iklan

Followers

Pages

Thursday 8 September 2011

Cluth plate, bearing, roadtax, insuran. Aduh!

Ishh... dapat ni kan best!

Kereta kesayangan menuntut wang pulak. Aduhai! Sabar ajelahkan. Tapi tak pelah, bukan selalu bagi masalah pun kereta aku ni. Bila dah lama guna, tentulah ada mana-mana spare part yang nak diganti.

Aku beli kereta Kelisa tu sejak tahun 2003 sebagai kereta second hand. Kereta tu keluar tahun 2001. Lama dah usianya, bulan 10 nanti genaplah 10 tahun dan minggu ni genap 8 tahun ia berkhidmat untuk aku.

Dua minggu pergi balik mencari kereta di Sunday Sales di Petaling Jaya dulu. Asalnya nak cari kereta kancil sebagai kereta kedua tapi bila test drive macam tak best je dengan sifat aku yang suka nak cepat je. Kereta Kancil bukannya guna power stering macam Kelisa. Akhirnya dapatlah kereta Kelisa gear manual yang elok keadaannya walau pun hanya second hand.

Sekarang bila aku pandu je akan ada bunyi mengaum, nada tinggi walaupun aku tak tekan minyak. Hubby kata bearingnya ada masalah. Kena tukarlah nampaknya. Dia kata dah belikan bearingnya, cuma perlu bawa ke bengkel dan tukar je.

Semalam aku pun bergegas ke bengkel abang Budin di Bandar Baru Bangi di jalan menghala ke Klinik DarusSyifa'. Semasa naik bukit sebaik corner jalan utama aku terpaksa guna gear satu kerana bila guna gear dua ia jadi sangat perlahan. Nampaknya masalah clutch plate makin menjadi.

Cluth plate mula buat hal bila kereta aku bergegar semasa nak mula jalan selepas berhenti di bulatan atau lampu isyarat. Ia selalu berlaku di dua tempat ni.

Adakalanya ia akan bunyi mengaum dan aku terpaksa tekan lebih sikit pedal cluth dari pedal minyak agar gegaran terhenti. Kemudian segera imbangkan semula pedal cluth dan pedal minyak supaya enjin tak mati dan kereta dapat bergerak dengan baik. Semuanya kena buat dengan pantas agar enjin tak mati di tengah jalan lebih-lebih lagi bila berada di bulatan jalan raya. Nasib baiklah aku tak pernah panik pun tapi kadang mulut aje yang mengomel sebab geram.

Kalau nak tukar cluth plate tentulah kosnya sangat tinggi. Boleh cecah RM2K juga jika hantar ke bengkel yang cantik-cantik ni. Aku suka hantar kat kedai abang Budin ni je. boleh kowtim. Kos tukar bearing murah aje, tak sampai RM100 pun.

Bengkel abang Budin ni buka lewat pukul 3 petang pada hari Jumaat. Kalau hari lain buka lebih kurang pukul 10 pagi termasuk Sabtu dan Ahad. Tak pasti tutup pukul berapa. Boleh call Kamal (013-2563739) atau Budin (019-35318310. Promote sikit... he..he..!

Kereta Kelisa ni agak leceh bila nak tukar cluth plate. Mekanik perlu turunkan enjin dulu baru boleh nak tukar. Sebab tu kosnya tinggi untuk upah kerja saja dan masa yang agak panjang diperlukan. Sekurang-kurangnya sehari baru siap tukar. Kena hantar hari cutilah nampaknya.

Ada satu lagi pulak yang perlu duit. Aku kena perbaharui roadtax dan insuran kereta hujung bulan September ni. Kos cuma sekitar RM300 aje. Tapi bila di campur semua, tinggi jugalah nilai duitnya.

Itu baru kos insuran dan roadtax untuk kereta Kelisa yang nilai insurednya aku buat RM10K je. Bagaimanalah kalau diinsurankan dengan nilai RM100K. Maunya bayar untuk insuran saja dan lebih daripada RM2K. Satu nilai yang cukup untuk aku tukar cluth plate, bearing dan perbarui roadtax dan insuran kereta.

Biasalahkan kalau nak kereta yang selesa, nilai yang perlu dibayar juga tinggi dan perlulah berkorban duit juga. Apa pun, nilaikan mengikut duit poket sendiri bila nak bergaya dengan kereta besar. Jangan hanya ikut-ikut orang, takut nanti garu kepala nak membayarnya. Setakat ni aku hanya bayar RM300 sebulan untuk kereta Kelisa ni. Tak lama dah nak habis bayar.

Ini je yang selesa bagi aku buat masa ni. Kalau nak tukar kereta baru terpaksalah aku membayar sekurang-kurangnya tiga kali ganda daripada RM300 tu. Itu pun sebab anak-anak yang makin membesar. Mereka lebih suka naik kereta dengan aku berbanding kereta ayahnya yang lebih besar.. he..he..

Siapa nak cari spare part kereta boleh jenguk SINI.

1 comment:

fRaMe+LenSeS said...

keta nadh pn baru tukaQ ja clutch tu kak. whole set. sebab rosak n da hancoo dalam tu sebab lambat bertindak. la ni rosak air cond plak. sebijik jugak nak tukaQ tu ayah kata. tapi tak apalah. keta tu mama n ayah yang guna, nadh tak kesah asal depa selesa n selamat dari dok guna moto tu..