iklan

Followers

Pages

Thursday, 25 August 2011

Tester pencuci muka

"Mama! Ada sample produk untuk test!" ujar Aishah pada aku.


"Laa... apa motif diaorang letak tester pembersih muka kat sini?" tanya Aishah lagi!


Pendapat peribadi aku ialah "Diaorang ni pening ke?". Lain kali letaklah sinki sekali kat situ. Senang aku nak test cuci muka ni. Lawak betul!

Kalau yang ini barulah betul. Picit je sikit kat belakang tangan, gosok secara putaran. Maka sel-sel kulit mati akan keluar macam biji-biji halus. Wah! Tangan aku nampak lebih cerah!

Sungguh! First time aku jumpa orang letak pencuci muka sebagai tester. Selalunya minyak wangi. Atau aku yang jakun dan tak pernah jumpa? Atau mungkin juga aku yang bengap lagi jahil?

Test bawak balik rumah boleh dak? Free je kan!

3 comments:

Anonymous said...

Kalo betoi ada emas 24k dlm tu, tentu regenya mahei melantun, kalah rege estee lauder.. Ye dak... Hihi..
~ Ainul A.B ~

Liza @ Adzriel AB said...

Ainul A.B : apasal jadi anon lak ni... kau tau je la aku kan sakan le gelak dgn aishah masa tu. nasib tak de sales girl masa tu, kalau tak mau je aku mintak dia demo kan pencuci muka tu.

Aku Ibu Muda said...

kak, angkut ngan botol2 tu bwk balik