iklan

Followers

Pages

Monday, 13 February 2012

Rotavirus melanda, banyak kerosakan di luar sana

Ini komen yang aku baca dari facebook sepupu aku.


Status terkini tentang anaknya tidak serius sangat, mungkin cepat kesan katanya. Risaunya aku dengan penyakit ni. Kesimpulannya, makan di rumah itu lebih baik. Kurangkan aktiviti luar rumah jika tak perlu. Nak main pun kat halaman rumah ajelah kan. Lagi pun banyak gejala sosial yang tak sihat kat luar sana.

Bukanlah anti keluar rumah memandangkan aku ni pun suka juga makan kat luar dan meronda-ronda ke sana sini tetapi bila banyak perkara yang tidak dijaga, maka banyaklah kerosakan yang berlaku.

Simptom dan penularan rotavirus - aku petik dari artikel Vaksin Untuk Rotavirus

Muntah, cirit-birit, demam dan sakit perut adalah simptom rotavirus. Demam dan muntah boleh berlarutan hingga sembilan hari, manakala cirit-birit pula hingga tiga minggu.

Melihat tajuk berita 2 bayi maut, 2,236 dijangkiti Rotavirus di Perak ini pun sudah menakutkan aku. Betapa seriusnya penyakit ini. Maka janganlah kita ambil mudah bila anak-anak mula sakit perut, demam, pening kepala atau pun sakit kepala.

Ibu bapa kedua-dua bayi malang itu mungkin akan terlintas di minda mereka "Mengapa anak aku yang maut daripada 2 ribu lebih yang kena penyakit yang sama?". Tetapi mungkin juga mereka telah pun redha dengan kehilangan insan yang mereka sayang. Takziah aku ucapkan. Moga tabah, berat mata memandang maka berat lagilah bahu yang memikulnya. Sedihnya aku!

1 comment:

Kakzakie said...

Hanya Allah yg tahu mengapa satu-satu musibah diturunkan...