iklan

Followers

Pages

Sunday 5 February 2012

Homework tak siap, mak ayah kena pantau

Kalau minggu lepas entry aku pasal murid sekolah tak hormat cikgu. Ini pula masalah biasa, murid tak siapkan kerja rumah yang diberikan. Serba salah guru dibuatnya. Cuba baca gambar yang aku copy paste ni dari sekolah anak aku.


Anak aku bukanlah dari kelas yang disebutkan tetapi bahang anak murid sering tak siap kerja rumah juga kerap melanda anak-anak aku juga. Pelbagai respon dari ibu bapa dengan status di wall facebook ni, termasuklah aku sekali.

Mereka bakal menghadapi UPSR tahun ini maka usaha untuk mendapatkan keputusan yang baik perlu dilakukan secepat mungkin. Lebih awal pembaikan dilakukan maka lebih tersusunlah jadual pembelajaran untuk mengurangkan tekanan jika belajar disaat akhir.

Luahan hati guru disuarakan pada para ibu bapa bagi menangani masalah ini agar ianya turut mendapat perhatian dan tindakan ibu bapa. Usaha menghasilkan pelajar yang berkualiti bukanlah tugas guru sahaja, tetapi perlu ada kerjasama dari para ibu bapa. Maka hubungan ibu bapa hendaklah baik dan tiada masalah menuding jari siapa yang salah.

Sebagai orang dewasa para ibu bapa dan guru bersikap terbuka untuk menerima teguran dan bertindak sebaiknya agar anak-anak yang sedang belajar ini dapat dipertingkatkan kesedaran untuk menimba ilmu dan mendapatkan keputusan yang baik dalam UPSR.

Syukur alhamdulillah bila mana ulasan yang diberikan oleh pengerusi pada perjumpaan antara guru-guru, ibu bapa dan murid-murid tahun 6 di SK Bandar Seri Putra pada Januari tahun ini menunjukkan ibu bapa begitu memahami dan ingin sama-sama menjayakan segala program yang telah diaturkan oleh pihak sekolah. Semua ibu bapa setuju dengan segala perbelanjaan dan turut serta dalam aktiviti yang telah dijadualkan.


Harap kerjasama ini berterusan, bukan awal-awal tahun sahaja, Insyaallah! Aminnn..

Antara aktiviti yang melibatkan para ibu bapa ialah meluangkan masa turut sama dalam majlis solat hajat dan bacaan yassin yang diadakan di sekolah pada malam Jumaat minggu yang pertama setiap bulan. Sebulan sekali sahaja, takkan tak boleh.

Selain dari belajar di sekolah yang menjadi tanggungjawab guru untuk mengajar mereka, kerja rumah yang perlu disiapkan hendaklah dipantau sebaiknya oleh ibu bapa di rumah.

Antara komen aku dalam wall ini pasal tak siap homework.

Memang terasa susah, terasa payah tetapi jika ianya dilakukan dengan penuh kasih sayang dan rasa bertanggungjawab, Insyaallah ianya dapat mengurang rasa kelelahan itu. Adatlah jika nak berjaya atau inginkan yang terbaik perlukan usaha. Susah nak jaminlah boleh dapat keputusan 5A kalau sekadar bersantai main game, tak belajar lansung, tak buat homework dan tak beri tumpuan pun dalam kelas.

4 comments:

.........cP~ said...

Bagus kalau mak ayah faham eranan denda. Nanti anak2 akan faham dan berterima kasih bila dah besar..

Dinas Aldi said...

Sangat bangga dengan komitmen ibu bapa dalam hal ni. Ada sekolah yg sangat susah nak dapat kerjasama dari waris. Tabik pada warga pendidik & waris pelajar SK BSP.

jeBateja said...

wahhh...nasib baik akak tak jadi cikgu erk..kalau jadi...sure garang....aahakz

mas saari said...

itu salah mak ayahlah, tak pantau kerja sekolah anak2... sepatutnya setiap hari kena tanya anak ada homework atau tidak!