iklan

Followers

Pages

Saturday, 27 August 2011

Check trafik di LLM dulu sebelum balik kampung

Nak balik kampung raya-raya ni? Hati-hati memandu. Jangan gopoh dan kalut. Buka minda agar tenang dan jangan cepat marah. Beristighfar dan tarik nafas panjang-panjang.

Jalan dah tentunya agak sesak. Tapi bila aku tengok jalan hala utara, agak lancar nampaknya. Check trafik laluan korang di http://llmtrafik.gov.my.

Itulah yang hubby aku selalu lakukan sebelum bergerak untuk perjalanan jauh.

Raya ni nak balik ke Semanggol, Perak. Giliran sebelah hubby pula.

Kenderaan agak banyak di lebuhraya Sungai Buloh. Sama saja keadaannya hala ke utara dan hala ke Kuala Lumpur. Rancanglah perjalanan korang dengan baik agar ianya lancar dan selamat.


Friday, 26 August 2011

Budak penjual kuih

Sekadar berkongsi cerita dari fb Syahirul.com. Boleh jenguk blognya syahirul.com untuk membaca lebih banyak kisah-kisah dan pesanan yang berguna untuk kita semua.


Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

Bermaaf-maafan dengan para guru


Chatting aku dengan adinda Amy, Cik Mell tadi di fb

Ramai yang tak ke sekolah ke hari ni?? Anak-anak aku pun mulanya minta izin tak nak ke sekolah pagi ni. Tak belajar katanya. Cikgu pesan tak payah bawa beg tapi boleh kalau nak bawa buku cerita.

Aku nasihatkan anak-anak ke sekolah hari ini sebab hari ini hari terakhir puasa kat sekolah. Dah tentu sebelum balik akan ada sessi bermaaf-maafan dengan para guru.

Aku nak anak-anak aku menikmati pengalaman tu. Pengalaman menyentuh tangan para guru yang mendidik mereka. Umpama memohon restu agar diberkati segala ilmu yang diberi. Tunjukkan wajah agar guru cam mereka sambil memohon maaf atas kesilapan yang lalu.

Ianya mungkin kelihatan mudah bagi sesetengah orang tapi bagi aku ianya punya nilai murni yang mampu menyerap ke dalam hati anak-anak. Insyaallah!

Semangat bermasyarakat dan belajar memohon maaf dan memaafkan yang diterap secara tidak lansung dalam acara akhir di sekolah nanti. Mungkinkah kita dapat memberi pengalaman ini di rumah?

Apa yang bengap sangat??

"apa yang bengap sangat,.." Padan muka aku! Ada yang kata aku bengap!



Inilah dia bila berbicara tanpa berfikir dahulu. Tiba-tiba je tetamu datang kata kita bengap. Seolah-olah soalan yang aku utarakan sangatlah serius. Apa nak buat jika entry dibaca sekali lalu dan dia mengambil kira respon yang pertama tanpa cuba berfikir untuk kali kedua.

Sesetengah orang mungkin ada masalah susah nak mesra dengan jiran, rakan-rakan dan masyarakat sekitarnya. Setiap soalan yang diberikan oleh insan sekelilingnya umpama penolakan pada cadangan. Tidak dapat dia membezakan antara soalan perli, tidak pasti, memang tidak tahu atau gurauan semata.

Apakah pendapat korang dengan entry "Plet genap dan ganjil kena asing? Biar betul!!"? Adakah aku ini sangat bengap hingga tidak faham ia hanyalah cadangan dari pihak PLUS untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas sempena Aidilfitri ini?

Ikhlas dari hati aku tidak pun menentang cadangan itu. Idea yang bagus, cuma mungkin aku yang susah nak ikut. Maklumlah nak berkonvoi tiga kereta nanti balik ke Semanggol, Perak. Kalau dah tiga kereta, pletnya macam bercampur ganjil genap aje rasanya.

Sebelum ni pun banyak cadangan seperti kereta yang mahu ke destinasi tertentu hendaklah keluar pada waktu yang ditetapkan. Aku tak pernah pun ikut cadangan tu kerana kesesuaian tu tak sepadan pulak dengan kehendak driver@hubby aku. Tidak pulak aku kata siapa yang ikut tu bengap. Terpulang pada keadaan dan kepentingan masing-masing.

Lainlah kalau kerajaan kata wajib ikut, maunya kalut aku ikut cadangan tu. Mmmm...tau takut ye! Normallahkan situasi tu kan!

Aku pun dah faham komen adik aku yang pakai ID 'Anon' jugak tapi ada nama di hujungnya tu. Ringkas dan jelas! Yang penting tidak menyakitkan hati. Itu pentingnya teknik berkomunikasi atas isu yang sama tanpa membuat orang lain rasa "dia ni apahal?" dan sengih di hujung komen.

Kalau aku sendiri pun mungkin beri komen yang sama dengan adik aku pada entry sebegini atau mungkin "Cadangan aje tu.. *(^_^)*". Jangan marah-marah! Dah datang ke laman orang, hormat-hormatlah tuan rumahnyakan. Kalau tak suka isi entrynya pun, tegurlah dengan cara berhemah dan berbudi bahasa. Lagi pun isu mudah aje.

Situasi yang sama sering menimbulkan respon berbeza sama ada positif atau pun negatif. Kitalah yang memilihnya sama ada inginkan hasil yang mungkin lebih kepada positif juga atau lebih kepada negatif. Lebih-lebih lagi respon secara penulisan sama ada di twitter, fb, blog, surat mahupun sms hendaklah lebih berhati-hati.

Adakala ayat yang sama mampu menimbulkan reaksi berbeza bila dibaca dalam intonasi yang berbeza. Lainlah kalau jelas ayatnya negatif. Korang rasa kalau dibaca komen tu berkali-kali selembut mungkin, adakah kemungkinan reaksi yang korang beri itu positif?

Bagi aku perkataan-perkataan ini memang negatif...ditambah dengan kata seru.

1. apa yang bengap sangat
2. faham!
3. bukan memandai dibuat je

Berbalik kepada komen insan yang berselindung ini atau lebih glamour dengan panggilan 'Anon'. Maaflah jika aku tersilap kata yang menimbulkan salah faham di minda anda.

Aku bawa kalian pada situasi ini :

Tiba-tiba terdengar pinggan/gelas jatuh dan pecah berderai. Pantas kalian bertanya "Siapa yang buat?". Pentingkah siapa yang buat? Mungkin penting untuk menentukan tinggi atau rendahnya suara korang nanti. Apakah reaksi korang kalau mereka ini yang menjadi penyebabnya?

1) Suami
2) Isteri
3) Mak
4) Ayah
5) Anak

atau mungkin boss korang jika berada di pejabat?? atau sesiapa saja...

Sesetengah orang akan beri respon berbeza jika suami atau anak yang buat. Jika suami mungkin dia akan kata "Tak pelah bang! Nanti saya bersihkan!". Mungkin nasib anak agak malang terpaksa mendengar leteran si ibu yang berpanjangan akibat cuai. Kadang-kadang situasi begini buat aku berkerut dahi. Pilih kasihkah di situ?

Buat komen Lulu Caldina yang cool... Salam aidilfitri juga dari Kak Liza. Maaf zahir batin ye!

p/s : Berdoalah agar perkataan buruk yang kita lemparkan pada orang lain tidak berbalik pada kita. Sebab itulah ingatkan diri selalu agar berfikir dulu sebelum berbicara. Buka minda untuk menerima teguran. Sentiasa belajar untuk menegur dengan cara berhemah. Terima kasih atas teguran kalian semua.

Thursday, 25 August 2011

Jangan abaikan orang tua kita

Betapa bila Aidilfitri menjelma, pastilah kita akan terkenangkan insan-insan yang kita sayang. Foto di bawah merupakan kenangan pada Januari 1996 di rumah hubby aku. Kenduri kahwin kami di sebelah pihak lelaki.

Di sebelah kiri adalah ayah mertua aku dan di sebelah kanan pula ayah kandung aku. Kedua-duanya telah tiada dan menjadi kenangan abadi buat aku. Alfatihah buat keduanya.


Ayah mertua aku meninggal dunia pada 6 Februari 1998 di Hospital Taiping, Perak di saat aku baru sebulan mengandungkan anak yang kedua. Manakala ayah kandung aku meninggal dunia setahun yang lalu, 19 Ogos 2010 di PPUM, Petaling Jaya, Selangor.

Jadi jika korang masih ada ayah mahu pun ibu, sayangilah mereka. Disaat mereka telah pun tua, banyak perkara akan kembali bersikap seperti bayi. Perlu perhatian, kasih sayang dan sabar menangani kerenah mereka. Tidak semudah menjaga bayi, tetapi itulah saham akhirat yang besar buat kita.

Tanpa mereka siapalah kita.. janganlah buat seperti dalam video ni. Esok lusa jika dipanjangkan usia, kita pun akan tua juga.


Kain jarang nampak tiang serinya

Terpana kejap mata aku bila nampak komen ni dari entry Daddy Ziyyad yang bertajuk Kerbau kuat seks ke? Tajuk yang hangat betul ye! Inilah dia komen kucingorengemuk :

Nampak tak apa komen dia? Ni aku copy paste kat sini biar jelas.

"adik-kakak, berbaju kurung jangan lupa juga berkain dalam, kang diri tengah² pintu, haruuu!"

Haa... aku memang sensitif bab ni. Bab berbaju kurung atau berjubah nipis tapi tak memakai kain dalam. Jelas maksud dia?

Aku pernah menegur hal ni dalam salah satu group yang aku join di facebook tetapi responnya agak mengecewakan aku. Itu pun aku cuba menegur dengan cara yang umum dan berhemah. Maaf! Dah lama sangat, tak buat print screen pun untuk tatapan kalian.

Antara respon yang buat aku sedih "Jagalah pakaian maing-masing, tak perlu pertikai bagaimana cara orang lain berpakaian". Mungkin dia terasalah agaknya. Tak pelah, aku pun tak suka nak gaduh-gaduh. Kita dah tegur, selebihnya terpulang pada empunya badan.

Bukankah lebih manis jika berbaju kurung dengan berkain dalam agar tidak nampak janggal jika ternampak bayang dua kaki di balik cahaya. Berdiri di depan pintu umpamanya. Orang-orang dalam rumah semuanya boleh nampak dengan telus semasa kita berdiri di depan pintu jika kain kita jarang. Bayangkan jika korang berkebaya singkat, kainnya jarang dan comel dah bertudung litup.

Telusnya pandangan aku. Nampak dua tiang seri. Inilah view yang aku tak berapa berkenan.

Zaman sekarang memang tak sama macam dulu. Tapi yang baya-baya aku pun ramai juga macam tu. Malah yang lebih tua daripada aku cantik berbaju kurung dari kain chiffon yang nipis dengan tidak berlinen. Tudung dah cantik menutup dada. Bila pandang bawah..alamak! Telus! Barangkali nak mudah atau rimas kalau tebal-tebal ni.

Apa yang telus, apa yang serinya? Reaksi adik angkat aku ; "Wow! Nampak dualah yong!"Masa tu aku sedang makan di restoran dengan adik angkat aku. Muda setahun je daripada aku. Dia nampak bayang kaki seorang wanita berkebaya pendek dan bertudung cantik di sebalik kain yang dipakainya. Memang menarik perhatian.

Dia memang suka memanggil aku Yong! Suka hati dia je, entah bila aku ni anak sulung (kalau ikut belah Perak le!).

Aku sangkakan aku je yg tak berkenan dengan trend begitu, rupanya dia pun sama.

Korang perasan tak sekarang ada segelintir wanita apabila berpakaian labuh seperti jubah, baju kurung, berkebaya dan yang sewaktu dengannya dari jenis kain yang jarang tetapi tidak memakai kain dalam. Itu yang aku maksudkan pandangan telus!

Kalau kainnya warna agak gelap dan tebal tu tak apalah. Bertudung cantik tapi agak jelas bentuk betis kakinya di sebalik kain yang jarang. Kena pulak kalau berkebaya pendek... bayangkanlah.

Aku pulak rasa segan, lebih-lebih lagi kalau yang bertudungnya cukup rapi dan lebih panjang sikit daripada tudung aku ni, berbaju kurung paras lutut tapi kerana tak berkain dalam jadi nampak bayang kakinya.

Bukan mudah nak mengubah sesuatu yang dah terbiasa. Aku juga sudah entah berapa kali menegur anak dara aku yang sulung tu. Bukan orang lain pun, anak sendiri pun begitu. Hebat sungguh pengaruh luar.

Aku pun mungkin terbiasa berkain dalam kerana tegasnya mak mengingatkan kami adik-beradik perempuan memakainya. Sekarang pun kalau cucunya berkain jarang, memang bisinglah mak aku menyuruh mencari kain dalam.

Satu lagi sebab yang aku suka memakai kain dalam kerana adakalanya kain boleh melekat pada kulit bila berada di dalam bilik yang ada penghawa dingin. Aku malu nak berjalan dengan keadaan kain melekat di kaki. Bila ada kain dalam, yang melekat cuma yang dalam saja. Itu pun ikut jenis kainnya juga.

Kalau malas berkain dalam, elok juga baju yang ditempah atau beli siap tu ditambahkan dengan linen dalamnya untuk mengelakkan jarang. Bahagian baju dan kain paling utama, elok juga jika diletak linen juga pada lengan baju.

Aku rasa kalau sesuatu perkara dah jelas dalam Islam, janganlah nak pertikaikan pula. Kalau tak nak pakai tudung, tak nak berkain dalam jika kainnya jarang atau berbaju yang menampakkan susuk tubuh yang padat itu terpulanglah. Tapi jangan memberikan jawapan yang menunjukkan kita seperti menentang hukum Islam pulak. Lebih baik diam daripada memberi jawapan seumpamanya.

Aku pun bukanlah alim pun. Cuma terasa janggal melihat pemandangan yang telah aku ceritakan tadi. Seolah-olah cara berpakaian yang yang tak lengkap aje.

Samalah macam wanita muslim yang berbaju tidur semasa keluar rumah. Kalau aku pakai macam tu masa dalam bilik tidur je ; bersinglet dan berseluar senteng. Rasanya banyak lagi aku berbaju kelawar tu daripada singlet tali halus tu. Kesian diaorang, pakai baju tidur buat pergi jalan-jalan. Segar je mata lelaki memandang...Ehhhh!!!

Tester pencuci muka

"Mama! Ada sample produk untuk test!" ujar Aishah pada aku.


"Laa... apa motif diaorang letak tester pembersih muka kat sini?" tanya Aishah lagi!


Pendapat peribadi aku ialah "Diaorang ni pening ke?". Lain kali letaklah sinki sekali kat situ. Senang aku nak test cuci muka ni. Lawak betul!

Kalau yang ini barulah betul. Picit je sikit kat belakang tangan, gosok secara putaran. Maka sel-sel kulit mati akan keluar macam biji-biji halus. Wah! Tangan aku nampak lebih cerah!

Sungguh! First time aku jumpa orang letak pencuci muka sebagai tester. Selalunya minyak wangi. Atau aku yang jakun dan tak pernah jumpa? Atau mungkin juga aku yang bengap lagi jahil?

Test bawak balik rumah boleh dak? Free je kan!

Plet genap dan ganjil kena asing? Biar betul!!

Terkejut aku baca berita ni di Harian Metro tadi. Bawa kereta ikut plet genap dan ganjil. Bagaimana kalau ada dua tiga family yang nak berkonvoi? Kebetulan plet kereta diaorang bukan dalam kumpulan yang sama.

Macam kereta aku plet genap, hubby lak plet nombor ganjil maka tak boleh nak saing le. Melampaulahkan aku anak beranak nak balik kampung bawa dua kereta.

Ni berita aku petik dari Harian Metro

PETALING JAYA: Plus Expressways Bhd (Plus) memperkenalkan jadual perjalanan dengan membahagikan kenderaan bernombor pendaftaran berakhir dengan nombor ganjil dan genap bagi melancarkan perjalanan di lebuh raya sempena musim cuti Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ini.

Pengarah Urusan Plus, Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata ia bertujuan memisahkan kumpulan pengguna lebuh raya dari utara dan selatan termasuk mereka yang ingin pulang berhari raya pada saat akhir menuju ke Lembah Klang dari 1 hingga 4 September.


“Pengguna lebuh raya dari utara dan selatan yang kembali ke ibu kota pada 1 hingga 4 September dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam genap sebelum 12 tengah hari iaitu jam 8 pagi dan 10 pagi bagi kenderaan bernombor pendaftaran berakhir nombor genap.

“Kenderaan bernombor pendaftaran berakhir nombor ganjil disarankan menggunakan lebuh raya pada setiap jam ganjil sebelum 12 tengah hari iaitu pada jam 9 pagi dan 11 pagi,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.


Noorizah berkata bagi semua kenderaan dicadangkan waktu sesuai memasuki lebuh raya sebelum jam 8 pagi dan selepas jam 6 petang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas bagi ketiga-tiga hari itu.


Beliau menasihatkan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan supaya mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) disediakan ketika menjelang Aidilfitri dan kembali ke ibu kota bagi memastikan kelancaran trafik. Noorizah berkata ketika perayaan Aidilfitri tahun lalu, 50 peratus pengguna lebuh raya mengikuti jadual TTA dikeluarkan Plus bagi membantu mengurangkan kesesakan di lebuh raya sejak diperkenalkan 2007.

Plus menjangka jumlah trafik di lebuh raya di Lebuh Raya Utara-Selatan meningkat 30 peratus kepada 1.4 juta kenderaan sehari pada waktu puncak berbanding 1.1 juta kenderaan hari biasa.


Noorizah berkata sejumlah 3,000 kakitangan Plus dan 430 anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam, St Johns Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah ditempatkan di plaza tol dan Kawasan Rehat dan Rawat sepanjang lebuh raya manakala 159 pasukan PLUSRonda akan membuat rondaan 24 jam sehari selain lebih 1,000 kaunter tol dibuka memudahkan pembayaran tol.

Pegawai Turus Penguatkuasa Polis Diraja Malaysia Superintendan Hamzah Ahmad, turut hadir pada sidang akhbar itu, berkata lebih 300 anggota polis ditempatkan di kawasan terpilih di sepanjang lebuh raya mulai semalam hingga 6 September bagi mengawasi keadaan lalu lintas. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di lebuh raya Plus menerusi talian bebas tol PLUSLine di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik. - Bernama


Jaga duit raya takut kena pau nanti!

Gambar google

Walau pun dah tua-tua beranak 5 ni ada juga aku buat kerja 'pau' orang sekali-sekala. Saja nak buat pendapatan sampingan. Amboi! Macam tak ada kerja lain selain daripada menge'pau' orang agaknya.

Orang yang aku 'pau' duit ni bukannya orang lain pun. Anak aku sendiri je. Ceh! Bunyi macam kejam ajekan. Seorang ibu telah' pau' duit anaknya sendiri. Boleh jadi tajuk berita yang menimbulkan kemarahan di kalangan para ibu.

Kadang-kadang tu geram juga bila ada yang lupa gosok baju sekolah, sidai tuala merata tempat, baju kotor tak letak elok-elok dalam bakul atau tak kemas tempat tidur. Jadi 'pau' duit anak adalah antara denda yang buat pada mereka. Bila mood kejam datang, aku pau diaorang RM5 jika melakukan kesalahan. Kalau tidak RM3, RM2 atau RM1. Lagi baik hati tak payar bayar! Sengihlah anak aku kegembiraan sebab selamat duit diaorang.

Biasanya duit-duit tu aku guna untuk diaorang semula. Biasanya belanja makan le. Mana yang kurang tu aku top-up la. Kadang-kadang aku masuk tabung je.

Bukan selalu pun aku 'pau' diaorang. Sekali-sekala menggertak je. Yang bestnya anak-anak tak ambil hati pun sebab diaorang tau nanti aku tentu belanja diaorang makan. Siapa yang buat salah tu tersengih-sengih je la. Nasib le kan! Tak mau kena pau, sila gosok baju sekolah kalian dengan segera sebelum mama terpaksa cover line menggosokkannya.

Itu cara aku sekali-sekala bergurau dengan anak-anak. Diaorang siap tawar menawar dengan aku. Adakalanya diaorang dapat diskaun, adakalanya senyum kelat mengiringi semasa duit bertukar tangan. Ayat yang biasa aku bagi kat diaorang "Biasalah mama tengah pokai ni rasa macam nak 'pau' duit orang je!"... He..he..!

Jom beli mamee kat SINI, pujuk anak-anak! Makan sambil tengok TV.

p/s : Lepas raya nanti mesti banyak boleh 'pau'. Aku dah warning anak-anak! "Lepas raya korang ada banyak duitkan! Jaga-jaga jangan buat silap sikit pun..ha..ha..!"

Wednesday, 24 August 2011

Antara handphone paling awal yang aku guna

Gambar google

Handphone terawal hubby pakai dengan nombor
bermula 018-XXXXXXX pada tahun 1995.
Dia beli kat Jalan TAR brand MITSUBISHI.
Aku dah lupa rupanya macam mana.

Aku cuma ingat pernah guna Brand SAGEM warna kuning.
Memang besar jugalah saiznya.
Rosak sebab termasuk dalam mesin basuh!

Brand Sony yang besar juga boleh flip pun ada.
Bukan Sony Ericsson tau! Sony sendiri.
Penuhlah tapak tangan memegangnya.

Lawak bila jealousnya masing-masing ada handphone.


Dia buat salah nak babit orang lain pulak!

Pernah berlaku tak pada korang bila seseorang yang melakukan kesilapan tetapi cuba menyalahkan orang lain pulak. Pada pendapat aku mungkin ego dia tinggi maka dia nak sorok kesilapannya dengan menuding jari kepada orang lain yang menjadi penyebab dia tersilap.

Dia nak orang lain tak salahkan dia. Dia nak umumkan pada kita bahawa kesilapan yang dia lakukan adalah akibat kesilapan orang lain. Contohnya :

1) Ada murid gagal dalam peperiksaan maka dia salahkan gurunya buat soalan susah sangat. Bagaimana orang lain boleh pulak lulus. Aku dulu selalu juga macam tu, takut mak marah!

2) Seorang surirumah buat kuih tak menjadi lalu dia salahkan resepi Mat Gebu tak betul. Tak cukup gulalah, tepung salah jenamalah dan macam-macam le tak betulnya resepi Mat Gebu tu. Jangan marah ye Mat Gebu... contoh je! Tapi apasal kuih yang Mat Gebu buat tu comel je?

Cantikkan! Resepi dia kat SINI..


3) Tersentap bila adik-beradik tegur warna langsir rumahnya nampak suram dan tak bermaya. Masa tu jugalah dia kata suaminya yang pilih. Kononnya dia tak setujulah mula-mula tu tapi suami berkeras nak juga warna yang itu. Padahal itulah pilihan hatinya sendiri.

4) Melihat orang lain teruja buat bisnes MLM atau insuran dan sebagainya, maka dia pun bersemangat waja nak buat bisnes juga. Orang lain maju ke depan tapi dia tak juga berjaya dalam bisnes dia. Mulalah dia menyalahkan up-line dia yang tak membantu dan membimbing dia dengan betul. Tapi kenapa ramai orang lain bawah seliaan up-line dia ada yang berjaya?

5) Hari-hari kedainya patut buka pukul 9 pagi seperti yang tertampal depan pintu kedai tapi apa yang berlaku dah pukul 10 pagi barulah muncul. Lama-lama pelanggan pun dah tak nak datang walau pun hasil kerjanya bagus. Pelanggan penat menanti kat luar kedai. Kebetulan pulak ye dia nak datang pagi-pagi. Dah tuan kedai bengang pulak dengan pelanggan yang tak memahami masalah dia katanya. Yang ini aku agak nak gelaklah! Kalau tak boleh buka pukul 9 pagi, tukarlah ke 10 pagi. Bila pulak pelanggan kena faham masalah tuan kedai?

6) Boss marah anak buah dia yang lambat siapkan presentation. Macam-macamlah bebelannya"Awak lembablah, saya nak bawak benda ni ke mesyuarat...bla..bla..!". Dia yang bagi data lambat dan tersilap fakta pulak tu, lepas tu nak suruh anak buah dia betulkan dengan sepantas kilat. Bab ni aku pun kadang-kadang bengang... dulu laa! Nasib baik boss aku tu pandai minta maaf balik. Kalau tak memang kena sound balik dengan aku...amboi Lizaaaaa! Derhaka dengan boss ye!

7) "Nak kahwin lain? Kenapa bang? Apa salah saya?" Maka panjanglah senarai kesalahan si isteri dibacakan oleh suami. Antaranya "Awak mengamalkan 6 sikap jengkel yang Diana senaraikan!". Huh! Apa 6 sikap jengkel yang Diana buat? Korang baca kat SINI.. he..he..
"Awak suka berleter dan tidak cuba memahami hati dan perasaan saya!" Ewah! Perasaan dia je yang di kira? Perasaan aku kau tak kira! Contoh je.. jangan marah ye!

Kalau ikut hati banyak yang nak aku senaraikan tapi bagi aku cukuplah 7 yang mudah-mudah ni je. Yang berat-berat tu korang fikir-fikir sendirilah.

Aku pun pernah juga buat perangai macam ni. Alasan nak mengelatlah orang kata. Biasalah salahkan abang atau kakak bila bergaduh masa kecil-kecil dulu.

Perkara utama yang aku nak sampaikan hanyalah janganlah ego sangat. Kalau kita dah buat salah tu sudahlah. Tak perlu kita cari nama orang lain untuk kita persalahkan pulak.

Mungkin betul dia salah tapi rasa mual aku bila jumpa orang yang beriya-iya menyalahkan orang lain semata-mata nak menutup kesalahan dan kelemahan dia. Minta maafkan lebih baik daripada berleter panjang.

Post tak up-date di bloglist??


Geram je tengok blog aku ni tak up-date kat bloglist walau pun ada entry baru... Sabor Liza!

Bila marah, renunglah baby dengan kasih sayang.
Comelnya! Tak jadi nak marah!

Macam-macam malangnya hari ini!

Dugaan ye aku hari ni...

1) Gas dapur habis masa nak panaskan lauk bersahur. Kononnya adalah tong gas extra tapi bila dipasang gasnya tak nak keluar pulak. Malas nak terus melayan, goreng ajelah nugget kesukaan anak aku, Azri guna dapur elektrik. Selalu aku guna untuk bakar ikan atau buat burger je. Lauk-lauk panaskan guna mikrowave je.

2) Tiba-tiba tiub paip putih kecil untuk penapis air pulak tercabut masa nak buat air teh. Huk..aloohhhh! Macam-macam hal le! Dah nak kena merepairnya pulak pukul 5 pagi. Kejap je repairnya, tapi bengang tetap ada la..

3) Cari-cari kunci kereta tak adalah pulak masa nak hantar anak ke sekolah pagi tadi. Rupanya hubby aku terlupa nak letak balik di tempatnya semasa mengalihkan parking kereta aku malam tadi. Kunci tu ada je kat tempat duduk kereta dia. Tak perasan sebab Aishah pergi duduk pulak atas kunci kereta tu masa ayahnya hantar ke sekolah di Bandar Baru Bangi.

4) Konon legalah kunci spare kereta ada kat rumah. Tapi spare suis alarm satu lagi tu dah rosak. Laaa... mana pulak perginya suis kecil untuk aku matikan alarm kereta ni? Dah hilang gara-gara cantik punya wiring bawah dashboard selepas aku hantar kereta aku untuk servis beberapa bulan yang lepas. Dua kali aku try cari dengan alarm yang melalak kejap. Tak boleh jadi, marah pulak jiran-jiran aku nanti. Nasib tak lama bisingnya selepas aku tutup pintu kereta.

5) Anak-anak lambat ke sekolah sebab terpaksalah tunggu ayahnya balik pulak hantar kunci kereta aku. Sempatlah aku sms cikgu-cikgu anak-anak aku memaklumkan masalah diaorang. Pukul 8.30 pagi barulah hubby aku sampai untuk hantar diaorang ke sekolah. Aku jalan kaki je hantar Arif ke rumah pengasuhnya. Dekat je!

Macam-macam hal pulak hari ni ye! Dapur gas dah ok sebab hubby aku dah repair selepas sahur tadi. Kalau dia tak buat, aku le yang kena buat. Cuma wayar untuk matikan alarm kereta tu yang hubby aku belum jumpa. Kemas betul depa ikat sampai tersorok kat mana gamaknya suis kecil tu. Tak ada mood pulak aku nak menolong mencari. Lain kali le agaknya!

Aku ignore je dah semua masalah tu. Kalau difikir nanti banyak kedut pulak kat dahi aku... Mungkin malang hari ini, moga esok banyak perkara baik pulak yang berlaku.. Amin!!

Tuesday, 23 August 2011

Langsir bertukar lagi tahun ni?

Wow! Aku tak nampak langsir dah! Aku nampak set sofa yang cantik je!
Muhamad Baihaqi dari aQistudio yang design

Kalau aku kecil-kecil dulu memang ambil kontrak tukar langsir rumahlah sama ada dengan kakak atau adik aku bila dah dekat sehari dua nak raya. Kadang-kadang kalut malam raya baru nak tukar selepas dah panjang mak aku berleter.

Kalau tak langsir warna kuning, mak jahit langsir warna pink. Mak pandai jahit langsir sendiri, begitu juga kakak aku. Kakak ipar yakni isteri abang yang sulung pun ada ambil tempahan menjahit langsir sekarang ni.

Sekurang-kurangnya adik aku pandai juga buat cookies yang sedap mengalahkan cookiesFamous Amos walau pun dia tak pandai nak jahit langsir. Aku ni dua-dua tak reti nak buat. Aku tau tempah je!

Sekarang aku tak ambil kisah sangat pun dengan langsir untuk raya. Asal kotor je aku tukar le. Tak ambil kisah pun apa warna bila raya nanti. Tiada langsir baru kecuali kalau langsir yang ada dah tak ok. Kalau dengan mak aku ni mesti kena marah ni.

Tak tukar langsir khas untuk raya bukan sebab aku nak jimat pun sebenarnya. Lebih pada sifat malas nak membeli dan kalut-kalut shopping raya. Lagi pun anak dah 5 orang ni dah tentu budgetnya besar juga. Dua orang anak aku dah tentu kena beli baju ikut saiz orang dewasa dah.

Masa ni lah pentingnya aku jaga berat badan supaya tak bertambah. Dapat juga aku ulang tayang pakai baju yang lama-lama. He..he.. jimat sikitkan. Sayang nak lepaskan baju-baju raya lama yang masih cantik lagi.

Tadi ada pulak yang tegur aku pasal asyik tukar warna blog ni. Eh! Kejap warna peach, biru, maroon dan entah apa warna lagi. MB yang tegur! Bukan Menteri Besar tapi Muhammad Burn.


Langsir blog boleh le nak senang-senang tukar sebab main klik-klik je kat menu template designer tu. Tapi kalau langsir rumah tu jenuhlah nak menukarnya sebab nak kena memanjat dan membuka penyangkutnya satu-satu. Memang lecehlah bagi aku. Lelah dibuatnya. Vacuum cleaner pun kena bawa sama sebab nak menyedut habuk-habuk yang berkepul kat tingkap tu.

Tapi memang elok tukar langsir kat rumah aku ni. Sekurang-kurangnya segala habuk yang ada tu boleh dibersihkan. Aku pun pelik kenapalah banyak sangat habuk. Padahal bukan aku buka pun tingkap rumah tu. Ada yang kata sebab kita pakai plaster siling tu. Betul ke?

Jadi hati-hatilah semasa menukar langsir kat rumah tu. Memanjat tu elok-elok dan ikut langkah-langkah keselamatan. Takut aku kalau ada yang jatuh tersungkur nanti, dah tak boleh nak raya. Aku macam biasalah, basuh je langsir lama tu. Dah 4 tahun guna dan tukar-tukar 3 set langsir. Elok je lagi!

SEGMEN : KAMI BLOGGER PRIHATIN !

Jom sama-sama menderma!

Sebagai menyokong Segmen KAMI BLOGGER PRIHATIN oleh Ben Ashaari,

"Marilah kita sama-sama berdoa untuk saudara kita di Somalia.
Moga sedikit bantuan yang kita hulurkan dapat mengurangkan derita mereka.
Insyaallah yang sedikit akan berganda menjadi banyak"

Jika ada yang berminat untuk menderma, boleh ke laman ini :http://irmblog.org/2011/07/serious-drought-in-somalia-affecting-livelihoods/

Mereka pun nak berhari-raya juga!

Petikan berita dari Utusan Malaysia

ISTANBUL 18 Ogos – Negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) semalam menjanjikan sumbangan AS$350 juta (RM1.05 bilion) untuk mangsa kebuluran di Somalia dan jiran-jirannya di timur laut Afrika manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meminta bantuan kewangan tambahan berjumlah AS$1.2 bilion (RM3.6 bilion).

Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu berkata, jumlah AS$350 juta itu tidak mencapai matlamat AS$500 juta (RM1.5 bilion) yang disasarkan oleh OIC.

Namun selepas mesyuarat tergempar di sini semalam, Ihsanoglu berkata, beliau masih berharap angka sasaran itu dapat dicapai menerusi sumbangan akan datang.

Peserta dalam mesyuarat itu bersetuju untuk mewujudkan satu ‘mekanisme jaminan makanan’ bagi mencegah krisis sedemikian daripada berulang pada masa depan, kata Pengerusi OIC, Menteri Luar Kazakhstan, Yerzhan Khazykhanov.

Dalam ucapan pembukaannya, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menggesa negara-negara kaya di Barat dan dunia Islam menghulurkan bantuan kepada Somalia, kerana mereka turut bertanggungjawab terhadap krisis itu kerana selama ini tidak menghiraukan kemiskinan di negara tersebut.

Islam mengajar kita, kita tidak tidur dengan perut kenyang sedangkan jiran kita kelaparan.

“Sekiranya kita telah menunaikan tanggungjawab kita, adakah negara saudara kita Somalia akan berada dalam situasinya sekarang?” kata Erdogan.

Di New York, ketua agensi kemanusiaan PBB, Valerie Amos yang baru pulang dari Somalia dan Kenya mengucapkan terima kasih kepada penderma yang sudah pun menyumbangkan sejumlah AS$1.3 bilion (RM3.9 bilion) tetapi katanya, PBB memerlukan hampir sekali ganda jumlah tersebut.

“Kami perlu menyalurkan lebih banyak bekalan makanan dan pemakanan, air, peralatan kebersihan dan rawatan perubatan kepada mereka yang amat memerlukannya.

“Kami menghadapi krisis kebuluran yang masih merebak di Somalia dan dengan tahap penderitaan yang begitu meluas, segala usaha perlu dilakukan dan diteruskan pada bulan-bulan akan datang,” kata Amos.

Atas sebab itu, PBB meminta bantuan tambahan AS$1.2 bilion (RM3.6 bilion) kerana banyak lagi nyawa yang perlu diselamatkan di timur laut Afrika, katanya. – Agensi

HULURKANLAH BANTUAN, SEDIKIT PUN JADILAH SEKADAR YANG TERMAMPU!

Monday, 22 August 2011

Hidayah dari cabutan bertuah


Tersentuh hati mendengar pengakuan Wardina di blog sud@is :


Hidayah dari Allah!!

Inspirasi buatku

Cerita yang buat aku hampir menangis tapi masih juga tak berubah... Ishh!! Will Smith yang aku suka!



Aku bolehlah nak main ni sikit-sikit, itu pun anak-anak yang ajar! "Macam ni mama!"
Siapa sangka, Amirul (13) yang selalu susah nak dapat A dalam exam tapi cukup laju main rubik ni.


Senaman fizikal dan minda yang lengkap!

Ramai orang tahu antara tips bila nak sihat kena juga bersenam. Macam-macam cara senaman yang kita pernah dengar dan mungkin pernah buat. Ada yang obses, malah ramai juga yang malas nak bersenam. Akulah tu jenis bersenam ikut mood.

Habis malas nak bersenam pun tentu yang rutin 5 kali sehari ini kena buat juga. Ada pula alarmnya yakni azan bila nak buat senaman tu. Setiap rentak dan gerak telah diatur dengan baik dan teliti untuk kesihatan kita jika kita kaji kebaikannya secara lebih mendalam.

Bukankah Islam itu indah? Solat setiap 5 waktu bukan sahaja senaman untuk kesihatan fizikal tetapi juga terapi minda yang sangat menenangkan jika dilakukan dengan tertib dan berhemah.

Wah! Solat boleh jadi terapi untuk elak mati pucuk. Simple je terapinyakan! Baca SINI.

Bak kata Tengku Nizam, inilah petua untuk Wajah dan hati yang cantik bersama 13 rahsia yang lain di SINI!

Betapa lengkapnya senaman yang diaturkan dalam Islam. Kelebihan solat bukan hanya diakui oleh kita sebagai umat Islam, malah kajian oleh mereka yang bukan beragama Islam juga turut bersetuju. Bacakan sedikit kupasannya di SINI oleh Ng Siew Chok.

Hebatnya solat itu wajib berwuduk sebelum menunaikannya. Setiap anggota wuduk itu antara celah-celahan yang sering culas untuk dicuci ketika mandi terutamanya di kalangan kanak-kanak. Kerana wuduklah belakang telinga kita bersih, hidung pun bersih, wajah terasa segar dan lembap, tangan dan kaki diyakini kerap di cuci dan sebagainya.

Luangkan masa membaca Ganjaran berwuduk dengan sempurna.

Inilah kehidupan sihat yang kita inginkan telah pun diatur oleh Allah sebaiknya. Hanya kita saja yang sering tidak ambil peduli dengan kasih sayang Allah pada kita. Ambillah sedikit masa untuk mendengar youtube tentang kelebihan solat ini untuk kesihatan sepanjang hayat sama ada dalaman mahu pun luaran.



Bagaimana solat pun, lakukan dengan tertib ye! Jangan laju sangat sampai macam dalam entry Solat jangan lupa, tiang agama!

Sunday, 21 August 2011

Nostalgia Biskut Samperit/Dahlia di Hari Raya

Cantiknya hasil tangan Mat gebu! Biskut Dahlia!

Mat Gebu buat biskut Dahlia... menggamit kenangan silam.
Aku panggil biskut Samperit je! Getaran raya semakin hampir.

Acuan lama dari tembaga aku ada dalam entry INI.
Tekan guna ibu jari je! Ada resepi gak!

Resepi Mat Gebu pun ada kat SINI.


Saturday, 20 August 2011

Bukan tanah runtuh!

Diskaun lebih daripada 30% dengan lebih daripada 50 design!!

Korang pilih sendirilah kat Asterisk Boutique.

Rambang mata dah aku!


Hikmah Denggi : Pemakanan sihat, Insyaallah sihatlah kita!

Berat badan aku susut 2 kg dalam masa 10 hari, iaitu dari 61 kg ke 59 kg. Lagi 4 kg nak diturunkan agar sesuai dengan ketinggian aku 160 cm.

Hebat ke?? Mana ada hebatnya kalau terpaksa menahan derita sakit gara-gara denggi baru nak dapat turun berat badan sebanyak itu. Kisah aku kena tahan kat wad kat SINI, kalau ada yang belum baca.

Sepanjang demam denggi, hanya berapa banyak sangat makanan yang masuk dan kekal dalam perut aku. Lebih banyak yang diluah semula. Di hospital pun cuma makan bubur nasi yang kurang perisa, manalah berselera.

Setiap jam aku kena minum air di samping drip air yang masuk kat tangan aku.

Lihatlah kekuatan diet mempengaruhi kesihatan kita. Bukanlah nak suruh korang makan, lepas tu muntah balik. Jangan buat macam tu, takut mudharat badan nanti gara-gara nak turunkan berat badan.

Nak cantik dan sihat, kenalah makan dengan teratur. Kurangkan makan yang berlemak dan banyakkan minum air kosong.

Pemakanan aku semasa di hospital lebih disajikan dengan :

- Ikan atau ayam yang dimasak secara kukus, bakar dan rebus.
- Kurang rasa manis dan masin atau pedas keterlaluan.
- Kuantiti makanan dah tentu tak boleh ditambah.
- Masa makan yang ditetapkan yakni berjadual.
- Minuman suam atau sejuk biasa, tiada ais.

Selain daripada susut berat badan, aku juga perasan jerawat-jerawat halus yang sering timbul bila sedang PMS juga tak ada. Kalau tidak gatallah jari aku ni nak memicitnya. Kalau takut berparut, jangan amalkan memicit jerawat sendiri. Dapatkan nasihat pakar ye!

Maknanya kalau aku ni mahukan berat badan yang ideal, kulit yang sihat dan kesihatan yang baik, aku cuma perlu jaga makan dan banyak minum air kosong. Tak perlu aku nak mencari makanan-makanan kesihatan untuk menurunkan berat badan. Lagi sihat kalau aku bersenam.

Ini pengajaran yang aku dapat dari segi kesihatan akibat demam denggi. Esok cerita lain pulak. Ada hikmahnyakan!!

Friday, 19 August 2011

Dulu Ulan kini Olay - 23 tahun berlalu!

Gambar dari blog Kak Yong

Bila iklan Olay keluar, ia menggamit sejarah masa aku mula nak menjaga kulit dalam hidup aku. Teringin nak kulit haluslah kononnya. Aku pun tak pasti bagaimana aku boleh terdorong menggunakannya.

Mungkin kerana cuba-cuba di zaman sekolah dulu. Tahun 1988, aku baru je form 3. Sebaya dengan usia anak sulung aku sekarang, 15 tahun. Tapi sekarang usia aku dah pun 38 tahun.

Dulu-dulu seingat aku namanya krim pelembap ni bukanlah Olay. Aku panggil Ulan aje, singkatan daripada Oil of Ulan. Entah bila tukar nama ke Olay pun aku tak pasti. Aku cuma berharap krim yang aku pakai ni tak berubah kualitinya.

Kalau tak silap aku krimnya warna pink agak cair berbanding krim pelembapnya yang berwarna putih. Lagi pun yang warna pink ni murah sikit. Zaman sekolah, bukan ada duit sangat pun tapi nak melawa juga. Maka kenalah jimat-jimat juga menggunakannya.

Aku pernah cuba krim lain tapi pusing-pusing aku akan balik guna Olay ni.

Apa yang istimewanya Olay pada aku?

1 - Bagi aku harganya tak mahal sangat tapi berkualiti berbanding jenama lain yang mana aku harus membayar nilai yang lebih untuk mendapat kualiti yang sepadan.

2 - Ia melembapkan wajah tapi tak melekit. Tak perlu sapu banyak pun dah cukup untuk hilangkan kesan kering pada wajah.

3 - Aku selalu guna sebagai alas sebelum berbedak. Manalah pandai nak berfoudation zaman sekolah dulu. Bila cuaca panas, tidak pula muka rasa berpeluh atau bedak jadi kering bertompok-tompok di permukaan kulit. Aku rasa selesa.

4 - Olay juga yang merepair wajah aku kala muka aku kelihatan terbakar dek tersilap guna krim. Konon-kononnya nak tukar, lain pulak jadinya.

5 - Krim Olay lembut pada wajah aku sejak zaman sekolah lagi hingga dah berusia hampir 40 ni.

Itu pengalaman yang aku rasa tentang penggunaan krim pelembap Olay sejak namanya Oil Of Ulan. Yang peliknya aku hanya suka krim warna pink tu saja walau pun ada banyak lagi produk Olay yang dikeluarkan.

Bila tengok iklan ni di Nuffnang dan Churp-Churp, aku tersenyum mengenang masa yang begitu cepat berlalu. 23 tahun yang lalu ia bermula!!

Seronok aku membaca kisah-kisah Olay di SINI.

Admit Hospital Serdang kerana denggi

Sejak keluar dari Hospital Serdang gara-gara denggi, kepala aku masih lagi tak berupaya berfungsi dengan baik. Bukan aku gila tapi kerap benar aku mengalami sakit kepala yang kuat. Boleh kata sepanjang hari juga.

Bila doktor tanya sakit di sebelah kanan atau kiri selalunya? Entahlah doktor! Kadang kiri kadang kanan! Malas aku nak fikir. Aku cuma tau kepala aku sakit. Sebab tu aku memang tak boleh nak menulis sangat di blog ni. Tak boleh nak berfikir dengan baik.

Selepas aku habis taip entry 'Demam sakit seluruh badan' Jumaat (12 Ogos 2011) lalu, aku terus 'OFF' laptop aku dan ke klinik An-Nur berhampiran untuk ambil darah. Sample darah dihantar ke lab di Bandar Baru Bangi. Aku balik ke rumah dan terbaring je di katil menahan sakit kepala dan muntah yang kerap.

Sebab dah tak tahan, aku sms doktor supaya dapat inform keputusan darah. Demam dah rasa lain macam dari biasa, memang terasa pelik le. Doktor call aku katanya suspek denggi sebab bacaan platelet darah dalam 106 sedangkan normal lebih daripada 150. Dia beritahu secara lisan saja sebab surat keputusan tak dapat lagi.

Aku minta tolong doktor sediakan surat rujukan sebab aku nak bergegas ke Hospital Serdang. Baju dan keperluan ringkas aku dah siapkan dalam beg galas aku. Yakin sangat bakal kena admit ni. Aku call hubby minta singgah klinik ambil surat dan hantarkan ke Hospital Serdang.

Lagi sekali darah diambil untuk ujian. Pukul 5 petang aku tiba di sana, dan pukul 6.45 petang baru confirm masuk wad. Penantian memang menyeksakan dalam keadaan separa demam, mual, sakit kepala dan badan yang sakit-sakit.

Ni dia pengenalan aku. Nampak tak nama yang depa print tu? Bukan Liza, tu lah nama rasmi dalam IC aku. Liza ni nama manja sejak aku kecil lagi.

Terima kasih la pada Hanis Azla dan Wani yang sudi melawat aku masa kat hospital. Kesian Wani, datang melawat aku dengan dua orang anak-anaknya tinggal di tingkat bawah dengan suami. Sangkanya tak boleh bawa anak-anak melawat.

Kanak-kanak hanya dibenarkan melawat pesakit pada hari Sabtu dan Ahad dari pukul 12.30 tengahari hingga 7.30 petang. Kalau hari Isnin hingga Jumaat pula hanya mereka yang berusia lebih dari 13 tahun saja yang boleh melawat dari pukul 12.30 hingga 2.00 petang dan 4.30 petang hingga 7.30 petang.

Hanis Azla pun datang waktu rehat. Tempat kerjanya pun dekat aje dengan hospital. Ada khabar gembira yang disampaikannya semasa melawat aku. Blogger Aliza sudah pun selamat melahirkan baby sulungnya di Hospital Putrajaya. Aku pernah jumpa dia di SINI.

Ada juga dua orang kawan pejabat hubby yang datang melawat. Salah seorang tu merupakan client aku juga. Rumahnya pun tak jauh dari rumah aku.

Mak aku kalut telefon bertanyakan itu ini dari Jengka, Pahang. Suruh minum air 100 plus banyak-banyak. Begitulah mak kita ni kan! Anaknya dah tua-tua begini pun mereka akan tetap merasa sangat risau bila anaknya sakit.

Sibuk mak bertanya "Nak mak datang ke? Kamu teruk ke?". Aku ok je! Jangan risau sangat le mak! He..he.. rasa manja le pulak!

Kakak aku pun datang melawat juga. Ini mesti mak aku yang suruh kakak aku lawat.

Ini tanda yang aku dapat sempena penyakit denggi yang aku dapat.

Tangan kiri - Setiap 6 jam kena derma darah untuk check... aduhaiii darah akuuu!!


Tangan kanan - Ini untuk drip air. Nak ke toilet pun kena usung juga!

Bermalam di hospital memang tak best sebab tidur tak lena. Tidur memang tak lena sebab sakit kepala, demam, sakit badan dan pelbagai simptom denggi yang tidak menyelesakan.

Setiap 6 jam ada doktor yang akan kejutkan akan ambil sampel darah. Aku paling tak berkenan kalau yang ambil tu doktor pelatih sebab terkial-kial depa nak mengambilnya sampai aku pulak yang guide diaorang. Eh! Eh! gitu lak? Apa nak buat, depa baru nak belajar. Sapa pulak yang terus pandai tanpa langkah pertamakan.

Lepas tu ada pulak nurse yang kejutkan lagi sebab nak ambil bacaan tekanan darah dan suhu badan. Semuanya perlu dipantau dengan teliti agar cepat sihat.

Doktor sentiasa berpesan agar segera melaporkan jika ada pendarahan. Maka tak bolehlah nak korek hidung sebab takut hidung berdarah, tak boleh gosok gigi sebab khuatir gusi berdarah. Kebetulan hari Jumaat tu hari pertama aku PMS, doktor berikan ubat hormon untuk hentikan pendarahan.

Ubat untuk melawan denggi perlu minum air sebanyak mungkin. Entah berapa kali aku terpaksa ke toilet untuk buang air kecil. Terpaksalah mengusung tiang drip air tu sama. Anak aku kata "tongkat sakti mama!".

Terima kasih pada pihak pengurusan Sapura Brake yang bagi aku buah dan bunga yang comel ni. Sapura Brake ni tempat hubby aku kerja, sama group dengan blogger JeBateja di Sapura Machining.



Hari Selasa petang aku dapat balik rumah. Tapi doktor pesan supaya aku pergi buat test darah pada hari Jumaat (19 Ogos 2011). Baik doktor! Suka tengok doktor yang pesan tu. Doktor wanita berbangsa India yang dah senior. Harus aku tanya siapa namanya nanti!

Perkarangan hospital


Suruh hubby jalan dululah. Aku tak larat nak jalan laju-laju. Nak suruh ambil kat lobby pun nampak macam jem teruk je. Aku bukan suka layan jem ni. So jalan kaki je lah plean-pelan ke kereta selagi larat berjalan.

Parking punyalah penuh! Tengoklah merata-rata pelawat parking kereta ikut sempat aje dah!




Sampai hati ke nak tarik ni?


Terima kasih banyak-banyak pada para doktor dan nurse yang tolong merawat aku semasa di wad dengan baik dan mesra. Insyaallah! Kalau berkesempatan, bolehlah aku lawat korang kat hospital.

Dapat juga aku jumpa hubby cousin aku iaitu Dr. Azman kat situ. Kebetulan pulak dia bertugas di wad aku. Aku pernah menulis kisah perkahwinannya di SINI.

Wa'alaikumussalam Ben Ashaari yang berkirim salam melalui adik aku Asterisk Boutique!! Terkejut wehhh.. Jaga baby ekk!

Dari duniaku : Mana Mak?

19 Ogos datang lagi menandakan genap setahun pemergian ayahanda tercinta. Namun ingatan pada ayah itu tak akan pernah luput. Alfatihah buat ayah! Moga ayah sentiasa dalam lindungan dan kasih sayangNya.

Kita sering diingatkan agar sentiasa menghargai mak dan ayah selagi hayat mereka masih ada. Kita juga hendaklah kekal mengambil berat dan sentiasa mengingati mereka biar pun mereka telah pergi buat selama-lamanya dari dunia ini.

Renungkan kembali diusia tua mereka ini berapa kalikah kita bertanyakan khabar mereka? Berapa kerapkah kita cuba menyelami hati mereka di saat ini? Menelefon pun jarang, apatah lagi ingin berbicara dari hati ke hati.

Kisah 'Mana mak?' tulisan teman aku meruntun jiwa. Ianya adalah kisah kehidupan realiti yang mampu membuat kita berfikir kembali keegoaan kita sebagai seorang anak.


Tuesday, 16 August 2011

Mana yang lebih?

Manusia wajib bertaubat
Tapi meninggalkan dosa itu lebih wajib.

Sabar dalam menangani musibah itu sulit.
Tapi hilangnya pahala sabar lebih sulit.

Perubahan zaman itu memang sesuatu yang aneh.
Tapi kelalaian manusia lebih aneh.

Peristiwa yang aneh akan datang terkadang terasa dekat.
Tapi kematian itu lebih dekat.

p/s : I'm back!

Friday, 12 August 2011

Demam sakit seluruh badan

Dua tiga hari ni memang entry kurang dari aku. Blogwalking pun tak ada. Kenapa? Dah tak ada mood nak berblog ke? Tidak sebenarnya.

Sebenarnya aku demam yang agak teruk sejak hari Selasa dan hari ini merupakan hari keempat. Aku menaip bila sakit kepala aku lega sikit.

Hari pertama - Selasa
Pagi tu aku ke klinik kerana sepanjang malam seluruh sendi aku sakit. Sebenarnya aku dah merasa sakit belakang dan beralih ke sakit kaki sebelah kira sejak 2 hari sebelumnya. Kepala aku juga sakit dengan rasa badan yang agak dedar (panas sedikit).

Suhu badan tinggi sikit je sekitar 38 darjah Celcius. Tekak merah tapi aku tak rasa sakit pun. Tekanan darah ok je. Doktor beri antibiotik, ubat demam, ubat sakit badan.

Aku tak puasa hari tu sebab takut keadaan lesu lebih teruk. Walaupun tak puasa aku hanya minum air. Mulut terasa payau nak makan. Aku makan ubat yang doktor beri.

Tak lama kemudian aku mula muntah-muntah. Tak ada apa yang keluar. Setiap kali aku minum air akan muntah semula selepas 2-3 saat. Hinggakan terpaksa baring dekat bilik air. Bila berbaring semua posisi tak selesa sebab badan masih sakit-sakit dan sengal.

Jadi aku tak memasak hari tu. Terpaksalah hubby beli makanan di pasar. Hubby pun sakit kepala juga hari tu.

Hari kedua - Rabu
Awal pagi tekak terasa sangat pahit seperti pahit ubat. Cuak juga sebab tak pernah pulak demam begini.

Tapi rasa ok sikit sebab sakit badan dah kurang. Cuma badan rasa tak bermaya tapi aku cuba juga ambil anak sulung aku dari sekolah di Bandar Baru Bangi.

Bila petang datang semula mual dan nak pening. Dah terbaring pulak lagi. Kerja apa pun tak boleh nak buat.

Hari ketiga - Khamis
Pun tekak terasa pahit awal pagi. Sungguh tak selesa. Minum air pun cuma hilang sikit aje pahitnya. Mual masih terasa walau pun dah makan ubat tahan muntah.

Aku tidur je sejak pukul 9 pagi sampai 11 pagi sebab tak larat nak layan mual dan sakit badan yang datang semula. Seksa rasanya.

Pukul 2 petang aku ke klinik semula sebab mual aku yang menjadi-jadi.

Hari keempat - Hari ini Jumaat
Makan ubat berhari-hari pun macam taj jadi apa je. Jarang sangat aku demam berhari-hari sejak aku kecil lagi. Aku harap tak adalah demam yang bukan-bukan.

Malam tadi aku dah sms doktor pasal nak ambil darah untuk test. So pagi ni baru dia reply suruh datang pagi sebab klinik tutup pukul 12 untuk solat Jumaat.

Doakan aku cepat sembuh ye! Kalau kaum ibu tentu faham jika kalian jatuh sakit. Banyak urusan rumahtangga terbengkalai. Kesian anak-anak dan suami yang kalut nak bersiap untuk buka puasa. Lebih-lebih lagi bila ada anak yang usia di bawah 3 tahun. Memang kalut.

Thursday, 11 August 2011

Selamatkan akidah mereka dari musuh Islam

gambar IluvIslam

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ni,
janganlah kita lupa pada mereka yang miskin.
Jangan berlebih-lebihan dalam berbelanja.
Berpada-padalah!
Perkara paling penting, jangan lupa bayar zakat
supaya tidak berlaku perkara yang menyedihkan kita
sebagai umat Islam ini :

Wednesday, 10 August 2011

Lemang kesukaan ayah

Melihat gambar ini yang aku ambil dari blog Mas Saari pasti menggamit ingatan pada arwah ayah. Kebetulan pula semalam 9 Ramadhan, genap setahun ayah meninggal kami sekeluarga. Namun raut wajahnya masih tetap dalam ingatan. Begitu juga suaranya bila berbicara.

Arwah ayah sangat suka makan lemang. Setiap kali raya pasti mak akan buat lemang untuk ayah. Semasa ayah sihat dulu, dialah yang menjaga api membakar lemang. Sejak dia sakit, anak-anak dan menantu lelaki yang mengambil alih tugas. Itu pun banyak petua yang abang-abang aku pelajari semasa membakar lemang dari ayah agar ia tidak berkerak dan masak sekata.

Raya tahun lepas kami tidak membakar lemang pun kerana tidak mahu menambah kesedihan mak kerana baru saja ayah meninggal dunia. Pasti air mata mak akan gugur jika melihat lemang kerana itulah masakan kesukaan ayah semasa hayatnya.

Anak-anak aku sendiri rindukan saat-saat mebakar lemang dan mengharapkan dapat beraya di Jengka. Tapi apakan daya, setiap kali raya mak pasti akan ke rumah kakak di Desa Subang Permai kerana pusara ayah di Kota Damansara. Pastilah kami akan menziarahi pusara ayah di pagi raya.

Semalam pun mak menangis-nangis menelefon kakak aku dari kampung di Jengka 16, Pahang mengingatkan agar menziarahi pusara ayah sempena genap setahun ayah meninggal. Jika mak ada di rumah kakak, biasanya seminggu sekali mak akan melawat pusara ayah.

Entahlah! Rindunya aku pada ayah. Semalam pun teresak-esak aku menangis teringatkan ayah. Tak pelah, semalam pun aku tak puasa kerana demam teruk. Setiap kali aku sakit, memang ingatan pada ayah lebih kuat.

Kisah ayah banyak aku kongsikan di SINI. Alfatihah!

Dunia semakin kejam dan tak berakal

Dunia ni semakin kejam. Banyak perkara kejam yang dilakukan oleh manusi yang tidak berhati perut dan tidak punya perasaan belas. Di manakah silapnya? Adakah sejarah hidupnya sedari kecil yang mendorongnya bersikap kejam?

Mereka sememangnya tidak punya rasa bila memukul orang lain, menikam, menembak, mencekik, mencampak dan pelbagai kelakuan jahat. Ada yang nekad semasa kali pertama melakukannya dan ada yang memang sudah biasa melakukannya. Apalah yang mereka fikirkan waktu itu? Puas melihat orang lain menderita agaknya. Tiada sekelumit pun perasaan bersalah dalam diri.

Lihat saja berita hari ini di Harian Metro tentang kekejaman manusia :


Ini hanya sebahagian yang dilaporkan dan belum dicampur berita yang lepas-lepas. Banyak lagi kes penderaan yang berlaku masih didiamkan. Kadang air mata aku mengalir juga bila ianya melibatkan kanak-kanak kecil yang tak berdosa.

Adakah ia disebabkan oleh didikan ibu bapa yang acuh tak acuh saja, sikap buruk ibu bapa sendiri turut mempengaruhi sahsiah anak-anak atau pemakanan haram dari sumber haram?

Jika kita sayangkan generasi kita, maka berubahlah untuk mengikis sifat-sifat buruk yang ada atau mungkin yang tersisa dalam diri kita. Tanamkan azam itu kuat-kuat dalam hati.

Mungkin kita bersifat kasar dan pemarah kerana pengaruh ibu atau bapa. Tapi berusahalah agar kita tidak mengikut jejak mereka. Insyaallah kita boleh berubah dan jangan lupa berdoa pada Allah.

Tuesday, 9 August 2011

Selamat tinggal kotak komen IntenseDebate!

Ingatkan takutlah kalau ada yang menyamar masa komen seperti yang aku risaukan dalam entry NI, rupanya ada perkara lagi yang menyakitkan hati aku dengan InstenseDebate ni. Bengangnyalah!

Aku perasan bila ada satu komen adik aku di entry pasal dapat BE di kotak 'Awaiting Moderation' blogspot. Habis semua komen yang kawan-kawan bagi untuk entry tu yang mengguna IntenseDebate hilang. Aku cuba cari di menu 'History' dalam akaun IntenseDebate tu tapi dah tak ada. Dia cuma simpan komen sehari sebelum je. Sungguh buat aku angin je! Sabar Liza! Bulan puasa ni!

Aku ingatkan kalau apply arahan komen untuk entry terbaru, maka kotak komen IntenseDebate akan kekal di entry terbaru tu hingga bila-bila, rupanya memori dia cuma untuk entry terkini. Komen di entry terbaru yang dah tak terkini tu akan terpadam. Jika aku apply untuk semua entry, komen-komen lama pulak akan padam juga.

Jadi, sebab dia dah padam komen kawan-kawan aku semalam maka aku pun dah padam kotak komen IntenseDebate dari blog aku... babai! Hanya ini yang aku dapat selamatkan untuk satu entry sebelum INI.