iklan

Followers

Pages

Friday 7 October 2011

Isteri masak tak sedap ke?

Si isteri mengadu, suaminya jarang nak makan apa yang dia masak. Kalau makan pun sikit aje. Ada saja alasannya. Tak sedapkah isterinya masak? Berdietkah dia? Sangkaan paling buruk pada suaminya, ada isteri lainkah? Dia juga yang jawap semula "tak mungkin!". Tinggi peratus kepercayaannya pada suaminya itu tak curang. Baguslah macam tu. Tak baik cepat sangat buruk sangka, siasat dulu.

Agaknya si isteri memang tak berapa pandai memasak pelbagai hidangan. Itulah yang diakuinya. Masak ala-ala simple je katanya. Apa yang ada dalam peti sejuk aje. Semua bahan suaminya yang beli.

Oooo.. patut le! Niat isteri nak lebih baik dalam memasak agak terhad. Itu pun kalau mengikut katanya, suaminya yang nak beli sendiri. Kalau dia order apa-apa bahan mentah yang dia nak, biasanya ada aje yang tak cukup. Bila minta duit nak beli sendiri, tak mau pula diberi.

Kesudahannya, masak sajalah apa yang ada. Tak kisahlah kalau masak lemak tanpa serai pun. Itu pun kalau ada santan peket katanya.

Tapi silap-silap bahan cukup pun belum tentu sedap masaknya. Eh! Ke situ pulak fikirnya.

Duit suami yang susah payah cari, kenalah jimat-jimat. Banyak benda yang nak dibayar agaknya. Dia pakai kereta besar dan rumah pun besar, kenalah potong mana-mana kos yang patut.

Si isteri pun duduk kat rumah aje, tak menyumbang apa-apa. Eh! Tak menyumbang ke? Marah para suri rumah nanti. Tanpa isteri yang menguruskan hal-hal di rumah, boleh canggung juga rumahtangga tau! Hari-hari buat kerja rumah pun lelah juga dibuatnya.

Apa aku nak kata ye? Dialah yang kena berbincang dengan suaminya. Takkan aku pulakkan?

Aku yakin ramai antara korang yang dah pun berstatus suami memberi kepercayaan penuh pada isteri untuk beli sendiri barang apa yang diaorang nak masak. Isteri yang nak masak, biar le dia yang shopping barang dapur. Duitnya suamilah yang bagi dan jadi tukang tolak troli. Tak pun pergi beli sama-sama macam mamat kat bawah ni. Macam ni punya gaya tolak troli, jangan langgar orang dah le.

Gambar hiasan tukang tolak troli tegar,
aku ambil gambar dari blog isteri Ben Ashaari

10 comments:

ct rahani said...

mungkin suaminya on diet kot.. sbb tu x nk makan byk.. hehe.. :)

Ibu Muda 30series said...

cadangan utk yg tak berkahwin lg

buat ujian tahap kecerewetan bakal suami terhadap makanan..hehe

agak2 cerewet sgt, reject awal2...ahaha

Muhammad Izuan said...

x baik la komen @ xmkn mskn isteri. suami pun bajet sempurna je.

Dinas Aldi said...

Bila isteri tak masak pun tak kena jugak. Bila dah masak, tak makan pulak, adehh.

iza said...

Assalam...
Penat2 masak, kalau tak nak makan, esok lusa biar si dia pulak yg masak..

Nik said...

suami nki mmg tak makan banyak.pastu tak jerewet bab makanan...hehe

jeBateja said...

bini den masak apa pun sodap kak....ha...ha....janji konyang powut udahh.....ahakz

Bapak said...

Bapak biasanya membeli sendiri barangan mentah di pasar kerana diajar ayah, itu tanggungjawab suami.

tapi list barangan nak dibeli dan menu yang nak dimasak ditetapkan Orang Rumah Bapak...

sitiebby said...

susah nk komen, tp sesekali tue suami pun blh berikan duit utk isteri beli keperluan brg dapur yg diinginkan, bkn nye nk membazir, utk suami jgk akhirnya.

Chico said...

saya pon x pandai masak..sedih sgt..sampaikan di rumah mertua saya tak mau masak sebab di rumah sendiri pon mak tak bagi masak.beli je.jadi praktikal tu takde menyebabkan sy mmg tak pandai masak walaupon suka masak.masak ade je yang kurang.cane eh