iklan

Followers

Pages

Tuesday, 2 August 2011

Yang habis duit tu hubby! Bukan aku!


Semalam si comel Wardah Alisya ada buat segmen sempena Ramadhan di SINI. Walaupun segmennya dah habis tapi aku nak share juga dengan dia apa yang mesti ada untuk berbuka.

Gambar ni curi dari blog AmieR FeKhRy : Kesian dia makan sorang-sorang je semalam.

Kuih tepung pelita ni macam wajib pulak ada dalam menu buka puasa. Hubbylah yang suka sangat membelinya. Aku ni nak membuat pun tak pandai, malas pun iye juga! Anak-anak pun suka!

Agar-agar gula melaka dan santan Izah Muffin Lover lagi. Paling hubby suka! Kadang dia beli, ada mood aku buat le...he..he..


Kadang bergilir juga dengan puding karamel roti ni. Ini pun curi gambar dari blog Izah Muffin Lover yang selalu menggoda aku dengan masakannya. Beli juga kat pasar Ramadhan.

Tak adalah aku nak membuat kuih kat rumah, semua beli aje. Aku cuma suka masak lauk untuk makan dengan nasi aje. Kadang-kadang masak mee sama ada mee goreng, mee rebus atau mee sup. Selang seli juga dengan kuew tiaw.

Hubby sangat suka air tembikai. Hari-hari dia blend sendiri! Ha..ha.. bertuah dapat suami rajin macam ni kan. Senang kerja aku. Sedap tembikai yang dapat cilok dengan jayanya dari blog Cik Eka.


Seelok-eloknya anak dah 5 orang ni baik kalau aku memasak je. Lebih jimat untuk seisi keluarga. Boleh habis lebih daripada RM50 kalau semua nak beli di pasar Ramadhan tu. Patutnya lebih jimat, tapi terlebih belanja pula di bulan puasa.

Sebab tu lah bila hubby nak ke pasar malam, aku akan pesan "beli kuih aje yang! Jangan beli lain, nanti membazir! Yang habis duit ayah! Bukan duit mama!".

Bila ingat duit tu duit dia, sedarlah sikitkan. Biasalah orang ni selalu rambang mata bila ke pasar Ramadhan. Semua nak dibeli.

Kena belajar buat kuihlah macam nikan! Anak-anak paling suka menyibuk buat kuih gula melaka. Biasa buat masa hari cuti le... So! Jangan membazir makanan. Ingat-ingatlah mereka yang susah nak makan. Antaranya seperti di Somalia tu.

9 comments:

Siti Hajar Masri said...

Baik masak dr belikan..senang..;p

diana said...

saya tak biasa beli2 kuih ni.selalunye buat je.sedap ke tak sedap belakang cerita.saya suka cuba2 resepi..:p
jarang2 berbuka ada kuih sebab suami memang makan nasik je..
kuih tu sekadar nak nampk ni bulan puasa je..
hahaahh

Alisya said...

terharu alisya akak join juga..

jus tembikai, faveret alisya..puding roti karamel pun sedap...err, lambat lagi eh nak berbuka?

hihi

Aku Ibu Muda said...

Kalau boleh menahan nafsu kat PARAM tu no problem lah, mcm suami wani semalam..pesan murtabak..murtabak je lah dia beli. alhamdulillah kuat iman dia..kih kih kih..

tapi kalau bini dia ni yg pergi, walahualam...ehehe

kak liza, bukan param je kita kena berhati2 jaga nafsu...

buffet ramadhan pun sama :)

http://familymoza.blogspot.com/2011/07/buffet-ramadhan-suatu-pembaziran.html

Hanis Azla said...

klu saya kak, selagi boleh elak ke pasar ramadhan tu mmg saya elak.. sbb selalu mmg rambang mata nak membeli.. makannya tidak.. he..he.

Cik Eka said...

mak eka kan dia marah eka beli semalam..hehehe

dia suruh makan apa dia masak..

kak,eka pun curi gugel..hihihi

cantekk said...

alamak...baru teringat..
ptg ni nk g bli la kuih tepung pelita kt bazar...nyummy

kisah cik paro said...

masak je..
xpyh beli membazir..
tapi2 kdg kalo beli pun boleh..
mesti rambang mata kan..
semua sedap..
pdhl bila makan biasa je..

izahdaut said...

hehehe.. amik je kak tak kisah sebab dah tahu akak akan link punya kan... sedap puding roti karemel tu..dah cuba tak? pasti memikat hati