tak 'URGENT', janganlah rajin nak call orang lain pada waktu-waktu pantang.

Aku dah maklum waktu-waktu yang pantang bagi aku nak telefon mak dan mak mertua aku. Begitu juga jika melibatkan ahli keluarga aku sendiri. Antaranya :

1. Waktu nak solat maghrib ; Ini paling pantang!
2. Antara pukul 10 malam ke 7 pagi. Orang dah nak tidur, apahal nak diganggu pulak.
3. Antara nak masuk waktu solat hingga 15 ke 20 minit selepas tu ; subuh, zohor, asar, maghrib, isyak. Beri ruang masa solat bagi yang segera solat selepas masuk waktu.

Tambahan waktu pantang jika ianya melibatkan orang lain pula. Aku memang cuba mengelak menelefon rakan-rakan aku pada waktu malam. Maknanya jika selepas pukul 7 malam tu memang aku tak akan call. Jika terlalu perlu, aku akan SMS sahaja.

Tak selesa juga jika ada yang call aku malam-malam semata-mata nak bertanya perkara-perkara yang remeh atau hal kerja. Seperti tak boleh tunggu siang. Lebih-lebih lagi kalau urusan kerja, elok selesaikan waktu kerja bukan bawa sampai ke rumah. Waktu malam adalah waktu santai aku dan fokus dengan keluarga. SMS saja tak mengapa.

Hari-hari cuti pun tidak juga aku teringin nak call rakan-rakan terutamanya pada hari Sabtu dan Ahad. SMS saja jika perlu.

Ahli keluarga aku memang aku bolehkan nak call aku malam-malam atau hari cuti. Tapi yang biasa berlaku diaorang SMS aku aje.

Aku memang tak suka nak menyelit waktu santai rakan-rakan bersama suami dan anak-anak. Lagi pantang kalau kawan yang nak di telefon tu lain jantina walaupun benar-benar atas urusan kerja. Jangan cari nahas! Kita tak tahu apa persepsi pasangannya walaupun niat kita baik. Kalau bukan urusan kerja atau niat tak baik tu memang sah sangat-sangatlah jangan call dan jangan cari pasal.

Jadi, pandang-pandanglah masa bila kita nak telefon seseorang. Biasanya bila siang tu bolehlah nak bertolak ansur dan tak kisah sangat nak call. Cuma bila waktu malam tu perlulah difikir-fikirkan keperluan panggilan tu.

Kena ambil kira status dah berkahwin atau bujang. Berapa orang pula anaknya, takut kalut nak melayan anak-anak yang mungkin ada baby yang masih kecil. Jika ada pembantu rumah tu, bolehlah tahan juga.

Jantina pun mempengaruhi juga sebab kalau lelaki tu, tak kisah sangat rasanya. Bila perempuan yang terima panggilan malam-malam, suami pun sibuk bertanya siapa yang call. Bila dah call tu jangan bergayut lama pulak sampai buat orang lain rimas tengok. Pilih-pilihlah masa yang sesuai.

Ada orang kisah, ada orang yang tak kisah. Perangai manusia tu berbeza. Kena juga kita hormati pendapat orang lain selagi tidak melanggar hukum Islam dan berhemah pandangannya.

Jika ada hal kecemasan tu call ajelah walaupun mereka sedang diulit mimpi. Tapi agak-agaklah kecemasan tahap yang bagaimana. Masing-masing dah bijak menilainya.

7 comments:

Anonymous said...

ha ha ha... pantang memang pantang...

Ibu Muda 30series said...

yg no.2 tu...

kalau dpt gak call time gitu, hati ni mula la berdebar2 kot ada kecemasan keluarga dari kg ke...apa ke...

alih2 pick up fon, customer tanya bila boleh pos barang...huhuhuuuuuuu

geram!

Dr K said...

Takde apa yg nak diherankan bila org call time maghrib tu, sebab saya sendiri selalu time maghrib tu lah sibuk nak datang klinik jumpa doctor, padahal sakitnya selsema dah 2 hari! Haha..

Kalau emergency saya fahamlah..ni memang pesen org Melayu...saya sangka baik ajalah samada mereka period(perempuan) atau bermusafir (lelaki) :P

Ummiross said...

Betul tu Liza, kadang bila terima panggilan lewat malam atau awal pagi, hati berdebar2, takut panggilan kecemasan,padahal bukan panggilan penting pun..

Unknown said...

kerana kes2 diatas jua penyumbang ayu tak guna telefon rumah..
hanya apsang utk internet sahaja...

hp, time tak sesuai mmg dimatikan.. hehehe

Unknown said...

eih.. komen ayu ada tak tadi eik?

Unknown said...

tak suka orang call bila saya tengah tengok tv dengan suami...
kacau daun..
hehehhe...
tapi kalau orang2 tua memang tak suka call depa waktu maghrib..