iklan

Followers

Pages

Tuesday 15 March 2011

Antara dendam dan airmata

Aishah, anak sulung aku pernah bertanya "kenapa diaorang (orang Malaysia) tak benarkan Chin Peng (bekas ketua komunis) balik ke Malaysia?"... Luka di toreh, di tembak, melihat penyiksaan dan kematian di depan mata adalah sangat menyakitkan yang akan menjadi trauma seumur hidup pada mereka yang mengalaminya. Malah mendengarnya saja pun sangat memedihkan hati dan perasaan. Aku biarkan dia memikirkan sendiri perbuatan Chin Peng. Namun tidak pula kita turut menghukum mereka yang sebangsa dengannya.

Begitu juga dengan apa yang berlaku di Jepun baru-baru ini. Memang berbeza rasa di hati aku sebagai insan yang lahir selepas merdeka berbanding mak aku yang lahir di waktu keributan perang. Baca kisah tentang hari lahir mak di sini!

Itulah juga yang diungkap oleh adik aku, Ainul A.B kerana dia lebih rapat dengan mak aku semasa zaman sekolah  sebab dah form 4 baru masuk asrama. Kami yang lain tinggal di asrama bermula dari tingkatan 1. Memang mak aku ni suka bercerita tentang kisah-kisah lama semasa zaman remajanya dulu dan adik aku mendengarnya.


Menarik kupasannya : Tsunami di Jepun oleh Ainul A.B

No comments: