iklan

Followers

Pages

Friday 9 September 2011

Cikgu kata "Jangan berlagak....."


Hari ini Aishah bercerita tentang pesanan dan nasihat cikgunya pada anak-anak murid yang bakal menghadapi PMR 2011 tentang JANGAN BERLAGAK :

Cikgu kata "Jangan berlagak....."

1) Bila dah dapat A dalam peperiksaan percubaan PMR baru-baru ini. Perlu bersyukur dan gandakan usaha agar kekal dapat A dalam peperiksaan sebenar nanti.

2) Bila dapat masuk universiti kerana ia masih bukan jaminan yang pasti kita bijak dan hebat belajar selagi belum menggenggam ijazah dengan keputusan yang cemerlang.

3) Bila dah dapat ijazah kerana kerja belum tentu dapat lagi dapat berdasarkan kelulusan kita. Takut jadi penganggur berijazah terhormat pula nanti.

4) Bila dapat kerja yang diidamkan kerana belum tentu kitalah pekerja terbaik di mata majikan. Takut buat kerja biasa-biasa aje tapi perasan bagus hingga mungkin memalukan diri di mata teman sekerja.

5) Bila tercalon sebagai pekerja terbaik kerana tanpa kerjasama teman-teman sekerja, siapalah kita jugakan.

6) Bila kita berpangkat tinggi kerana sudah tentu dulu kita juga bermula dari pangkat yang rendah. Kerja pun kenalah setara dengan pangkat dan gaji, jangan pula mula bersikap sombong.

Aku tambah sikit ajelah pulak tentang "Jangan berlagak..." :

1) Bila ada rumah besar atau pun kereta besar. Khuatir pula jika musibah melanda, rumah kecil juga yang dicari dan kereta kecil juga yang mahu dipandu.

2) Bila dapat suami atau isteri, pakwe atau makwe cun. Khuatir pula yang cun itulah menjadi penyebab utama kita sakit kepala memikirkan kerenahnya yang tak setara cunnya dengan wajah.

3) Anak-anak semuanya cemerlang dalam pelajaran. Khuatir yang cemerlang itu tidak cemerlang budi bahasanya.

Bukanlah kita tidak boleh berbangga dengan kejayaan-kejayaan yang kita kecapi. Boleh saja tetapi dengan cara yang tidak menunjukkan kita ini sombong dan timbul riak hingga 'geli' bila orang lain mendengarnya. Istilah aku 'geli' je lah ye! Mual pun ada..

Bersyukur dengan kejayaan yang kita kecapi, ucapkan 'Alhamdulillah' dengan nada yang merendah diri. Bukannya bercerita dengan gaya yang sangat gah begitu hingga orang lain yang mendengar jadi menyampah aje.

Jangan berlagak! Takut nanti ia memakan diri, malu sendiri. Kita harus ingat bahawa kejayaan yang datang tidak akan menjadi kenyataan juga jika Allah tidak izinkan.

Kejayaan kita bukan juga sumbangan kita seorang 100%. Berterima kasihlah dengan mereka di sekitar kita yang turut mendorong kejayaan kita itu sama ada secara positif atau negatif. Kalau benci dengan dorongan negatif seperti suka memperlecehkan kita, itu kita abaikan saja. Kalau difikir takut banyak kerut muka nanti, tak awet muda!

Orang berlagak ni biasanya dikelilingi teman-teman tukang bodek. Sayang mereka palsu belaka. Bila kita susah, terus mereka menghilang dari hidup kita.

Entry aku bertajuk 'Cemerlang di sekolah kebangsaan' ada macam bunyi riak je, tapi jika dibaca hingga habis tentu kalian jumpa sesuatu yang ingin aku sampaikan di situ.

Entry lama yang berkaitan : Apa untungnya berlagak, kisah berlagak yang Allah beri balasan di dunia lagi.

Kadang-kadang takut juga lupa diri kalau duit aku berkepuk, pakai kereta mewah, rumah besar gedabak. Kira hidup aku memang mewahlah! Takut mata ini pandang tak pandang aje mereka yang masih berkereta Kelisa macam aku sekarang, kereta buruk yang nombor pletnya pun terpaksa ikat dengan dawai, insan yang berselipar dan berbaju buruk bila aku balik kampung, mereka yang hanya berbasikal atau bermotosikal kapcai je.

Takut terlupa yang kemewahan tu datang dengan izinNya.

Berlagak memang tak bagus lebih-lebih lagi dengan ahli keluarga sendiri.

No comments: