iklan

Followers

Pages

Tuesday 28 February 2012

Tak pandai nak ajar, hantarlah pada yang arif!

Gambar dari entry Si Dia Tidak Pandai Mengaji

Kelahiran seorang anak sering disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira. Hanya mereka yang tak waras dan tak berhati perut saja yang sanggup membuang anak hasil dari benih sendiri. Kalau bukan dari benih sendiri pun berdosa juga nak dibuang dan disakiti.

Sebagai ibu bapa sering kita berdoa moga anak kita nanti menjadi anak yang soleh dan solehah. Berdoa saja memang tak cukup jika tidak disertakan dengan usaha dan tindakan. Umpama menanti buah yang tak gugur atau mahukan bulan jatuh ke riba.

Anak yang soleh dan solehah tentulah yang baik budi bahasa, bijak mengaji dan tidak tinggal solatnya. Sangat mustahil anak itu akan jadi seperti yang kita impikan jika tidak diajar.

Tidak cukup juga ilmu yang mereka pelajari di sekolah ugama jika amalannya terabai semasa di rumah. Tiada tindakan susulan oleh ibu bapa di rumah untuk menjayakan impian. Syukur jika anak berdikari untuk mengamalkannya di rumah.

Tidak hantar ke sekolah ugama pun tidak mengapa jika kita sendiri mampu mengajar anak-anak mengaji dan bersolat. Diajar juga ilmu-ilmu agama yang lain seperti feqah, akhlak, sirah nabi dan sebagainya.

Jika kita tak pandai nak mengajar anak-anak hal-hal agama, janganlah berkira untuk menghantar mereka kepada mereka yang boleh dipercayai dan arif tentang agama. Kalau tidak impian kita mahukan anak yang soleh dan solehah hanyalah impian kosong semata-mata.

1 comment:

kerjakosong said...

http://jobkosong4all.blogspot.com/ job kosong 4all iklan jawatan kosong diseluruh malaysia ,samada dalam kerajaan mahupun swasta dan sentiasa di update bagi membantu mereka yang mencari pekerjaan,