iklan

Followers

Pages

Wednesday, 15 February 2012

Kalutnya aku pagi ini!


Kalut sungguh pagi ni sebab bangun lambat. Pukul 6.30 baru bangun. Padahal pukul 5.00 pagi tu dah bangun buatkan susu Arif. Pi sambung tidur semula, lansung terlajak. Kalutlah nak buat breakfast untuk anak-anak pi sekolah.

Macam biasa, anak sulung aku sempat minum seteguk dua teh o panas dengan bekalan yang aku letak dalam beg plastik je. Beg plastik jernih yang biasa orang buat bungkus lauk tu memang aku beli siap-siap dah. Senang bila dia habis makan, buang je dalam tong sampah bekas tu. Dia kena cepat kerana ayahnya sudah menunggu di luar untuk hantar dia ke sekolah dan kemudian nak ke pejabat di Bandar Baru Bangi.

Anak yang 3 orang lagi dah mula bersarapan roti paratha segera Kart's dengan teh o panas. Guna dua kuali untuk memasaknya sekali gus. Nak cepat! Dua kali masak je sebab aku masak 4 keping untuk 4 orang anak.

Ni gambar aku ambil dari google je!



Badan si kecil Arif masih lagi kejap ok kejap panas. Pagi tadi panas semula badannya. Nyaris dia tak nampak lemah dan pasif. Tetap aktif macam biasa. Selalunya aku angkat je dia dari tempat tidur semasa nak hantar kakak dan abang-abangnya ke sekolah masing-masing berdekatan rumah di Bandar Seri Putra je. Tapi pagi ni merengeklah pulak nak mandi shower katanya. Layan jelah! Cepatlah adik oiii... jam dah pukul 7.05 pagi ni.

Tanya Arif  "Makan ubat ye!". Menggeleng kepala dia tanda tak mahu. Tak ada mood agaknya pagi-pagi nak makan ubat demam. Biasanya mudah je nak bagi dia makan ubat.

Tak pe! Aku ada alternatif lain untuk bagi ubat. Biar dia selesai mandi yang yang ringkas dengan shower tu, sekadar nak puaskan hati dia. Tapi elok juga untuk sejukkan badannya. Aku masukkan ubat demam yang boleh dimasukkan melalui punggung semasa nak pakaikan lampinnya. Selesai!

Aku capai segala yang perlu, dukung Arif turun. Kunci rumah dan menuju kereta. Anak-anak dah menunggu dalam kereta. Tugas start enjin kereta aku dah serahkan pada anak lelaki aku tu tadi, dah 14 tahun pun umur dia. Jam di kereta dah tunjuk angka 7.15 pagi. Alamak! Ada 5 minit je lagi untuk aku berkejar ke dua buah sekolah yang masing-masing waktu masuknya 7.20 pagi. Merempit lagi aku!

Selepas selesai hantar, aku bawa Arif makan roti canai di kedai mamak. Syukurlah badannya dah tak panas lagi. Mulut dan badannya tetap aktif seperti biasa. Tapi selepas 4 jam nanti kena bagi ubat demam lagi. Nak pastikan dia sihat betul. Risauuu kalau anak demam!

Terima kasih kerana sudi baca kekalutan aku pagi-pagi.

3 comments:

kakchik@ella said...

KC doakan semoga Arif cepat sembuh. Kalau terlewat mmg kelam kabut kita Liza. Terkejar2 mengejar masa, kan.

Kakzakie said...

Kalau kakak bagun pukul 5 dah tak boleh tidur lagi... itu memang dah waktu kakak utk bangun dah...

Kadang memang rasa macam nak lelap sekejap tapi jadi terlajak kan...

Liza @ Adzriel AB said...

kakchik@ella : TQ kak chik kerana mendoakan arif... boleh slim mcm ni. he..he..

Kakzakie : betul kak, memang biasa tak patut tidur balik. tapi tadi ngantuk benor. padahnya terlajak le.