iklan

Followers

Pages

Wednesday, 14 September 2011

Sering lewat ke sekolah, salah siapa sebenarnya?

Setiap kali murid lewat ke sekolah, pastilah akan dimarah dan didenda oleh cikgu. Esoknya dia lewat lagi dan memang selalu begitu. Ada juga hari yang dia awal atau cukup-cukup masa saja masuk pintu pagar sekolah.

Bila dah selalu berlaku, teringin juga nak tahu sebab-sebab yang mungkin dia terlewat. Mungkin dia sering bangun lewat waktu pagi, terpaksa berjalan kaki dengan jarak yang agak jauh ke sekolah atau memang malas dan suka berlengah-lengah bila ke sekolah. Itu memang salah mereka sendiri. Perlu ada perhatian dan ketegasan dari pihak ibu bapa juga untuk mengatasinya.

Aku cuma kesian bila ada yang terlewat akibat ibu atau ayahnya yang sering lewat hantar. Anak pula yang terhukum oleh cikgu, bukan ibu atau ayahnya. Bila cikgu melaporkan pada ibu atau ayahnya, ada juga yang tak ambil kisah. Namun ada juga yang menerima teguran dengan hati yang terbuka dan berubah.

Apa pun, cepat atau lewat bergantung pada sikap kita sendiri. Jika memang suka berlengah-lengah dalam banyak perkara, memanglah kita akan selalu terlewat. Malah mungkin terlepas peluang yang baik dalam hidup kita.

3 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Liza

saya Alhamdulillah
anak2 jalan kaki ke sekolah, sebab dekat sangat dgn rumah

Wassalam

diana said...

kalau hari ni lewat esok bangun la awal sikit dari selalu..kan>>
mak ayah tidur lewat gamaknya..
parah la gini..
jiran saya anak dia selalu tak pi sekolah..
tak pe ke ye??
nak kata sakit saya tengok petang2 melompat kemain ok je..
dah!mengumpat pulak.
jhahahha

Aku Ibu Muda said...

tu citer anak g sekolah, ni cerita pekerja dtg lmbat...hari2 nak lewat...rumah sekangkang kera je...camne nih?

huhuuu