iklan

Followers

Pages

Thursday, 16 February 2012

Dapat Samsung Galaxy Tab, lagi senang nak berblog!


Melayan kehendak anak dara sulung, Aishah (16 tahun) ke kedai buku Popular di Nilai berdepan dengan pasaraya Giant, aku pun singgah sekejap di kedai Samsung di tingkat bawahnya untuk cuci mata. Bukan cuci beg duit ye.

Kalau hubby dah dapat handphone Samsung Galaxy S nya, aku suka Samsung Galaxy tab je. Handphone aku tak kisah, asal mudah buat call pun dah ok. Maksud aku mudah nak buat call semasa sedang memandu. Hati-hati memandu ye! Kalau pakai touch screen ni payah juga macam handphone Nokia express music 5880 aku ni. Suka lagi brand Sony Ericsson, mudah dan praktikal fungsinya. Cuma buttonnya mudah juga rosak.

Jika dulu teringin nak handphone Blackberry, kemudian impikan Ipad tapi kini cinta dah beralih arah ke Samsung Galaxy Tab. Mudahnya beralih arah cinta ye! Ini gara-gara pengaruh rakan blogger Amy Syaquena yang gilakan Samsung.

Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus - budget dalam RM1.5K ++


Samsung Galaxy tab 10.1 - budget RM1.8K ++

Gambar-gambar copy dari facebook Amy je!

Aku tengok kat kedai tu dia letak harga untuk Samsung Galaxy Tab 10.1 pada harga RM1899. Kalau nak lagi murah, tanya-tanyalah dengan Amy Syaquena. Penjual gajet yang boleh kita percaya... ramai blogger yang kenal. Bukan macam kisah dalam entry Lulu Caldina ni 'Saya nak iphone 4S' di mana customer tertipu dan rugi duit beribu-ribu ringgit.

Cuba banding harga yang aku sebutkan dengan harga yang Amy Syaquena offer kat SINI. Warranty tetap ada dan original lagi.

Bermakna aku ada pilihan untuk mendapatkan harga yang lebih murah dengan barangan yang berkualiti. Eceh... berangan dulu! Impian ingin ditunaikan, senang nak berblogkan dan untuk bekerja juga. Saiz mudah masuk handbag je.

  
Berusahalah *(^_^)*... "Fight-Oh!"

5 comments:

Lulu Caldina said...

dah beli dah kak???
cuba tgk kat Digi..
offer lagi murah beserta tenet

Amy Syaquena said...

Senyum saya baca kak , akak sudah terpengaruh sama saya ye hikhikhik..serius saya dah mula jatuh hati dengan samsung..di tambah dengan keluaran2 terbarunya..juling biji mata , kalau ikut nafsu rasa nak tukar je hihi..

Liza @ Adzriel AB said...

Amy Syaquena : godaan yg menjadi tapi nak kena ada modal dulu.

Lulu : wah! boleh le kak liza surveykan nanti.

Kakzakie said...

Kalau nak beli kena cepat Liz.. tak lama nanti akan keluar model baru lagi. Itulah teknologi canggih cinta mudah beralih arah dek teknologi juga...

saniah said...

salam liza...wahh citarasa kita sama..akak pun suka samsung tab ni..kalau liza senang nak buat kerja dgn tab ni akak pulak suka sebab senang nak baca ..skrin besar kan..apalagi pada org2 yg berumur mcm akak ni..dah rabun daa..:)
InsyaAllah dapatla tu nanti..