iklan

Followers

Pages

Monday 6 February 2012

Merasa juga pakai Iphone

Iphone hubby tiba-tiba rosak. Screennya tiba-tiba kosong dan putih je. Tak tahu apa sebabnya. Maka hubby pun beli handphone baru Samsung Galaxy untuk gantikan Iphonenya yang dah dipakainya sejak 3 tahun lalu. Kalut nak tukar katanya sebelum outstation ke China lagi 2 hari je masa tu.

Alasanlah tu nak tukar handphone. Aku pun tak melarang sebab dah tau kalau Iphone tu direpair dan elok pulak, tentu jadi milik aku. Handphone Nokia yang ada sekarang pun dari hubby juga bila dia nak beli Iphone dulu.

Sebelum tu aku ada cuba call Amy dari blog Sinar Raudah tapi tak dapat le pulak. Kalau ada yang nak beli gajet-gajet canggih tu boleh le contact dia. Harga memang murahlah dari market. Yang penting barang original dan ada warranty lagi. Hubby yang suruh call "siapa kawan mama yang jual handphone Samsung tu?".

Sehari sebelum outstation tu, hubby bawa Iphone ke kedai repair handphone di Warta, Bandar Baru Bangi. Elok aje boleh direpair pun. Kos cuma RM60 saja berbanding beli handphone Samsung Galaxy yang baru tu memang sahlah berganda-ganda harganya. Apa nak buat, rezeki akulah pulak pakai Iphone.

Hubby ni selalu kena perli dengan aku "pakai handphone mahal-mahal tapi function pun tak expert lagi!", gara-gara dia tak pasti Iphonenya ada WiFi atau tidak. Puas aku cari settingnya maka jumpalah set untuk ON WiFinya. Aku dah test buat entry pendek guna Iphone untuk tajuk "Aku ditinggalkan lagi". Guna WiFi streamyx rumah aku je. Jimat kos bil dan dapat guna internet unlimited. Tapi untuk area yang ada WiFi sajalahkan.

Merasa jugalah aku pakai Iphone. Jadilah walau second hand pun. Kalau disuruh beli baru tu aku akan cari Ipad je tapi modal tak ada le pulak. Harga baru lagi mahal dari laptop Compact aku ni, pun beli second hand dari mudah.my je. Tak sampai RM2K pun, elok je sejak 3 tahun lalu. Cuma ada sekali je monitor dia problem, hantar repair jadi elok je.

10 comments:

jeBateja said...

wah kak....dah pakai Iphone....tgh memandu pun leh update blog erk....pehhhh...

ummiross said...

hihi seronok jugak macam ni kan Liza,kalau macam ni husband pakai telefon mahal2 pun takpe...

Puan Kutu said...

merasa gakla kak liza.sy nie bayang 2nd hand pun tak merasa.kihkih..

Unknown said...

Tak tahu lah bila merasa pakai iphone atau ipad..:)

hp nokia c2 baru beli 3 bulan lepas dah buat hal berbanding guna sony dulu 6 tahun baru buat hal...

Unknown said...

bila entah saya nak merasa palai iphone???
?

Dinas Aldi said...

Genglah, sekarang akak pakai Samsung Galaxy S2 :)

mas saari said...

saya pun pelik kak, kenapalah iphone selalu ada problem... terutamanya problem software!

Abudi Alsagoff said...

Hi, hantar repair iPhone kat Warta tu, kedai nama apa??

shnorain said...

Assalam..boleh tumpang tanya...kedai repair kat iphone warta bangi tu nama apa dan kat tkt brpa ye?

Liza @ Adzriel AB said...

Kat warta tingkat 3, selepas escalator belok kiri & kiri lagi. Ada kedai kiosk repair handphone yg signboard dia ada lampu lip lap. Itu guideline yg hubby bagi la.