iklan

Followers

Pages

Tuesday, 2 August 2011

Macam over budget je ni!

Kakak Aishah suruh Arif posing dengan honey dew.

Peacelah konon tapi tak menjadi! Selamat berpuasa semua dari Arif.

Kakak Aishah pilih cili besar. Arif tak nak posing untuk mama.

Sementara aku suruh Arif posing, boleh pulak dia cubit-cubit kobis panjang ni.
Weiii! Habislah kobis aku Arif oii... mama nak masak tu nanti!

Petang tadi shopping barang dapur sikit untuk buka puasa dan sahur. Bila bawa Aishah ni memang pening melayan kehendaknya. Macam-macam dia nak ; aiskrim, epal, honey dew, sotong, krim coklat dan macam-macam lagi. Bahaya betul shopping ikut nafsu ni, bukan ikut berapa pendapatan kita.

Aku lebih suka ke pasaraya Giant dekat Seksyen 7, Bandar Baru Bangi daripada yang di bangunan Warta (nama lama) tu. Barang basah kat sini lebih meriah dan segar nak dipilih. Dapat juga memilih sedikit sotong, ayam dan udang untuk bahan tomyam petang ni.

Shopping sambil bawa baby ni leceh sikit tapi nasib jugalah Arif ni tak buat kerenah kalau ternampak mainan. Kalau aku kata 'No' dia pun ajuk 'No' jugalah. Mulut semakin petah sekarang ni. Sempat belikan roti jagung dan air vitagen untuk Arif yang tak puasa.

8 comments:

Usahawan Muda said...

jemput ke blog usahawan muda. http://biznesshoppe.blogspot.com/

Muhammad Burn said...

seronoknya. suami mana?

Puan Kutu said...

belanja dengan anak selalu mmg over budget..:)

sitiezahim said...

betul2..tapi sesekali saya pon ikutkan kehendak dia..asalkan dia nak makan :D

ceriteraliyana said...

baguslah anak sis..dengar kata, =)

Ct Aja said...

tarik banyak2 arif, xpe mama byr...ki3

ayanuts said...

he..he..baiknyerr arif...good boy :)

Dinas Aldi said...

alaaa kiut la Arif posing! buat peace tak jadi pun comel sangat!