iklan

Followers

Pages

Wednesday 15 February 2012

7-Series dah usia mak, banyak pengalamannya


Wah! Cantiknya BMW 7 Series ni. Tengoklah ciri-cirinya di SINI memang mengujakan.


Gambar-gambar dari SINI

Tapi kalau tengok harganya, tak laratlah aku. Berganda-ganda mahalnya berbanding rumah yang duduki sekarang. Kalau buang satu angka di depan pun berganda-ganda murah lagi kereta Kelisa aku.. he..he..


Apalah istimewa sangat BMW 7-series ni sampai harga dah cecah sejuta lebih tu. Hanya mereka yang menggunakannya tahu akan keistimewaannya. Sentuh pun aku tak pernah lagi ni.

Semakin banyak seriesnya, makin canggih dan mahallah keretanya. Begitulah dengan usia kita ini, semakin banyaklah pengalaman dalam hidup kita ini. Tetapi tidaklah semakin gagah seperti BMW ni, semakin lemahlah kita.

Aku tak pernah lupa setakat ini tarikh 15 Februari merupakan hari lahir bonda tercinta. Tahun ini, 2012 maka genaplahlah usia mak mencecah angka 70 tahun. Masuk ke era 7-series dah. Mak dikirakan dalam kategori yang sihat berbanding rakan-rakan seusianya. Syukur kerana mak tiada sakit-sakit yang mahal-mahal seperti jantung, kecing manis dan sebagainya. Ingatan mak pun masih elok. Cuma mak ada masalah sakit lutut saja yang memerlukan rawatan susulan.

Tadi aku cuba nak call mak yang sedang berada di rumah abang sulung di Ipoh, Perak. Tapi kakak ipar kata sedang 'engange' di handphone. Mak sibuk hari ini. Tentu kakak aku yang call nak ucap selamat hari jadi. Tak pe.. kita ikut giliran 5 beradik ucap selamat pada mak.

Macam dijanji-janji pulak ye. Setiap kali birthday mak tentunya mak sedang berada di rumah abang sulung. Macam tahun lepas dalam entry 'Kak Bot naik motor bot'.

Minggu lepas kakak ipar dah tanya sama ada nak berkumpul di Ipoh ke hujung minggu ni. Boleh raikan mak. Aku dah call adik aku, Asterisk Boutique untuk turut serta. Akan diusahakan katanya kerana sibuk bekerja. Sibuk packing tudung customerlah tu. Apa nak buat, dialah tokey, dialah kerani, dialah akauntan dan dialah kuli. Rezeki untuk keluarga, Syukur alhamdulillah.

Kalau dapat kumpul ramai-ramai ni di Ipoh, tentu seronok. Anak-anak aku pun suka sangat dapat jumpa sepupu-sepupu mereka. Memang meriahlah jadinya rumah abang sulung aku tu.

Selamat hari jadi mak... tahun depan aku pulak masuk 4 series... opss!

9 comments:

ummiross said...

Ummi pun mampu tengok je lah..

Semoga ibu Liza akan sentiasa sihat dan diberkati Allah.

-Sara- said...

hppy bufday utk mak kak liza..moga dipanjangkan umur dn sihat selalu :)

Ct Aja said...

hai...mampu beli gmbar je kak..hihi

Dinas Aldi said...

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran untuk bonda Liza. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yg baik olehNya.

Mak akak dah masuk 71 tahun ni ha :)

is150 said...

Tak merasalah saya nak pakai 7 serie kat Malaya nih...

atuk said...

Assalamualaikum Liza

dapat rasa naik pun dah seribu rahmat..

Unknown said...

ipoh kat mana kak??saya ramai sedara mara kat ipoh..:)

Liza @ Adzriel AB said...

ummiross : liza pun dpt tengok gambor je ummi.. TQ kak.

-Sara- : TQ sara atas doanya. moga sara pun sihat2 juga. jaga tidur kena cukup..he..he..

ct aja : kak liza copy paste je gambarnya.

Dinas Aldi : beza setahun je, mcm liza & kak dinas le kan.. TQ kak

Iskandar Syahril Ibrahim Sukri : mana tahu rezeki is dpt 1, boleh kita jenjalan kat BSP ni.

atuk : Wa'alaikumussalam atuk, mana tahu doa kita Allah makbulkan. aminn.

diana : ipoh dekat area tawas permai. kat bercham pun ada juga bapa saudara.

mas saari said...

happy birthday to mak akak!