iklan

Followers

Pages

Thursday, 23 February 2012

Bengkak kecil rupanya bernanah besar di dalamnya


Entry ni patut aku post 2 minggu lepas, tapi mencari usb kabel dari handphone ke laptopnya tak jumpa. Itulah kalau letak merata-rata. Lepas tu cepat lupa pulak tu.

Kisah ni tentang tokey kedai buku dan alat tulis di Bandar Seri Putra yang bersebelahan saja dengan Restoran Haji Tapah. Aku selalu beli surat khabar di kedainya.


Tetapi bulan lepas aku tengok kedainya kerap benar tutup. Tak pasti berapa lama tetapi rasa macam sebulan jugalah. Kadang aku suka juga top-up kad tol Touch n Go aku di kedainya. Bukan tak ada kedai lain tapi tolong kawan. Padahal aku tak tau pun nama tokey tu. Cuma bila membeli tu sempat juga menyapa.

Jadi bila suatu hari tu aku tengok kedainya dah buka lansunglah aku bertanya "lama tak buka kedai bang!".

"Haaaa... inilah nak ceritanya!", balas tokey kedai tu.

Lalu dia tunjukkan aku gambar dari handphonenya, "mula-mula dia jadi macam ni!".


Setompok lebam merah di belakang badannya. Bila ditekan-tekan terasa sakitnya. Lalu dia pergi ke Hospital Putrajaya untuk pemeriksaan.

Namun terkejut dia bila doktor kata ianya perlu dibedah kerana sudah ada nanah di dalamnya. Bila ditekan-tekan pun kelihatan lembik sedikit dan bergerak-gerak.

Pembedahan memakan masa hampir 4 jam rasanya. Inilah rupanya.


Wow! Besarnya! Sebesar sebelah telapak tangan. Doktor membuang segala nanah di dalamnya. Siapa sangka keadaannya serius tahap begini. Ngeri aku tengok tapi nak tengok juga.

Selepas dua minggu, keadaan luka pembedahan mula beransur pulih dan mengering.


Setiap minggu sebanyak tiga kali dia perlu pergi check lukanya di Hospital Putrajaya. Biasanya awal pagi dia akan ambil dulu semua surat khabar yang ditinggalkan oleh pengedar di depan kedainya ke dalam kereta anaknya. Kemudian barulah anak perempuannya akan menghantarnya ke hospital.

"Kesian abang ye, kalau saya free boleh juga saya tolong jaga kedai!", gurau aku. Dia ketawa saja.

Doktor kata mungkin kerana duduk terlalu lama dan peluh terperangkap di belakang badannya. Siapa sangkakan. Tapi itulah yang telah dia alami. Badannya memang gempal. Katanya dulu dia kurus saja semasa zaman mudanya. Peminat lumba kereta ni. Kalau ke kedainya adalah terpampang gambarnya di dinding bersama pelumba-pelumba kereta F1 dunia. Nak sebut nama pun aku tak tau. Lain kalilah agaknya aku sharekan gambarnya.

Entri ini pun aku buat atas izinnya untuk jadi peringatan buat kita semua. Sebab tulah dia sudi kongsikan gambar-gambar ni dengan aku.

9 comments:

ReeneeRaaid said...

bahaya nyer kalau dibiarkan lama

Aku Ibu Muda said...

kak liza....wani kena mcm ni lah yg kt tgn tu! memula bengkak halus je, besar kacang hijau gitu...tp sakit sgt...sekali ada nanah dlm tu..

sebulan tak baik2 tau...lepas tu g pakar, sekali rendam je tangan dlm air apa tah...terus baik...cuma parut tu...huhuu...sakit mata nengok :(

Liza @ Adzriel AB said...

ReeneeRaaid : kdg kita tak perasan ianya serius.

Aku Ibu Muda : ish.. apa sebab pun tak tau ye. takut je. kalau kak liza buang nanah sendiri je.

susumanis said...

subhanallah..ngeri lak tenguk..huhuhu

diana said...

saya tengah makan karipap la kak.>:p

Iskandar Syahril Ibrahim Sukri said...

teringat kat kedai tu.. selalu gak beli majalah dan barang-barang sekolah anak kat situ

Dinas Aldi said...

Allahu akbar! Nasib baik la dah pi hospital & dah keluarkan semua nanah tu..Semoga dia akan cepat sembuh lepas ni, err dah 2 minggu berlalu kan..

AkuBiomed said...

Tidak kesan bahagian anggota yang menanggung beban lama boleh menjadi darah beku dan berkudis.

Anak saya 1tahun 3 bulan baru sahaja menjalani pembedahan membuat bisul berdekatan dengan dubur. Seksa lihat anak kecil apabila terkena bisul.

Kak Tie said...

hai Liza..akak lawat Liza petang ni..:)