iklan

Followers

Pages

Saturday, 11 February 2012

Dah balik dah! Spot check keliling kereta mesti tak lupa!


Syukur hubby dah balik dari outstation sejak aku ditinggalkan pada 5 hingga 11 Februari  2011. Alahai, baru 6 hari dah resah gelisah. Macam manalah para isteri yang sering ditinggal selama berbulan-bulan lamanya kerana suami terpaksa belayar atau bekerja di pelantar minyak. Semuanya tetap dilalui dengan hati yang tabah.

Pukul 3.20 petang tadi aku mula memandu kereta hubby keluar dari rumah menuju KLIA ditemani oleh Asyikin,12 dan Arif,3. 3 orang anak aku yang lain tak mau ikut. Biasalah masing-masing dah besar, malas dah nak mengekori seperti masa mereka kecil-kecil dulu.

Dalam perjalanan, Arif dah tertidur di riba Asyikin. Mengantuk sangatlah tu.

Top-up kad Touch n Go di Petronas yang menghala KLIA sekejap. Sebelum bergerak semula, aku SMS dulu hubby "Dah sampai ke yang?" sebab jam sudah pun menunjukkan angka 3.45 petang. Jadual penerbangan sampai pukul 3.30 petang. Elok aku baru nak keluar dari stesyen minyak Petronas tu, hubby call suruh aku tunggu dia ambil bagasi dulu baru bergerak semula. Aku iyekan aje tapi kereta dah masuk highway, so teruskan ajelah perjalanan tu.

Aku park kereta di tepi jalan kira-kira 500 meter dari balai ketibaan. Ada banyak juga kereta lain yang turut menanti di situ. Itu pertama kali aku park di situ, selalunya park di Petronas tadi je.

Kesian tengok Asyikin penat meriba Arif yang tertidur, aku cepat-cepat alihkan Arif ke tempat duduk belakang. Takut juga nak buka pintu kereta lama-lama di tepi jalan raya ni. Takut orang lain tak nampak kita jadi kemalangan pula. Jadi kenalah lakukannya dengan pantas. Arif pun buka mata sekejap je dan lansung tidur semula. Bantal peluk kecil dan puting kosong tetap kena ada. Semua anak-anak aku begitu semasa kecil.

Sempat aku lelapkan mata dalam kereta sementara tunggu hubby call. Lama juga hingga lebih kurang pukul 4.20 petang. Macam biasa hubby minta aku tunggu di tiang yang hujung-hujung je sebab nak elak jem. Apalagi kalau bukan tiang nombor 7 atau 8 di balai ketibaan KLIA tu.

Bila hubby masuk kereta je "kenapa panas ni?".

"Memanglah, ayahkan pakai baju tebal tu!", balas aku.

Kejutan agaknya sebab cuaca di China sangat sejuk sampai susah nak buat kerja katanya dalam SMS dua hari lepas. Rasa macam nak beku. Kesian hubby aku, demi tugas dan amanah kenalah lalui juga semua tu.

Semalam dia SMS kata tak berapa sihat, muntah dan cirit-birit. Tadi tengok lemah je gayanya tapi nak juga pandu kereta balik. Rindu kereta dialah tu, entah rindu aku ke tidak tu..he..he..

Dalam perjalanan balik singgah di Mc D dekat Petronas. Aku suruh dia tukar T-Shirt biasa je sebelum pergi makan di Mc D.

Selepas makan, terus ke kereta dan start enjin kereta. Aku offer nak pandu kereta pun dia tak nak juga. Risau dia letih je dengan perjalanan sejak pukul 6 pagi dari hotel, 9.45 pagi dari airport Shanghai. Lama tu!

Macam biasa tabiat yang buat aku rasa nak cubit je sejak aku kahwin dengan hubby 16 tahun lalu. Kali ini memang melampau sikit sebab belum sampai rumah dia dah tawaf kereta dia melihat kalau ada yang kemek atau calar. Dia tak cakap apa-apa masa buat tu tapi aku yang geram "Spot checklah tu!".

Sengih je hubby "Ada calar kat depan tu, mama langgar apa?".

"Mana ada langgar apa. Entah calar lama ayah yang buat!", tak puas hati aku.

Dah maklum dah dengan kerisauan dia tentang keretanya, jadi aku malas nak simpan rasa kecil hati pun. Buat dek je lahkan. He..he.. selamba gitu.

Sebelum aku keluar tadi aku dah basuh dulu kereta dia. Entah kenapa banyak sangat habuk yang melekat. Kalau tidak lagi mengomellah rasanya. Malas nak dengar.

3 comments:

Admin said...

Hubby keje kapal ker? Laki dgn kereta mmg bersahabat baik..hehe

MaYa MustWany said...

fuhh smpai check macam tuh??menakutkan.hahaha

3/4 thn lepas along mas g china,xdela sejuk sngat.tapi last year kene kat london,haa yg tuh mmg sejuk.sampai balik malaysia,dok susah nk adjust balik tidur.hahaha..

jeBateja said...

Hik...hik.....lepaih ni takut lah numpang keta dia kak....takur tercalar dgn safety boot...ahakz