iklan

Followers

Pages

Tuesday 7 February 2012

Bila aku lakukannya pasti teringatkan seseorang

Kadang-kadang bila bertembung dengan satu situasi yang jarang kita lakukan mampu mengingatkan kita pada seseorang. Aku kadang terikut dengan caranya yang aku rasa berbaloi untuk aku praktikkan.

Umpamanya bila aku nak minum air teh yang terlalu panas, aku akan ambil lagi satu gelas kosong. Aku akan bahagikan air kepada dua bahagian dan kadang diselang-seli dengan aksi buat macam teh tarik untuk menyejukkannya sedikit. Aksi itu aku lakukan di kantin tempat aku bekerja dulu. Tak ada ketulan ais disediakan sejak kes keracunan makanan atau dikhuatiri taun yang melanda secara beramai-ramai dulu. Tahun bila pun aku dah lupa. Maka itulah saja cara yang ada untuk menyejukkan air yang panas.

Teh tarik Islamabad dari Mawar Nafastari - blog best ni, mampu mengalirkan air mata

Jika sekali-sekala aku melakukannya, pastilah aku akan teringat pada adik angkat aku yang seorang ini. Aku pernah bercerita tentangnya dalam kisah "Lempang je! Naik lemak pulak!".


Aku dapat juga jumpa dia dalam facebook tahun lepas. Itu pun setelah aku terjumpa gambarnya semasa search di Google hingga terjumpa email seseorang yang aku rasa itu rakannya. Dari emailnya aku dapat cari facebook rakannya dan terus bertanya tentang adik angkat aku. Padahal sebelum tu aku dah taip nama dia untuk search di facebook tetapi tak dapat juga.

Masa dapat jumpa semula, masih bujang lagi. Syukur alhamdulillah sekarang dah pun menjadi seorang suami dan bakal menjadi ayah pula. Sibuk melayan isterinya yang mengidam... he..he.. kahwin juga akhirnya, syukur Alhamdulillah.

Aku tak ada adik lelaki, jadi dialah yang aku anggap macam adik sendiri. Kebetulan sebaya pula dengan adik kandung aku yang seorang tu, tuan blog Asterisk Boutique.

Itu bila teringat adik angkat aku. Bila melibatkan arwah ayah, lagilah banyaknya. Umpamanya kalau masak kari ikan keli, sukanya arwah makan. Selalunya arwah ayah makan dengan senyap saja tetapi suatu hari tu dia kata "Sedap Liza masak!". Terkejut juga aku waktu tu, maklum sajalah aku ni tak berapa pandai memasak.

Bila melihat keadaan dapur yang semak selepas memasak, teringatlah aku pada mak akan terus mengemasnya sampai kemas dan teratur semuanya. Siap semua dapur lantai disapu, dilap dan dimop sekali. Lebih-lebih lagi kalau selepas makan malam, mak sanggup tidur lewat semata-mata nak bersihkan ruang dapurnya. Lepas tu barulah dia boleh tidur lena agaknya.

Tabiat yang baik orang sekeliling kita tu eloklah kita contohi dan jadikan amalan dalam diri kita pulakan.

2 comments:

cheqna said...

cheqna dok leh jugok kalu dapur tak berkemas..
semak je mata memandang =)

Muhammad Izuan said...

ada teringt sy x. hehe