iklan

Followers

Pages

Saturday 24 September 2011

Tegas tapi pastikan hati anak-anak melekat

Ngeri dan risau dengan sikap sesetengah budak sekolah sekarang ini. Setiap hari membaca surat khabar menimbulkan rasa takut di hati aku dengan kes-kes buli dan samseng di sekolah.'Remaja pergi sekolah dibelasah dengan kayu' tajuk berita di Harian Metro hari ini.

Dua orang anak aku pun sudah pun berada di peringkat sekolah menengah. Anak dara yang sulung sudah pun berusia 15 tahun manakala adik lelakinya pula sudah 13 tahun. Anak lelaki aku seusia saja dengan remaja yang kena belasah di dalam berita tu.

Anak sulung lebih rapat dengan aku kerana setiap hari aku mengambilnya balik dari sekolah, ada saja ceritanya sepanjang 15 minit perjalanan balik ke rumah. Kalau diam pun sebab tertidur di dalam kereta.

Dia pun berada dalam lingkungan sekolah yang berprestasi tinggi, maka banyak perkaralah yang dijaga oleh pihak sekolah. Mudah sedikit jugalah pihak sekolah mengawal disiplin pelajar bagi sekolah bestari ini berbanding sekolah harian biasa. Jadi kerisauan aku tentang persekitarannya tidaklah merisaukan sangat.

Berbeza dengan adiknya yang bersekolah di sekolah harian biasa. Nyaris juga sekolahnya masih baru dan hanya ada pelajar tingkatan satu dan dua sahaja. Jika ramai lagi senior di tingkatan 3, 4 dan 5 tentulah aku kena pantau lebih lagi anak lelaki aku tu. Kes buli di kalangan pelajar lelaki lebih kerap aku dengar berbanding pelajar perempuan.

Ada juga sekali-sekala dia bercerita tentang rakan sekelasnya yang suka mengganggunya dalam kelas. Tidaklah serius hingga memukul kuat tetapi terasa terganggu juga bila dicuit, dikuis dan kadang-kadang menepuk belakang badannya dengan agak kuat.

Nyaris juga anak aku tak membalas sebab kalau dia balas memang teruk juga agaknya budak tu. Suka benar agaknya budak tu mengusik anak aku yang saiz badannya besar. Lebih berat dan lebih tinggi dari aku.

Aku ambil peluang mencari budak yang suka mengusik anak lelaki aku tu masa ambil keputusan peperiksaannya kelmarin. Tau pulak dia lari menyembunyikan diri. Bukan aku nak marah pun, cuma nak berkenalan aje. Nak tau juga apalah sebabnya dia suka sangat mengusik anak aku tu. Sebab dia banyak lemak, kulit putih iras cina atau hensem ke?

Masa dia di sekolah kebangsaan dulu pun ada juga seorang budak tu suka ganggu dia. Tapi anak aku buat tak tau aje. Hinggalah ada sekali budak tu datang beraya ke rumah aku. Aku ambil peluanglah interview dia dengan cara aku yang santai ni.

Andaian aku budak tu kurang kasih sayang seorang ibu dan ayahnya terlalu sibuk bekerja. Ibunya meninggal semasa dia masih di tadika. Setiap kali hari kena ambil kad laporan, ayahnya tak datang ambil pun termasuklah pada hari keputusan UPSR diumumkan. Dia ada adik seorang dan mungkin juga ayahnya fokus lebih pada adiknya dan menganggap dia sudah boleh berdikari.

Aku hanya berikan nasihat padanya setakat yang termampu saja. Takkan nak lebih-lebih pulakkan. Itulah yang aku katakan pada anak aku yang aku panggil 'abang', "Abang ada ayah dan mama yang sudi dengar masalah abang, boleh nak bergurau dan peluk bahu abang. Ada rumah yang selesa untuk tinggal, bilik tidur ada aircond lagi! Bersyukurlah!".

Baju raya sama pulak, anak aku (kanan) dengan abang sepupunya yang juga kawan epal Cik Eka

Bagi aku, berkawan baiklah dengan anak-anak agar apa-apa masalah yang mereka hadapi tidak hanya dikongsi dengan rakan-rakan saja. Setakat ini anak-anak mengerti dengan sikap aku yang sering mengingatkan mereka "sakit pening dan susah senang anak-anak adalah tanggungjawab mama dan ayah selagi semuanya belum dewasa. Jika ada masalah hendaklah dikongsi supaya masalah yang dihadapi tidak menjadi lebih buruk. Tiada istilah nak 'privacy' lebih. Spot check tetap akan aku lakukan sekali-sekala".

Spot check bukan sekadar memeriksa beg sekolah, almari baju, bawah katil dan sebagainya tetapi juga mengira pukul berapa dia balik dari sekolah dan sampai ke rumah dan sekali-sekala memerhatinya di sekolah dari jauh. Tentang mengintip anak-anak di sekolah selalu aku buat masa di sekolah rendah dulu. Dapat juga tangkap anak yang ketiga tu beli jajan di luar pagar sekolah. Dah balik rumah baru aku kenakan...he..he..

Tegas tetap tegas dengan kadar seadanya tapi pastikan hati anak-anak melekat dengan kita sebagai ibu bapa. Mudah nak bercerita dari hati ke hati.

Suka menyakitkan orang lain tu ikut sikap siapa agaknya. Tanganilah sebelum terlewat. Jika tak mampu, cubalah minta bantuan orang lain.

6 comments:

Keri said...

Biasanya kes buli ni berpunca daripada student yg latar blkang keluarganya yg bermasalah, sama ada terlalu miskin atau terlalu mewah dimanjakan dgn harta... persamaan antara kedua-dua faktor ni adlh kurangnya perhatian dan kasih sayang keluarga

Unknown said...

saya pun risau kak..
sekarang ni budak2 tadika pun dah pandai membuli..
maisara belum sekolah lagi tapi saya dah siap pesan kat dia dia nanti sekolah kalau ada kawan sakitkan maisara kat mana2 cepat2 bagitahu cikgu.
masalah jugak bila anak tak tahu melawan.maisara bukan ada kawan ramai jadi dia tak pandai bergaduh..

puanbee said...

bab buli ni kak liza .. anak saya pun di buli ..saya kadang2 malas nk pergi tegur2 disekolah .. apa yang saya buat .. saya cakap pd anak saya yg 7 tahun tu ..kalau kawan2 main tolak2 atau marah2 ke kakak pergi je lari duk belakang cikgu .. atau terus bg tahu cikgu .. mula2 usik2 pastu gaduh2 bahaya tu .. tahun satu pun dah pandai buli2..

ummiross said...

Betul tu Liza, biasanya budak2 bermasalah di sekolah berpunca dari latarbelakang keluarga yang bermasalah jugak.

MumMe said...

risau kak liza,tgk budak2 tadika pun...cikgu ni sampai bawakan air yasin...sbb x tahan nak berhadapan dgn kerenah budak yg kurang kasih sayang...

Mia Liana said...

risau juga bab buli ni... minta2 jangan terkena kat anak kita.. amin..