iklan

Followers

Pages

Friday 10 February 2012

Mukasurat dalam buku teks hilang, homework pun tak siap!

Aku terima SMS dari cikgu mengatakan anak-anak aku tak bawa buku dan tak buat homework subjek Bahasa Inggeris. Siaplah korang berdua, mama nak siasat kenapa. Hari-hari bertanya pasal homework, ada juga yang miss tak buat.

Azri, darjah 4 kata lupa nak buat. Ishh... rasa nak seligi je. Sabar Liza!!  Membebel jugalah aku menyuruh dia menyiapkannya dan bertanya jika ada yang tak tahu nak buat.

Asyikin, darjah 6 kata buku teksnya tak ada mukasurat 1 hingga 8. Homeworknya dari mukasurat 2. Amboi! Bila mama bertanya barulah nak bagitau itu tak ada, ini tak ada. Inilah akal bijak anak-anak. Maka kita sebagai ibu bapa pun kenalah lebih berakal.

Ooo... tak cukup mukasurat ye. Aku terus capai handphone dan call jiran selang sebuah rumah aku. Teringat pula anaknya pun dalam darjah 6 juga. Ada di rumah katanya dan aku nyatakan hasrat nak meminjam buku teks Bahasa Inggeris sekejap.

Aku ke rumah jiran aku untuk mengambil buku tu dan fotostat semua mukasurat yang tiada menggunakan printer kat rumah ni. Jadi anak aku tak dapatlah nak mengelak menyiapkan homework tu. Bila dah siap fotostat, aku terus pulangkan semula buku tu pada anak jiran aku. Selepas tu aku SMS cikgunya memberitahu masalah buku teksnya. Insyaallah akan digantikan dengan buku lain nanti.

Inilah alasan kenapa aku suka menyimpan nombor telefon guru-guru, ibu bapa kepada rakan-rakan anak-anak aku dan mungkin penduduk setempat yang mungkin aku baru kenali. Kadang-kadang ada perkara yang kita memerlukan bantuan mereka.

Kita mungkin nak bertanya tentang homework, buku-buku, tusyen, cuti sekolah, aktiviti sekolah dan sebagainya. Malah mungkin juga tentang disiplin anak-anak kerana lain orang biasanya punya lain pendapat dan pandangan. Sama-sama saling memberi maklumat. Siapalah aku tanpa bantuan orang-orang di sekeliling aku ni. Sangatlah membantu bagi sesuatu yang kadang tak mampu nak dilakukan sendiri. Maka aku ada pelbagai ikhtiar untuk lakukan.

9 comments:

cikguNae said...

bagusnya K.Liza...
kalaulah semua prihatin macam ni

Sekarang budaya pelajar menyalin homework rakan amat berleluasa...

CikTomyam said...

hehehe notty diorg tu kak..^^

Eye_nee said...

bagus kamu ni Liza...menyimpan nombor telepon guru dia..manalah taukan kalau mmg ada kes2 begini terjd pd akk pulak...wajib ambil nombor cikgu anak akk ni..

Unknown said...

k.liza contoh ibu yg peka...cari mslah pda anak dlu...teruskn k.liza ..:))

mas saari said...

memang geram kan kak kalau anak2 tak siap kerja sekolah ni... tapi nasib baik anak2 saya tak pernah lagi tak buat homework!

ummiross said...

cantiknya header Liza...

Teringin nak jadi jiran Liza.

Dinas Aldi said...

Saya pun suka ada nombor telepon waris, senang nak tanya apa2, cepat & bebudak tak bleh mengelat :)

atuk said...

Assalamualaikum Liza

seorang ibu yg perihatin

Unknown said...

mesti anak akak kecut perut time tuh kan...huhu