iklan

Followers

Pages

Tuesday, 7 February 2012

Kaya duit atau kaya hutang?

Gambar dari Raja Duit

Seronoknya hidup tanpa hutang. Tak perlu kalut nak fikir bayar setiap bulan. Bila tak bayar mulalah bertalu-talu bank telefon suruh bayar. Bagi aku yang dalam golongan sederhana ini tak dapatlah nak mengelak dari berhutang bila beli rumah dan kereta.

Tak sabar rasanya nak tunggu habis bayar hutang kereta Kelisa aku tu. Tinggal hingga bulan May tahun 2013 saja lagi. Lepas tu bolehlah aku simpan duit yang bayar bulan-bulan tu. Iye ke macam tu?

Tapi manusia ni biasanya susah nak puas. Rasanya macam bila dah habis hutang kereta, maka mulalah nak intai-intai kereta baru pula. Macam minggu lepas saja je aku buat perangai pergi test drive kereta Perodua Alza. Ambil rasa dulu, padahal modal untuk deposit pun tak ada. Saja buat motivasi dulu.

Hidup memang tak seronok bila banyak hutang ni. Kalau berhutang kerana keperluan tu tak mengapalah juga, ini berhutang untuk berseronok-seronok. Memanglah cari nahas namanya. Apa pun jangan lupa bayar terutama bila berhutang duit dengan kawan-kawan. Mentang-mentanglah tak ada dokumen yang kena tandatangan, boleh buat-buat lupa pula.

Adakalanya nampak macam banyak duit je tetapi siapalah tahu dia sedang berserabut otaknya memikirkan hutang keliling pinggang. Berhutang untuk jaga status biar nampak gah di mata orang lain tak memberi makna apa-apa pun.

Lihatlah mereka yang nampak kaya, tetapi berapa pulalah agaknya hutang yang terpaksa mereka tanggung dalam entry "Kekayaan" ini. Tak taulah kaya duit atau kaya hutang.

6 comments:

ummiross said...

Hmm orang kaya-kaya cash money pun banyak, hutang bisnes pun banyak, kita pulak duit sikit2, hutang pun ada gak sikit2,hutang kereta dengan rumah je, hik!

Mama Adam said...

Kalau xde hutang, aman damai. Joli sakan la

jeBateja said...

Ahakz.....bila lah hutang den nak habis ni.....ahakz

~ yus ~ said...

takde hutang lebih selamat kan...

tp zaman skrg ni mmg kena berhutang juga, hutang beli rumah, hutang beli kereta..huhu

mas saari said...

saya berhutang benda yang perlu je kak, macam rumah dan kereta! yang lain tu tak kuasa saya, buat pening kepala je..

Iskandar Syahril Ibrahim Sukri said...

kaya hutang pun kaya gak...