iklan

Followers

Pages

Wednesday, 22 February 2012

SMK Jalan 4 Bandar Baru Bangi terbakar

"Mama! Tadi ada kebakaran kat sekolah! Pukul 4 pagi! Ayah kawan akak yang kerja jadi bomba ada datang!", pantas saja anak dara aku yang sulung bercerita sebaik melangkah masuk ke dalam kereta. Anak maklah katakan, mulut peramah nak bercerita.

"Kat area mana yang terbakar?", aku pun nak tahu juga.

"Koperasi sekolah!", jawab Aishah.

"Dah la banyak buku dengan kertas-kertas kat situ, lagi cepatlah terbakar! Cikgu pesan jangan ada yang nak ambil gambar pulak!", tambahnya lagi.

He.he.. macam mana nak ambil gambar ye, kamera tak ada dan hanphone pun tak ada. Tapi manalah tahu kalau ada murid yang seludup handphone ke sekolah.

Ini laporan di Portal Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, klik SINI.

Syukur tiada siapa yang tercedera. Anak aku kata surau lelaki pun terkena sikit. Nyaris jugalah kedai koperasi ni dibina berasingan dari bangunan sekolah di tepi pagar. Kalau tidak tentu merebak lebih teruk lagi.

7 comments:

Lulu Caldina said...

bahaya tu.. nasib baik terjadi masa sekolah tutup kan kak

Kakzakie said...

Paling bahaya kalau melibatkan budak-budak. Kakak kalau sekolah/asrama terbakar kepala terus bayangkan budak-budak bertempiaran. Ngeri...

wahida said...

takutnya dgr...paling takut kalau melibatkan nyawa anak2 kita...nauzubillah...

saniah said...

kebakaran mmg menyeramkan...nasib baik yang terbakar kedai koperasi..klau kena kantin tentu lebih marak kan..dgn tong gas lagi..malam2 kan siapa nak sedar...beringat jgak kat rmh sendiri ya..:)

Hanis Azla said...

Han pun bercerita balik sekolah semalam kak.. takut juga mendengarnya..

Dinas Aldi said...

Sungguh la jugak, koperasi kan banyak buku, cepat la merebak apinya. Nasib baik awal pagi, takda sesapa yg cedera..

jeBateja said...

Uikk...asalkan tiada yg cedera...ok lah....jgn sampai ada tercedera...