iklan

Followers

Pages

Tuesday, 21 February 2012

Kenangan indah melayan si comel



Hampir setiap hari Yana dan Ujang menghantar status comel tengah budak kecik yang memanglah sangat comel di wall facebook mereka. Tapi status yang kat atas ni paling menggoda aku. Terbayang-bayang bagaimana comelnya si kecil tu  menggeletik manja. Geramnyaaa....

Itulah berbunganya hati si ayah bila mendapat anugerah dari Allah yang tiada tara nilai bandingannya.


Tidak kiralah lahirnya anak yang ke berapa pun tetapi ianya adalah satu perasaan yang sangat indah bila melihat keletahnya. Apatah lagi bila mendapat cahaya mata yang pertama. Sangat indah bagi mereka yang benar-benar menghargainya.


Biasalah tu Ujang, baby memang kerap berak awal-awal kelahirannya.


He..he.. ada teknik juga masa nak tukarkan diapers baby ni. Jangan biarkan terbuka walau pun untuk seketika, mungkin nak ambilkan minyak atau ubat sapunya ke. Dia boleh 'buang bila-bila masa saja. Pastikan ada pelapik getah atau plastik di bawah punggungnya. Lakukan penukaran diapers dengan pantas tetapi lembut ye.

Komen sikit di wall facebook Yana..

Setakat ni cukup dulu kot dengan 5 orang baby kat rumah aku ni. Baby-baby aku dah pun berusia 16 tahun, 14 tahun, 12 tahun, 10 tahun dan 3 tahun. Tak tahulah kalau tiba-tiba teringin nak menambah yang ke-6. Usia pun dah 39 tahun. Apa pun rezeki Allah yang tentukan.

Ini gambar yang aku edit tahun 2011, umur kurang setahunlah tu... dari entry INI.

Terima kasih Yana dan Ujang yang berkongsi pengalaman melayan baby di facebook masing-masing. Bagi aku ianya sesuatu yang sangat bermakna dan indah untuk dikongsikan. Sama-sama bertukar rasa dan pandangan sesama teman.

Jika nak menambah lagi ilmu tentang si comel, boleh jenguk dan like terus page facebook Huggies. Boleh juga suarakan pendapat dan pertanyaan di situ.

9 comments:

diana said...

saya ni walaupun anak nak masuk 2 pun masih terasa macam nak sambut anak pertama..gembira bukan main.harap2 pengalaman melahirkan maisara dulu boleh diguna pakai untuk anak kedua ni..:)

tengok anak yana buat saya tak sabr nak bersalin..heheh

mas saari said...

betullah kak, saya pun jeles baca status orang pasal baby ni... sekarang ni memang nak sangat anak lagi tapi belum rezeki! huhuhuuu

Liza @ Adzriel AB said...

diana : kak liza pun tergoda.. sabar ni.

mas saari : serah pd Allah, Dia tau mana yg terbaik..

Kakzakie said...

Untung boleh dapat anak ramai. Kakak rasa kalau boleh nak lagi tapi rasanya bila dah lebih 35 tahun dan ada anak doktor pun tak galakkan. Anak kakak yg sulung pun dah 16 tahun juga, no 2 dah 13 dan last 9 tahun...

~sHiDa dAn sAfUaN FaMiLy~ said...

xsabar nk tggu baby lam perot ni kuar... bestnye tgok status diorg.. : )

KAIN VIETNAM TERBAIK said...

seronoknya kalau ada anak ramai...

atuk said...

Assalamualaikum Liza

seronok cium baby...he he

Hanis Azla said...

mmg pengalaman terindah dengan baby ni.. suka sgt bau baby...

aimaniman said...

tahniah buat yana dan ujang tu, akak pun ari2 baca kisah baby dia orang, ari ni dah bernama dah,...tahniahhhhh plus jeles, nak jugak