iklan

Followers

Pages

Tuesday, 21 February 2012

Kemalangan di lorong Smart Tag Tol Bandar Baru Bangi


Eh! kenapa teruk sangat jem kat tol ni? Jam pukul 2.20 petang, 21 Februari 2012.


Ada kereta model Gen 2 warna oren terbalik dalam lorong Smart Tag. Macam biasa nampak je plet kereta ni. Suspen aku!


Satu persatu kelihatan mereka megeluarkan mangsa. Nampak ada 2 kanak-kanak perempuan usia lingkungan 6 ke 7 tahun bertukar ke kereta kancil putih di sebelah kiri.


Ada baby dalam pelukan si ibu. Meleleh darah dari dahi si ibu di kiri dan kanannya. Masih gagah bercakap dengan lelaki di depannya dengan riak muka yang kelihatan sebak.


Ngeri aku tengok! Nampak seperti baby ok saja. Sebaik aku melepasi bayaran tol tunai, ada sebuah lagi kereta berwarna hitam di atas trak tunda yang remuk sepanjang pintu depan dan belakang sebelah kanan. Tak sempat nak ambil gambar pun sebab aku sedang memandu kereta gear manual sendirian pula.

Apa sudah jadi? Berebut lorong ke? Biasanya aku selalu guna lorong Smart Tag, tapi sebab kredit dalam kad belum top-up, bayar tunai sajalah.

Aku dalam perjalanan nak ambil anak sulung balik dari sekolah. Bila aku pusing untuk balik semula nampaknya semuanya dah bersih. Baguslah! Cepat pihak Plus buat kerja. Bila aku tanya awek jaga tol, accident sendiri katanya. Eh! boleh macam tu ye? Macam mana ada 2 buah kereta yang terlibat. Nyaris tak dilanggarnya pondok tol yang ada pekerja.

Hati-hatilah memandu dan beralahlah jika perlu untuk elak kemalangan. Lebih-lebih lagi bila ahli keluarga turut bersama ada dalam kereta, perlu lebih cermat memandu.

Aku pun nyaris nak kemalangan juga semalam bila tiba-tiba tayar kereta membuang ke kiri sedikit akibat jalan berair. Nyaris kereta di sebelah kiri agak jauh sedikit di belakang. Kalau tidak memang aku hentamlah keretanya di bahagian pemandu. Seriau sekejap aku dibuatnya. Amaran untuk diri sendirilah tu!

8 comments:

Zabid9897 said...

Suspennyer.... mujur bukan Gen2 warna merah...

ummiross said...

Malang tidak berbau, berhati-hati ye Liza..

aimaniman said...

berhati2 kat jalan raya, hari2 akak baca doa nak naik keta, selamatkan lah perjalanan sebab seram sekarang ni memacam cerita akibat cuai ni,...

Citarasa Rinduan said...

alhamdullilah, mujur tak hilang nyawa..

bab baby tu ayu pun seriau gak

liza.. lepas nie jgn snap pic dalam kereta..
hati2 tau

Dinas Aldi said...

Na'uzubillah, mintak dijauhkan dari kemalangan..takut jugak sebab hari2 kita kena memandu kan. Semoga kesemua mereka selamat dan takda yang cedera parah..

Terfikir jugak camana kereta tu boleh terbalik sampai gitu..

mas saari said...

itulah kan, kadang2 kita memandu sendirian pun boleh accident! kena lebih berhati2 di jalanraya ni..

jeBateja said...

Uikkkk..den ada kat situ masa tu kak....tgk org yg ambil gamabr berdarah2...terus nak pitam den....tak leh tgk darah aaa

-Sara- said...

klo ada baby ni mmg kite rase kesian sgt2 kan..