iklan

Followers

Pages

Monday, 20 February 2012

Maaf! Pinangan kamu tak diterima!

Ini kata-kata yang aku kongsikan dari sumber facebook dengan korang semua tentang merokok :

"Merokok adalah senjata Yahudi yang paling berjaya, nak tahu kenapa?


Sebabnya :
✔ Mana ada orang hisap rokok bermula dgn BISMILLAH..!
✔ Mana ada selepas habis merokok ucap ALHAMDULILLAH..!
✔ Menyalakan api adalah kesukaan syaitan...!
✔ Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi...!!
✔ Mengepit 2 jari pada rokok adalah melambangan salib...!"

Betul ke tidak sebab-sebabnya tu aku tak berapa pasti pulak. Cuma yang aku pasti merokok ni merbahaya untuk jangkamasa panjang umpama mengumpul penyakit atau mengumpul nahas dalam hidup.
Benarlah peribahasa yang mengatakan 'Sikit-sikit lama-lama jadi bukit' iaitu mengumpul sesuatu sedikit demi-sedikit lama-lama ia akan menjadi banyak.

Baguslah kalau yang dikumpul tu sesuatu yang berharga dan bernilai seperti duit, harta, ilmu yang bermunafaat atau pun amal ibadat. Dapat juga menjadi bantuan untuk kita di masa susah nanti.

Tapi kalau mengumpul asap rokok setiap hari di dalam dalam paru-paru kita, maka beginilah jadinya. Gelinya aku tengok... hitam je! Bagaimana pula paru-paru kita nak berfungsi dengan baik. Kena pulak yang mengumpulnya sejak zaman sekolah hinggalah dewasa dan bersambung hingga semakin tua. Memang lumayan hasilnya.

Gambar sumber facebook
Setahun ada 365 hari, takkanlah sehari hisap sebatang rokok sahaja. Tentulah bilangannya berganda-ganda lagi.

Setiap sedutan rokok memusnahkan anda :


Don't break my heart!

Bilakah agaknya remaja yang aku lihat kelmarin akan berhenti merokok?

Antara ciri utama aku sewaktu memilih suami dulu adalah seorang yang tidak merokok. Itu adalah ciri yang patut ada selain daripada berugama, bertanggungjawab dan comel (ops!).

Pernah seorang rakan aku bercerita bagaimana ayahnya menolak pinangan seorang lelaki untuk adiknya dengan hanya kerana satu soalan ini "Awak merokok?". Dan lelaki itu menjawab "Ya!".Akibat jawapan 'Ya' itu, lelaki itu tidak diterima menjadi menantunya. Itu bagi yang benar-benar tegas dalam memerangi rokok. 

Syukurlah menantu mak dan arwah ayah aku yang lelaki tidak merokok semuanya. Bukan sebab terpaksa melalui soalan seperti rakan tadi, tetapi sememangnya kami 3 beradik perempuan tidak memilih lelaki yang merokok.

Aku tak suka asap rokok kerana boleh buat aku lemas, sakit kepala dan baunya yang merimaskan boleh melekat pada baju aku juga. Persekitaran menjadi tidak sihat untuk bernafas.

11 comments:

Kakzakie said...

Bapak kakak tak hisap rokok, hubby pun tak hisap rokok juga. Alhamdulillah...

blog-tips-kurus said...

bab salib tu, baru perasan.

syukur kaum Adam dalam keluarga saya juga tidak merokok. :-)

nia marlissa said...

nanti nak kawin nak cari orang yang x merokok la


ade sesetengah orang tuh sampai mabuk sebab terhidu asap rokok

KAIN VIETNAM TERBAIK said...

kalau tak merokok tu kan bagus..takdela membazir dan menyumbang pada penyakit yg bukan2...

salam perkenalan...

Suara Kalbu said...

Samala kita Kak Liza,

Ida pun tak suka orang merokok.
Masa berkenalan dengan encik suami dulu itulah soalan pertama yang ida tanya kat dia.

Memang lemas dengan asap rokok.

Reena said...

untungla k.liza dpt suami x hsap rkok..kmi yg blum kwin ni...ssh beno nk jmpe lelaki yg x hsap rkok...bile berkenalan je msti ckp "smoking"....errhh

*sy ssak nfas bau hsap rokok... :))

diana said...

maisara cukup sedih tengok iklan tv3 tu...

ummiross said...

Liza..ummi pun tak tahan dengan asap rokok, Alhamdulillah suami ummi pun tak merokok, ia menjadi contoh yang baik buat dua anak bujang, yang jugak tidak merokok, syukur sangat2.

Dinas Aldi said...

Memang tak bleh tahan dengan rokok. Tak sukeeeeeee!

mas saari said...

kalau boleh masa cari pasangan memang kita tak nak yang merokok, tapi tak boleh terlalu berharap sangat! kadang2 tu yang kita tak nak tu lah kita dapat...huhuhuuu

Zulkifli Ismail said...

saya perokok tegar... maafkan saya ye semua...