iklan

Followers

Pages

Thursday 16 February 2012

Dari Deutschland ke Bandar Baru Bangi

Dua hari lepas aku berjumpa dengan seorang blogger comel di Bandar Baru Bangi. Blogger yang merupakan rakan sekolah adik aku, Asterisk Boutique sejak zaman sekolah rendah lagi.

Catatan dari Deutschland, itulah nama blognya. Dia menetap di German dan balik bercuti ke Malaysia untuk sebulan dua saja rasanya. Bila dah balik tu memang sibuklah dia ke sana ke mari melawat teman-teman dan saudara mara.

Walau pun kami dulu pernah menetap di kampung yang sama di Jengka 16, Pahang di zaman kanak-kanak tetapi inilah kali pertama aku berjumpa dia. Selama ini hanya mendengar namanya saja dari mulut adik aku. Rakan baik tentulah selalu disebut-sebutkan.

Bila melawat adik aku, sempatlah memborong tudung-tudung jualan Asterisk Boutique. Cadangnya nak beli sehelai dua, jadi rambang mata terlebih memilih katanya. Berjumpa dengannya pun kerana ada barang yang di beli dari kedai online aku, Adzrien Shoppe.

Kebetulan dia baru saja mengambil ibunya yang tiba dari Jengka di hentian Pekeliling, KL. Maka dapatlah aku bersalaman dengan ibunya yang pasti mak aku pun mengenalinya. Rumah kami bukanlah dekat sangat semasa di Jengka tetapi adat tinggal di kampung, walau pun jumlah penduduk mencecah angka 400 buah rumah (kalau tak silap akulah)  masing-masing masih dapat mengenali antara satu sama lain.

Terlihat kedutan di wajah ibunya yang menandakan usia semakin lanjut. Tetapi masih gagah datang ke KL dengan menaiki bas seorang diri. Samalah macam mak aku dulu. Aku pun dah lupa benar bila kali terakhir pernah terserempak ibunya tetapi aku cam benarlah wajahnya tu. Usia aku pun dah 39 tahun, bayangkanlah dah berapa tahun beza dengan usia zaman sekolah dulu. Aku pun jarang berada di Jengka sejak masuk ke sekolah menengah kerana tinggal di asrama.

Siti Hajar namanya, aku panggil Hajar tetapi adik aku panggil dia Siti. Kecil molek orangnya tetapi berjiwa kental. Balik negara sendiri macam terkena kejutan budaya pulak dia.. he..he.. korang baca sendirilah entrynya Hujan Batu di Negara sendiri.

Terlupa nak ambil gambar bersamanya. Leka berbual dengannya dan ibunya juga.

Kalau nak mencari resepi sedap-sedap, bolehlah jenguk blognya. Memang hebat tentang memasak.

10 comments:

ummiross said...

Seronoknya jumpa orang sekampung, tentu meriah jadinya..

Hanis Azla said...

itulah kan kak, waktu ddk di kampung rasanya ddk jauh pun masih mengenali.. tp bila ddk bandar skrg ni.. selang 4,5 buah rumah pun tak kenal..

Unknown said...

BLOGGER JUGAK YE??TERJAH...:)

Misz-ella said...

bestkan sesekali jumpa kwn sekampung. OK. Jap lg KC gi tgk blog dia.

is150 said...

kena singgah ni... German dan Austria tak berapa jauh

zati embong said...

lar kiranya kak membesar kat jengka la ni.org2 kg kak,silaturahim dia lain drpd kat bdr.hihi

mas saari said...

seronoknya jumpa kawan lama! dah lama saya tak jumpa kawan2 sekampung dan sama sekolah..

Dinas Aldi said...

Seronok jumpa kawan lama kan :)

Ct Aja said...

wah sama nama saya kak...hihihi

sitiezahim said...

baru sempat nak komen..hehehe..danke kak liza...muah2