iklan

Followers

Pages

Wednesday, 3 August 2011

Menu untuk sehari

Menu buka puasa tadi :

Popiah goreng
Sandwich Tuna
Murtabak Mee

Nasi putih
Masak lemak labu
Tomyam campur
Daging masak pedas

Mee goreng
Bubur kacang hijau+durian
Keropok ikan

Air jus epal
Air mineral

Perghh... banyaknya yang nak dimakan. Hidangan untuk ahli keluarga aku yang ada 7 orang termasuk.

Ini macam makanan cover untuk sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam je. Tak ada maknalah nak jimat atau berdiet. Silap-silap bulan Ramadhan lebih banyak belanja makan daripada hari-hari biasa. Tak pernah nak belajar berjimat.

Sebenarnya masak lemak labu dan tomyam tu ulangan dari semalam. Begitu juga mee goreng dan sebahagiannya aku jadikan murtabak.

Pernah buat murtabak mee? Resepinya korang reka-reka sendirilah ye. Aku memang tak pandai nak ajar memasak.

Anak-anak berusia 2, 9, 11, 13 dan 15 tahun. Bila buka puasa, si kecil Arif yang 2 tahun pun turut sama nak makan.

Nasib baik dia ada kerusi babynya sendiri. Cukuplah kerusi untuk 7 orang. Kena beli set meja makan besar lagi agaknya.

Selain Arif, semuanya kuat makan mengalahkan orang dewasa. Terutama anak lelaki aku yang 13 tahun tu, Amirul. Azri,9 yang jarang nak makan banyak pun bukan main ulang-ulang makannya.

Tadi pun dah jenuh aku menegur Amirul makan. Nasinya dah di dalam pinggan dengan sayur labu dan tomyam. Tapi tangan masih nak mencapai murtabak dan popiah goreng. Minum air je dan 3 gelas penuh. Kemudian capai pula keropok ikan.

Akhirnya dia tak larat nak habiskan nasi. Kan dah membazir!

Hari-hari kena berterima-kasih dengan Aishah yang selalu tolong aku buatkan air. Sandwich tu pun dia yang buatkan juga. Senang sikit bila ada anak yang boleh tolong masak.

Esok nak masak apa pula. Bila masak banyak, anak-anak pun banyak makannya. Memang makin montellah nampaknya. Salah maknya juga yang tak tegas kawal pemakanan dia.

Patutnya bulan puasa ni bagi perut berehat dan diri makin sihat. Ini tidak! Lagi bagi tambah sesak nafas dibuatnya. Macam mana nak sihat?

3 comments:

jeBateja said...

kalau tak leh nak mikir kak....cuba tawaf kat pasar ramadhan seri putra tu...mana taw ada idea....ahakz...

diana said...

anak2 tengah membesar kak...
keluaraga akak pulak keluarga besar...
mesti meriah je masa berbuka...
seronok la...

A.s.t.i.n.a said...

anak2 saya yang 5 dan 7 tahun tu pun dah puasa penuh kak.. puasa pertama jer tak sampai berbuka... saya dulu darjah 5 kot baru puasa penuh.. sobssss..

memang betul.. bulan puasa bertamabh berat badan ini...