iklan

Followers

Pages

Tuesday, 23 August 2011

Langsir bertukar lagi tahun ni?

Wow! Aku tak nampak langsir dah! Aku nampak set sofa yang cantik je!
Muhamad Baihaqi dari aQistudio yang design

Kalau aku kecil-kecil dulu memang ambil kontrak tukar langsir rumahlah sama ada dengan kakak atau adik aku bila dah dekat sehari dua nak raya. Kadang-kadang kalut malam raya baru nak tukar selepas dah panjang mak aku berleter.

Kalau tak langsir warna kuning, mak jahit langsir warna pink. Mak pandai jahit langsir sendiri, begitu juga kakak aku. Kakak ipar yakni isteri abang yang sulung pun ada ambil tempahan menjahit langsir sekarang ni.

Sekurang-kurangnya adik aku pandai juga buat cookies yang sedap mengalahkan cookiesFamous Amos walau pun dia tak pandai nak jahit langsir. Aku ni dua-dua tak reti nak buat. Aku tau tempah je!

Sekarang aku tak ambil kisah sangat pun dengan langsir untuk raya. Asal kotor je aku tukar le. Tak ambil kisah pun apa warna bila raya nanti. Tiada langsir baru kecuali kalau langsir yang ada dah tak ok. Kalau dengan mak aku ni mesti kena marah ni.

Tak tukar langsir khas untuk raya bukan sebab aku nak jimat pun sebenarnya. Lebih pada sifat malas nak membeli dan kalut-kalut shopping raya. Lagi pun anak dah 5 orang ni dah tentu budgetnya besar juga. Dua orang anak aku dah tentu kena beli baju ikut saiz orang dewasa dah.

Masa ni lah pentingnya aku jaga berat badan supaya tak bertambah. Dapat juga aku ulang tayang pakai baju yang lama-lama. He..he.. jimat sikitkan. Sayang nak lepaskan baju-baju raya lama yang masih cantik lagi.

Tadi ada pulak yang tegur aku pasal asyik tukar warna blog ni. Eh! Kejap warna peach, biru, maroon dan entah apa warna lagi. MB yang tegur! Bukan Menteri Besar tapi Muhammad Burn.


Langsir blog boleh le nak senang-senang tukar sebab main klik-klik je kat menu template designer tu. Tapi kalau langsir rumah tu jenuhlah nak menukarnya sebab nak kena memanjat dan membuka penyangkutnya satu-satu. Memang lecehlah bagi aku. Lelah dibuatnya. Vacuum cleaner pun kena bawa sama sebab nak menyedut habuk-habuk yang berkepul kat tingkap tu.

Tapi memang elok tukar langsir kat rumah aku ni. Sekurang-kurangnya segala habuk yang ada tu boleh dibersihkan. Aku pun pelik kenapalah banyak sangat habuk. Padahal bukan aku buka pun tingkap rumah tu. Ada yang kata sebab kita pakai plaster siling tu. Betul ke?

Jadi hati-hatilah semasa menukar langsir kat rumah tu. Memanjat tu elok-elok dan ikut langkah-langkah keselamatan. Takut aku kalau ada yang jatuh tersungkur nanti, dah tak boleh nak raya. Aku macam biasalah, basuh je langsir lama tu. Dah 4 tahun guna dan tukar-tukar 3 set langsir. Elok je lagi!

15 comments:

alongxp said...

wow...tu ruang tamu umah akak ke? gilek ah...

Liza @ Adzriel AB said...

alongxp : ishhh... along! bukan rumah kak liza tu. tak mampu la wehhh..

Fadzmie Mohamad said...

Saya pun bab-bab tukar langsir ni, memang malas habis. Kadang-kadang sampai kena cat rumah lagi. Wuu. Penangan raya punya pasal. Haha.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

kalaulah tukar langsir umah blh semudah tukar langsir blog kan mest?hehehe

Puan Kutu said...

jgn cakap tukar langsir,tak sempat nk buat lgsir pun.sliding door je dok ada.tu pun dah pkai dua taun.hehe..bab habuk tu mmg tak bley buat apa.umah sy pun sama..

mas saari said...

tak tukar pun...huhuhu
pakai langsir tahun lepas je!

Dinas Aldi said...

Yalah, kalaulah tukar hiasan rumah tu senang macam klik klik tukar blog background, alangkah indahnya, hehehe. Akak dari zaman remaja dulu allergic betoi bab tukar2 langsir. Zaman dah kerja ni nasib baikla boleh upah orang tolong turunkan & pasang balik langsir serta cuci rumah bagai, kehkehkeh!

Citarasa Rinduan said...

samalah, langsir rumah tak ganti 4 tahun..
tapi langsir blog ganti..
hhehehhe

ayu pun hairan lah liza... langsir ayu kerap berabuk.. kena eik.

diana said...

saya jahit langsir sendiri tahun ni..selalunya tempah kat orang..
tapi datang mood rajin terlampau tu...
teruja la nak pasang langsir raya ni..
hasil tangan sendiri..:P
tapi jahit yang biasa2 je la..
tak de la mcm dalam gamba tu..
hehhe

ummiarissa said...

saya pun baru nak tanya lawanya ruang tamu tu,,,rupenya bukan umah kak liza..sebab cantiklah...kak saya duk umah kerajaan tak tukar langsirlah..umah sendiri tak pelah..

p/s:kak jgn lupa amik kad raya kt blog saya ye..he he he

-Sara- said...

tuko langsir blog hari2 pon bleh kan kak liza..hehe :D

Eye_nee said...

kalau ikut kan hati...mmg tak mahu tukar..tp sbb langsir dah koyak kena cakar kucing..terpaksa jugak tukar thn ni...

Liza @ Adzriel AB said...

Fadzmie Mohamad : kalau nak mengecat tu jenuhlah kak liza. dgn anak kecik ni leceh le nak alih2 barang.

Lydia Miza(Aidyl Azim) : berangan ajelah kita..ha..ha..

Puan Kutu : tak pe.. selamat duit kita

mas saari : kita geng le mas

Dinas Aldi : itu yg terbaik kak dinas.. tak payah susah2

Citarasa Rinduan : itulah, kak liza suka langsir baru blog ayu

diana : hasil jahitan sendirilah yg ada umph tu diana.

ummiarissa : rumah customer aQistudio tu. kat shah alam rasanya.

-Sara- : itule.. samapai ada yg menegur pulak.

Eye_nee : kucing tu ada bau ikan kot. kena spray dgn fbreeze tu.

Aku Ibu Muda said...

malas nk tukar langsir...sbb wani kena get ready jaet langsir rumah baru...hehe

Liza @ Adzriel AB said...

Aku Ibu Muda : excitednya nak masuk rumah baru... alhamdulillah wani!