iklan

Followers

Pages

Tuesday 6 September 2011

Pesanan Pak Hassan buat anak cucu!

Aidilfitri baru-baru ni cousin aku menziarahi Pak Hassan dan isterinya di Kuala Kangsar, Perak. Aku pernah bercerita tentangnya dalam entry Moga Pak Hassan cepat sembuh. Sempat dia rakamkan pesanan Pak Hassan buat kami. Terima kasih buat cousin aku, Abang An!

Sudah 80 tahun rupanya usia Pak Hassan tetapi ingatannya masih kuat dan kelihatan riak wajahnya yang awet muda. Bagai 10 tahun lebih muda dari usia sebenar. Pak Hassan jaga makan dan minumnya, rajin bersenam, suka mengaji dan membaca. Mungkin itu antara petuanya untuk sihat fizikal dan minda.

Antara pesanan Pak Hassan dalam youtubenya ini :

"kita hidup ini adalah satu perjalanan daripada awal dan akhir
melangkah kita tu umpama kata selepas satu selangkah
lepas selangkah-selangkah
kita redha segala-galanya apa dugaan hidup kita ni"

Selebihnya korang boleh dengar sendiri dari mulut Pak Hassan dengan loghat Kuala Kangsarnya. Kata-katanya terkena batang hidung aku! Siapa yang dah kahwin dan ada anak pula eloklah cuba mendengarnya.


Pak Hassan dan isterinya Wan Cik merupakan pasangan yang romantis sejak muda hingga kini. Kelihatan sentiasa saling memerlukan. Anak-anak saudara pun rajin juga mengusik. Antara bapa saudara yang paling popular di kalangan kami kerana dia yang paling senior dan yang paling penting dialah yang paling mesra dengan kami semua. Rasanya teringin juga aku duduk berbual-bual lama dengannya. Terlalu banyak kisah, sejarah, petua dan segala macam ilmu di mindanya.

Dia juga merupakan abang yang paling disayangi oleh arwah ayah. Seorang abang yang bertanggungjawab menjaga arwah ayah sejak mereka menjadi anak yatim di usia masih kanak-kanak.

Pak Hassan sentiasa di hati!

2 comments:

Unknown said...

orang tua...
dah merasa asam garam kehidupan...
segala teguran dan nasihat dia
kena lah diguna pakai...

Sahir said...

Salam semua...

Syukurlah kerna dapat juga anak saudara ini menziarahinya ketika dia masih sihat pada hari raya ke-3 2011. Sewaktu sesi rakaman dibuat, pak Hassan tak membantah malah sungguh supportive. Saya hanya mengarahkannya utk bercakap secara spontan. Dia lakukan dgn bersahaja dan script yang sungguh realistic.

Proses menghasilkan clip ini memakan masa selama 4 jam non-stop. Edit dan ubahsuai kesan cahaya dan suara. Alhamdulilah, terhasillah sebuah clip yang sungguh bermakna buat saya dan kita semua selaku anak-anak saudaranya.

Bersyukur sekali lagi, kerna kita dapat melihat wajahnya dan mendengar ucapan secara lansung dari beliau. Andainya dia pergi dahulu, maka tidaklah kita terasa terkilan kerna kita sudah pun menziarahinya di aidil fitri yang mulia ini. Namun begitu, tidak bermakna kita tidak akan menziarahinya lagi!

Saya pernah tinggal bersamanya selama setahun ketika bersekolah di sek menengah Clifford KK. Ketika itu dialah pengganti kpd bapa saya dan Wan Chik pengganti ibu saya. Banyak pengajaran yang saya pelajari selama tinggal dgnnya. Terima kasih Pak Hasan.