iklan

Followers

Pages

Saturday 18 February 2012

Tiada guru siapalah kita.. terima kasih yang tak terhingga!


Pagi Sabtu ini kena hantar anak ke sekolah seperti biasa. Hantar seorang saja pun kerana ada kelas tambahan bagi murid tahun 6 di sekolah. Asyikin bakal menghadapi UPSR tahun ini.

Tahun ini pihak sekolah mengadakan tusyen awal pagi Sabtu, 7.20 pagi sama seperti hari-hari persekolahan biasa hingga ke pukul 12.30 tengahari. Aku setujulah awal-awal begini. Kalau lewat-lewat pun nanti rajin bangun lambat pula. Lagi pun jika ada agenda keluarga seperti nak balik kampung ke, tak perlulah nak tunggu lama untuk mula atau terpaksa ponteng tusyen.


Semalam Cikgu G atau ringkasannya CG dah bagi peringatan awal-awal tentang adanya tusyen pagi ini. Inilah yang dikatakan facebook digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah.

Syukur atas keperihatinan dan usaha para guru di sekolah tempat anak-anak aku belajar yang begitu aktif berkomunikasi dengan para ibu bapa melalui facebook. Kedua-dua pihak memang patut terlibat dalam usaha mencapai target keputusan UPSR yang cemerlang.

Terima kasih cikgu.... teringat cikgu-cikgu zaman aku di sekolah rendah dulu.


Inilah respon guru-guru aku semasa di sekolah rendah dulu. Memang hubungan kami anak-anak murid dengan para guru rapat. Hingga kini pun mereka masih sudi datang ke Jengka 16 jika ada menerima jemputan majlis-majlis perkahwinan dari peneroka di sana. Itulahkan, bukan dengan murid-murid saja tetapi para ibu bapa pun tak lupa dengan mereka. Masih ada lagi beberapa guru yang aku sedang jejak kasih.


Ish... perasan lebih pulak aku cikgu dok puji aku murid baik... kononnya. Padahal nakal dan banyak loyar buruk juga. Itulah cikgu Khalib guru kelas darjah 6 yang sangat sempoi. Pasangan suami isteri yang galamour, kacak dan jelita, Cikgu Latifei dan Cikgu Fausiah yang juga guru disiplin yang banyak beri aku dorongan dan tunjuk ajar semasa aku jadi Ketua Pengawas dulu. Macam ketua budak nakal pun ada, itu yang Cikgu Latifei selalu sergah aku..he..he.. Sergah cikgu Latifei yang sangat berhemah, ingat sampai sekarang.

Cikgu Hairanah tak respon pula, sibuk agaknya. Cikgu Hairanah mengajar aku semasa di darjah 1 yang mula kenalkan aku dengan huruf A hingga Z, nombor 1 dan seterusnya hingga aku pandai mengira. Love you cikgu Hairanah!

Benarlah bak kata rakan blogger aku tu "Tiada guru siapalah kita :(".

14 comments:

sud@is said...

terimakasih cikgu jasamu dalam kenangan
bertungkus lumus mendidik anak2 bangsa

ummiross said...

sentiasa rindu pada guru-guru dan rindu jugak pada murid-murid...

Kakzakie Purvit said...

Pernah kami adalah reunion tahun lepas tau Liza... ada cikgu kakak yg dah pencen pun. Tapi kasih kami tidak pernah luput. Terima kasih cikgu...

atuk said...

Assalamualaikum Liza

jasa guru tetap dikenang

saniah said...

Salam..btl tu liza..tanpa guru siapala kita kan..hati sayu juga sbb kebnyakkan guru akak tlh pulang ke rahmatullah..AlFatihah utk mereka yg tlh tiada

umiawadah said...

kak liza masih berhubung dengan ckigu2 lama dulu...hebat tu...hubungan yang murni..ye lah..tanpa cikgu tu,tak mungkin kita mengenal huruf kak kan...

Unknown said...

saya ada la jumpa seorang cikgu lama kat facebook.tapi dia tak ingt pun kat saya..hehehe..saya dulu bukan murid yang baik..
sob..sob..:(

tiba2...:p

Kak Aya said...

terkenang kembali zaman persekolahan...memang besar jasa guru pada kita..tak terbalas jasa mereka.

mas saari said...

saya pernah jadi cikgu kak, jadi tau macam mana rasanya bila dihormati..

Unknown said...

teringat zaman sekolah dulu... hurm..
http://careeron9.blogspot.com

Dinas Aldi said...

Akak pun sayang sangat pada semua guru akak dari tadika sampai la ke pensyarah di universiti dulu. Semoga Allah SWT merahmati mereka semua.

kay_are said...

setuju! tanpa guru kite memang takleh jadi macam diri kite sekarang ni kan.. time kasih cikgu!!

Unknown said...

setuju...tanpa cikgu siapo la kito kan...byk jaso mereka sebenarnyer...

Anonymous said...

Tugas guru sekarang amat mencabar tidak seperti dulu

http://kerjakosongterkini2012.blogspot.com/