iklan

Followers

Pages

Thursday 8 September 2011

Denggi dah ada penawarnya

Berita di surat khabar Berita Harian merupakan berita baik buat kita semua bila dikatakan penawar denggi telah ditemui. Fobia aku terkena denggi dulu masih terasa. Memang benar denggi walaupun bukan denggi berdarah mampu juga meragut nyawa bagi mereka yang berusia bawah 15 tahun. Kalau denggi berdarah lebihlah lagi bahayanya tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.

Fobianya aku kerana muntah yang berkali-kali hingga badan menjadi lemah, sakit kepala dan sendi-sendi yang kuat. Bayangkanlah jika anak-anak kita mengalaminya sebegini. Maunya aku pun menangis melihat derita mereka. Biarlah aku saja yang menghadapinya.

Itu baru sekali aku terkena. Kesiannya kawan aku pernah terkena denggi suami dan isteri serentak. Terpaksa pula meminta bantuan mak dari kampung untuk melihat-lihatkan anak-anak mereka. Pernah terkena dua kali pula tu. Cukuplah sekali saja, takut aku!

Kawan hubby pula terpaksa ambulan datang ambil di rumah dan bawa ke hospital akibat denggi. Macam dalam video ni lah.


Biar pun penawar di temui, bukanlah bermakna kita mula tak ambil kisah tentang kebersihan persekitaran rumah kita. Bila keliling kita bersih, hidup pun sihat dan ceria bersama keluarga dan jiran. Penyakit-penyakit lain akibat tikus dan sebagainya pun dapat juga dihindari.

Jangan amalkan buang sampah merata-rata dan dalam longkang! Ramai lagi yang buat-buat lupa ni! Jom cegah aedes!


Penawar denggi ditemui
Oleh Nor Fariza Ramlan

2011/09/08

Vaksin dijangka berada di pasaran menjelang 2014

KUALA LUMPUR: Ancaman demam denggi yang dihidapi hampir 100 juta orang dan menyebabkan 22,000 kematian setiap tahun di seluruh dunia, dijangka akan berakhir berikutan penemuan vaksin untuk merawatnya.

Vaksin itu yang sudah menjalani ujian klinikal fasa terakhir membabitkan kira-kira 40,000 pesakit dari 10 negara di Asia dan Amerika Syarikat dijangka memasuki pasaran menjelang 2014 atau 2015.
Vaksin itu boleh membentuk antibodi bagi pesakit untuk melawan penyakitnya dengan menguatkan sistem imuniti badan melawan penyakit berkenaan yang dibawa nyamuk jenis Aedes Aegypti.
Pengarah Program bagi Penemuan Penyakit Berjangkit di Institut Perubatan Dune-NUS di Singapura yang juga bekas Pengarah Bahagian Penyakit Berjangkit di Pusat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit di Amerika Syarikat, Profesor Duane Gubler, berkata syarikat Amerika Syarikat, Sanofi Pasteur dilesen untuk mengeluarkan vaksin itu.

Katanya, buat permulaan hanya 100,000 vaksin akan dikeluarkan setiap tahun.

"Vaksin ini dijangka dijual pada harga mahal di peringkat permulaan, sebelum berkurangan apabila banyak lagi vaksin baru ditemui dan diuji. Ketika ini beberapa vaksin masih diperingkat awal kajian dan dijangka memasuki pasaran dalam tempoh 10 tahun lagi.

"Vaksin itu sesuai digunakan ke atas kanak-kanak dan orang dewasa, malah ia boleh digunakan seawal umur 12 bulan diikuti program vaksinasi pada peringkat umur seterusnya," katanya ketika ditemui selepas menghadiri bengkel mengenai 'Nyamuk Terubah Suai Secara Genetik' (GMM) di sini, semalam.
Turut menyampaikan kertas kertas kerja mengenai GMM ialah pakar penyelidikan GMM Brazil, Profesor Madya Margareth de Lara Capurro dan Pengarah Eksekutif Lembaga Penasihat Keselamatan dan Kesihatan Dunia di Geneva, Dr Ali Akbar Mohammadi.

Gubler berharap penemuan vaksin baru itu tidak dijadikan alasan oleh mana-mana pihak untuk berhenti menjalankan kajian pengawalan nyamuk, malah perlu melipatgandakan usaha memerangi nyamuk Aedes Aegypti yang menjadi punca demam denggi.

"Jika ditanya saya apakah kaedah yang paling berkesan bagi menangani denggi di Malaysia, saya tidak mempunyai jawapan yang spesifik, tetapi sesebuah negara tidak boleh bergantung hanya pada satu usaha saja.

"Malaysia perlu ada usaha sendiri membangunkan Program Pengawalan Penyakit Bersepadu yang khusus bagi menangani semua jenis wabak penyakit, termasuk dibawa nyamuk.

“Setiap wabak perlu dipantau sejak awal dan bukannya selepas penyakit berjangkit dan menyebabkan kematian. Setiap kes yang berlaku dalam komuniti perlu diberi perhatian serius,” katanya.

4 comments:

Ct Aja said...

mak aii, lame lg tu kak..hi3

wahida said...

adik ipar saya kena denggi dua tahun lepas...mmg teruk saya tgk...kesian sgt...mcm2 cara kami buat, buat sup ketam la, mkn pucuk betik la..huhu...

semoga kita semua dijauhkan drp penyakit2 berbahaya...amin..

Unknown said...

mencegah lebih baik dari merawati..
kempen mencegah dah lama..
tapi tak berhasil jugak...

tapi awat lama sangt nak ada kat pasaran??eik??

Zura said...

kadang2 kawasan umah kita dah bersih tapi umah jiran plak mcm membela nyamuk...haruslah tido pasang ubat nyamukkan...