iklan

Followers

Pages

Thursday 17 February 2011

Berangan nak tukar kereta


Tengahari tadi pergi temankan hubby ke Honda dealer di Cheras ; Wegro Sdn. Bhd. Aku ambil peluang le cuci-cuci mata tengok kereta Honda. Bangunannya dekat dengan Old Town kopitiam & Toyota dealer.

Hubby kata Honda accord ada nak keluar facelift baru bulan Mac ni. Model baru Honda Insight Hybrid pun ada juga baru keluar. Pasal kereta ni aku tau drive je. Hubby aku le yang sering mengikuti perkembangannya & cukup teliti sama ada nak beli mahu pun servis kereta.

Kebetulan pula masa kitaorang sampai ada model baru Honda Insight Hybrid masih belum turun dari lori panjang dalam 3-4 unit. Aku cuma memandang dari jauh je masa tu ; cantik! Itu jelah yg terdetik dihati aku masa tu. Bila hubby kata "1.3 tu mama!"... eleh.. kecik! Berlagak le pulak! Yang kecik pun aku tak cukup duit, ada hati nak tengok yang besar!

Masuk showroom, salesman Mr. Ray dah menunggu. Panjang lebarlah dia explain pasal Honda accord facelift baru tu sebab itulah target hubby pun. Dia sedang buat comparison dengan Toyota Camry. Banyak faktor nak kena ambil kira.

Hubby minta nak tengok Honda Insight Hybrid baru dengan Mr. Ray. Memang cantik! Model assembly kat Jepun lagi, bukan di Melaka ye! Memang sesuai untuk ladies... terutamanya aku..he..he..! Berangan dulu! Korang tengoklah kat sini.. 2011 Honda Insight Hybrid.

Korang judge sendiri le. Banyak kelebihannya. Aku nak cerita pun tak pandai. Aku boleh jatuh cinta je dengan Honda Insight Hybrid ni sebab duit aku tak mengizinkan. So kalau aku nak, kena kumpul duit dulu le! Moga Allah makbulkan doa aku ni.

Tak pe... berangan dulu. Moga impian jadi kenyataan. Orang yang berjaya semuanya bermula dengan berangan, tapi bukan angan kosong le!

9 comments:

Hanis MY said...

wah pilihan yang bagus! insyaAllah pasti ada rezeki!

-Sara- said...

wow, bestnye dapat pakai kete besar :)

Liza @ Adzriel AB said...

Hanis MY & -Sara- : Doakan ye! aminn!

Suara Kalbu said...

Insya Allah Kak Liza,

Ada rezeki keluarga tu nanti. Best dapat pakai kereta yg selesa untuk keluarga juga kan kak

Liza @ Adzriel AB said...

suara kalbu : teringin je. dah 7 tahun pakai kelisa manual tu. nak jalan jauh tak sesuai utk keluarga. anak 5 org.he..he..

Awangku Johan said...

salam ziarah dan salam perkenalan dari laman blog abang Ben Ashaari.. Saya ingin follow blog awak ek.. So, mai la singgah dan follow blog saya.. Ok thanks..

Liza @ Adzriel AB said...

Awangku Johan : Salam...terima kasih sbb sudi singgah sini.. boleh aje.

Ariannalissa82 said...

Hehe..amin...Sis nak beli kereta lagi hebat tu...hehehe

Liza @ Adzriel AB said...

Ariannalissa82 : tak pe...berangan dulu ni. Moga Allah cepat makbulkan. terima kasih sebab mendoakan. he..he..