iklan

Followers

Pages

Wednesday 21 September 2011

Langgar lampu isyarat, apa yang dikejar?

Lampu isyarat masih hijau dari jauh. Lori treler di sebelah kanan aku seakan memecut mengatasi kereta kelisa aku yang jauh kecilnya berbandingnya. Setibanya lori hampir dengan lampu isyarat, warna bertukar kuning dan lori meneruskan perjalanannya. Mana sempat nak brekkan.

Aku hanya berhenti di lampu isyarat tu kerana tak mahu mengejar lampu hijau tadi yang aku jangka akan bertukar kuning dalam sekejap masa. Benar rupanya jangkaan aku tadi. Hanya perhatikan saja lori treler di lorong tengah melepasinya. Manakala aku di lorong kiri dan juga kereta di lorong kanan sekali sudah pun berhenti.

Aku awal-awal dah tukar lorong kiri bila nampak lori tadi yang agak meluru di belakang aku selepas membayar tol di exit Putra-Mahkota (antara Bandar Seri Putra dan Bukit Mahkota). Sama-sama menghala ke Bangi Lama melalui Petronas berdekatan.

Takut aku kalau kereta aku di'sodok' dari belakang semasa aku berhenti di lampu isyarat. Banyak dah berlaku kes macam tu. Ngeri je..

Bayangkanlah pula jika ada kereta atau motorsikal yang sama tak sabar menunggu lampu hijau dari arah yang lain terus bergerak. Pastilah kena lenyek dek lori yang besar tadi yang pun sama sedang memecut kelajuan lorinya.

Sebelum tu dua kejadian motorsikal yang dengan selamba meneruskan perjalanan bila lampu isyarat merah di dua lagi lokasi berbeza di Bandar Baru Bangi.

Tengok video ni, contoh lori yang dipandu laju di lampu isyarat.



Ini pulak yang paling gila di Rusia. Semuanya sebab sikap manusia.



Nak jimat masa tak sampai pun 5 minit tapi bila tersilap akibat memperjudikan nasib, mengundang masa berjam-jam terkandas. Silap gaya terpaksa bertahun-tahun merengkok di penjara atau lansung ke tanah perkuburan. Mungkin juga hilang kaki atau tangan, lumpuh anggota badan. Hilang nak cepat 5 minit tadi. Nama pun judi, tiada jaminan.. judi nasib.

Bawa bersabarlah bila tiba di lampu isyarat ni. Redha ajelah menunggu, hormati orang lain supaya orang lain pun menghargai kita.

4 comments:

Ibu Muda 30series said...

kak liza ingat lg tak kemalangan maut di kelantan tahun lalu. yg ibu baru blk dari bawak anak g ambik result pmr kalau tak silap.

situasi kemalangan tu mcm yg video 1st tu la...

tak pasal2, mangsa mati kena hempap tayar lori....

sampai sekarang wani terbayang2 lg...fobia juga sebenarnya kalau ternampak lori kat traffic light ni :(

Puan Kutu said...

setuju..manusia skang tak pandai bersabar,5 minit tu cukup penting smp sanggup menggadai nyawa..emm

mas saari said...

kat tempat saya di salak tinggi pun camtu kak! lori laju gila... takut dibuatnya..

puanbee said...

biasa saya tengok pemandu lori dan teksi perngai tak sabar , baik kita mengelak sebelum sesuatu yg buruk belaku ....