iklan

Followers

Pages

Sunday 4 September 2011

Hujan, jerebu, kabus, senja, subuh dan malam yang gelap

Lebatnya hujan! Nampak ke kenderaan di hadapan? Kelihatan samar-samar lampu merah sebuah motorsikal. Ada juga kereta di hadapan tapi tak berlampu. Jimat bateri agaknya.

Bagus kereta yang di sebelah kirinya. Tak perlu risau bateri keretanya habis atau sekadar hiasan atau memberatkan kereta. Lampu kecemasan turut dipasang dalam suasana hujan lebat di jalanraya. Keselamatan lebih penting agar pemandu kereta lain nampak kedudukan keretanya. Tidaklah terlanggar pulak seperti kereta di sebelah kanannya yang tak berlampu. Kena perhati dengan betul-betul barulah nampak.

Walaupun hujan lebat dah berkurang, jangan tak berlampu semasa memandu. Lebih-lebih lagi bila berada di lebuh raya. Keselamatan lebih penting.

Lori pun tak berlampu juga. Janganlah kita jadi penyebab yang remeh kerana tak berlampu bila orang lain terlanggar di belakang kenderaan kita.

Seringkali situasi tak memasang lampu kenderaan berlaku semasa memandu dalam hujan. Dia perasan semua orang nampak kenderaannya. Tahukah dia bahawa hujan telah menghadkan jarak penglihatan kita di hadapan, di cermin sisi dan pandang belakang sama seperti diwaktu malam dan juga jerebu atau pun kabus.

Pasanglah lampu ketika situasi HUJAN, JEREBU, KABUS dan SENJA/SUBUH. Kalau tak pasang lampu pada waktu MALAM tandanya pelupa atau mungkin juga ada niat tak baik.

Bukan mahal mana pun kos nak pasang lampu kenderaan pada waktu-waktu tadi. Ada juga yang malas. Bagi aku nilai keselamatan diri lebih penting. Kita perlu berusaha untuk yang terbaik, bukan hanya berserah pada takdir semata.

Kita perlu ingat bahawa ketajaman pandangan mata dan kepekaan seseorang tidak sama. Ramai antara kita yang rabun tetapi tak mahu memakai cermin mata semasa memandu. Redah ikut suka dia je. Aku berkata kerana ada antara rakan-rakan aku yang begitu. Kalau ada lubang di jalanan pun di langgarnya. Baginya asal sampai ke destinasi tanpa hiraukan kalau-kalau ada yang melintas, dah dekat barulah nampak dan terlanggar.

Memasang lampu adalah antara usaha untuk keselamatan bagi situasi-situasi yang telah aku sebutkan tadi. Mudah je! Hati-hati memandu dengan jiwa yang tenang. Jaga keselamatan diri sendiri dan orang lain.

5 comments:

Dinas Aldi said...

Betul tu, pasang jalah lampu bila keadaan memerlukan. Takkan la nak jimat sampai ke tahap tu kot, biar benor.

Bab tak pakai spek masa memandu walaupun rabun tu lagi la bahaya. Ada jugak orang camtu rupanya, adehh..

Amie said...

itulah gunanya lampu kenderaan, bukan dipasang hanya pada waktu malam... memang bahaya sangat kalau lalu jalan berkabus, hujan kalau tak pasang lampu...

zati embong said...

betul,jat sokong.kdg2 org amek remeh psal lampu ni.tp sgt2 penting.jat pernah terkena dgn kereta2 yg x on lampu,mmg xnmpak la kereta dia time2 mendung.

Ibu Muda 30series said...

betul tu kak liza...tak rugi pasang lampu, keta kita gak yg selamat kan

lizz said...

ada orang kite yang malas btol nk pasang lampu time2 hujan lebat. bahaya wooo