iklan

Followers

Pages

Monday 5 September 2011

Kita sering terleka bila di jalan raya

Dah lama dan adalah dua tiga kali aku tengok youtube tentang kemalangan jalanraya ni. Kebanyakan kemalangan akibat kecuaian manusia, juga keegoan yang tinggi.

Agak lama youtube ni, lebih 7 minit untuk menontonnya. Ada kemalangan yang dilakonkan dan ada juga yang benar-benar berlaku. Menakutkan bagi aku yang menjadi peringatan agar lebih bersikap berhati-hati, kawal kemarahan dan jangan suka memperjudikan nasib.


Tidak kira anda pemandu kereta, motorsikal, van, bas, lori dan sebagainya perlu mengingatkan diri agar berhati-hati di jalanraya. Jaga emosi kita.

Tak perlu tergesa-gesa memotong kenderaan lain di selekoh dan pastinya bukan garisan jalan yang terputus-putus kerana ia bukan kawasan untuk memotong kenderaan lain. Jangan memperjudikan nasib dengan mengacah-acah hendak memotong hanya untuk mengejar cepatnya masa 10 minit yang akhirnya mungkin lewat dua tiga jam atau mungkin tak tiba lansung.

Malah pejalan kaki juga perlu ingat bahawa tubuh badan kita tidak sekuat besi untuk menahan hentaman kenderaan yang meluru jika kita melintas jalan sesuka hati. Seringkali aku lihat pejalan kaki yang gemar melintas jalan dengan berdiri di tengah-tengah garisan, umpama melintas separuh-separuh aje.

Orang dewasa perhatikan juga anak-anak kecil bila melintas atau berhampiran dengan jalanraya. Nyaris saja kawan ni tak melanggar anak orang dalam entrynya Nasib baik!..... Ngeri je!



6 comments:

Kalamhati said...

memang kena hati2...kdg2 kita berhati2 pun orang lak yg hentam kita

Hanis Azla said...

Salam aidilfitri kak.. mmg kena hati dan tak mementingkan diri sendiri.. klu sama2 beringat insyaAllah selamat.. tp itulah, sebab ada yg tak peduli dengan keselamatan diri sendiri, org lain juga terkena sama akibatnya.. sedih betul kan..

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

bukan kita yang mintak berlaku kemalangan ne kn... walau berhati2 cm ne pon, kalau dah takdir tetap berlaku gak kn dengan izin NYA... saya pernah terlibat dengan kemalangan pada raya pertma 5 thn lps :(

Anisa Hang Tuah said...

hmm

sbb tu saya suka naik train..

apa2 pun buat semua..

berhati-hati di jalan raya

Unknown said...

sepanjang raya ni bila mana kami bergerak kemana2 naik kereta dapat la tengok gelagat2 pemandu yang tak de tanggungjawab..
memalukan betul perangai depa..

mas saari said...

betul tu kak, makin menjadi2 kemalangan ni kan? nak pulak musim perayaan ni...