iklan

Followers

Pages

Wednesday 7 September 2011

Wordless! Rupa, isyarat dan gaya menceritakan segalanya

Bila membaca komen seorang teman di facebook ini lansung aku teringat perbualan aku dengan anak aku si Aishah semalam yang ada persamaan.

Ini aku copy paste komennya :
"Cara memandang akan orang nilai maksudnya kerana air muka yang dipaparkan.."

Topik perbualan muncul gara-gara kemalangan semalam dalam entry :

Aku bercerita tentang bahasa kereta dengannya yang aku umpamakan sama dengan bahasa badan dan wajah manusia. Boleh ke macam tu? Bagi aku kira boleh je!

Bila kita melihat kereta dipandu laju dan melulu akan menganggap pemandunya memang tak sopan kerana membahayakan diri sendiri dan orang lain. Pelbagai persepsi buruk kita lontarkan. Bukan korang je, aku pun sama!

Adakala aku nak menyedapkan hati yang marah gara-gara pemandu begini akan keluarlah idea-idea mengarut seperti "dia tak tahan sakit perut agaknya" atau "isteri dia dah nak bersalin kot".

Mungkin juga ada berlaku sesuatu kecemasan di mana-mana yang membuatkan dia berkejar ke sana dan hilang pertimbangan memandu dengan cara bahaya. Itu kalau bersangka baik tapi apa pun alasan, memandu begitu memanglah salah dan mementingkan diri sendiri.

Jangan kita ada masalah, menambah pula masalah dengan orang lain. Bila orang lain dah mencaci maki, takut pula doa mereka yang sedang marah tu termakbul.

Bahasa kereta membunyikan hon pun ada begitu banyak makna mengikut panjang dan pendeknya hon itu. Mungkin bermaksud nak bersapa seperti "hai!", marah pun mungkin juga"tepi la, aku nak lalu", "eh! lembabnya", "woi! tuuuuuttttt (tak de bunyi)".

Lampu kereta pun banyak peranannya. Bukan setakat nak terangkan jalan tapi selalu juga bila tiba di persimpangan ada kereta yang beri lampu sekilas saja tanda "awak jalan dulu".

Dapat juga dua tiga kali lip lap lampu dari kereta hadapan kalau memotong kenderaan dalam keadaan yang sipi-sipi nak accident. Dia marahlah tu! Dah tau sipi-sipi nak memotong juga. Jangan pertaruhkan nyawa hanya kerana ruang memotong yang nyaris-nyaris tu. Kalau dah accident, tak ada maknanya.

Semalam ada kereta yang memasang lampunya di siang hari dalam perjalanan aku di lebuhraya Seremban-KL. Balik dari mengambil Aishah di Bangi menghala ke exit Putra-Mahkota. Aku nampak melalui cermin pandang belakang di lorong tengah dan kemudian memotong kereta aku. Tak laju pun bawaknya, cuma lebih kurang 100km sejam je.

Ada orang memasang lampu di lebuhraya kerana nak menyuruh orang lain ke tepi dan jangan halang jalannya. Sungguh riak saja gayanyakan! Kadang-kadang lip-lap je lampunya dari belakang. Kereta depan pun dah tau performance tak tara mana tu ke tepi la. Ada hati juga nak guna lorong laju.

Tapi terfikir pula aku sebelum tu ada hujan di Bangi. Mungkin kereta tadi lupa nak tutup lampunya kerana hujan mungkin dari lebuhraya sebelum exit Kajang. Tak pun dia baru keluar dari parking lot bawah kompleks beli belah yang agak gelap dan lupa juga nak OFF lampu.

Begitu juga kita sebagai manusia yang ada bahasa tubuh tanpa perlu berkata apa-apa.

Ada yang suka angkat kening saja yang memberi pelbagai maksud seperti "tak tahu","agaknyalah tu", "iyelah! Suka hati awaklah!", "berlagaklah tu" dan mungkin isyarat tertentu bagi sesetengah orang dalam satu geng umpamanya.

Lirikan mata, dahi yang berkerut, mulut yang tersenyum atau mencebik, mengangkat bahu dan sebagainya punya maknanya yang tersendiri. Ada makna yang positif dan negatif. Kadang-kadang ia adalah salah satu cara untuk menghentikan satu perbualan yang panjang atau tidak mahu memanjangkannya.

Begitu juga gambar yang bisu juga mampu menceritakan pelbagai kisah di sebaliknya.

Anak-anak arwah Noramfaizul, jurukamera Bernama yang terkorban di Somalia. Sumber gambar dan kisahnya di SINI. Al-Fatihah!

10 comments:

Staff said...

Bahasa badan ialah satu cara berkomunikasi.

Edy Ramanov said...

memandu kat malaysia memang kena banyak sabar dengan peel org kat jalan raya. salam merdeka raya daripada edy.

Unknown said...

nak terberak sangat ke apa??
selalu cakap gini bila tengok pemandu yang bawak laju2..
heheheh

hafrawiey ozakawa said...

wahhh.nice entry....follow back at http://hafrawiegeek.blogspot.com/

Amie said...

macam2 ada di dunia ni....bukan sahaja gunakan bahasa sebagai komunikasi, isyarat pun boleh difahami tapi biasanya pelbagai tafsiran pula...

fatin said...

:}
salam perkenalan!

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

tetapi hope jangan menilai orang dari pandangan mata kasar sahaja :)

Wardah alisya said...

suka entri ni..action speaks louder than words..

Dinas Aldi said...

Bahasa-bahasa yg boleh diteliti & dikaji kan. Ada banyak makna yg boleh ditafsirkan tapi hanya tuan badan/tuan kereta yg tau kisah sebenar, hehe

farazura said...

entry yg menarik..