iklan

Followers

Pages

Thursday 22 September 2011

Lambat? Tinggalkan je!

gambar google

Rutin biasa aku terus menyidai kain selepas menghantar anak ke sekolah. Jam baru pukul 7.25 pagi waktu tu. Van-van sekolah pula kelihatan sibuk menghantar anak-anak yang bersekolah di tadika pula.

Kelihatan sebuah van sekolah berhenti di rumah jiran aku yang selang lebih dari 5 buah rumah aku rasanya. Pemandu van membunyikan honnya sekali. Anak jiran belum muncul.

Aku masih lagi menyidai kain dan pemandu van itu masih lagi menunggu. Aku mengira-ngira masa. Hingga aku habis menyidai kain pun anak jiran tu masih belum muncul. Pemandu van terus menunggu dengan sabar.

Lepas hampir 3 minit berlalu, barulah si anak muncul.

Kalau pemandu van anak aku memang tak akan tunggu lama begitu. Terus tinggalkan aje. Aku pun tak ada hati nak marah pemandu tu. Anak akulah yang akan kena marah. Biarkan sebagai pengajaran agar menghormati masa dan orang lain.

Bila van sekolah dipandu laju, kita marah. Antara penyebabnya bila ada orang lain yang terhegeh-hegeh bersiap umpama tuan besar menyebabkan semua orang lain dalam van terpaksa menunggunya. Pemandu van terpaksa mengejar masa.

Ada ramai lagi yang nak diambil dan mestilah nak sampai sekolah sebelum waktunya. Jika lambat, pemandu van juga yang dimarahi.

Aku ambil peluang bertanya dengan pemandu van semasa terserempak dengannya di sekolah ugama rendah. Kebetulan aku ambil sendiri anak balik dari sekolah waktu tu.

"Memang selalu macam tu kak! Saya dah telefon mak dia, tapi mak dia kata memang anaknya selalu lambat!". Balas si pemandu.

"Saya nak kata apa, redha je lah! Lebih-lebih nanti bergaduh pulak!" tambahnya lagi.

Adakah anak-anak ini antara calon-calon yang sering lewat ke kelas, mesyuarat, seminar dan sebagainya bila dewasa nanti? Tidak semua rasanya jika ada usaha dibuat dan mereka berubah menjadi lebih baik. Anak-anak aku pun selalu juga diingatkan agar jangan lewat, memang kena tegur selalu.


8 comments:

atuk said...

Assalamualaikum Liza

Alhamdulillah
anak saya ke sekolah jalan kaki shj

Wassalam

Ibu Muda 30series said...

paling benci menunggu!

Dr K said...

Saya sokong kalau drebar van sekolah tu blah aja. Memang inilah penyakit org Malaysia, tak boleh nak hormati masa.Sejak kecil lagi mak ayah tak didik tepati masa, bila dah besar panjang mmg susah nak berubah.

mas saari said...

patutnya mak ayah dia ajarlah anak tu siap awal2 kalau nak ke sekolah... bila dah lambat menyusahkan orang lain!

sud@is said...

sedikit sebnyak mak bapa juga dipersalahkan
kena didik awal sebelum masuk sekolah ke agaknya..

Hanis MY said...

Kdg kala kena buat mcm tu untuk bg pgjrn kan...

Dinas Aldi said...

Akak dulu zaman sekolah kalau lambat, kena bedai dengan Che G. Bila pedih kena bedai, ingat lebih sikit, kehkeh..

Unknown said...

memang sakit hati bila ada yang lambat.
lagilah mata kita yang memandangnya..

aduh!!
tertekan..
tapi, kes si driver van tu mmg terpuji..
sanggup dia tunggu,
kesannya pada pelajar lain kan>>

kasihan semua terlambat hanya kerana sorang pelajar tu...
semua terlambat ke sekolah..