iklan

Followers

Pages

Monday, 8 August 2011

Bantuan! Takut ada menyamar komen kat blog aku!

Hari ini aku test run guna kotak komen IntenseDebate seperti yang mula dari entry 'Akhirnya ada jugak BE Nuffnang untuk aku'. Itu pun entah berapa kali try install dan uninstall. Dah buat sendiri yang tak pernah ada pengalaman pun, memang agak haru le.

Memanglah mudah aku nak reply semua komen yang korang tinggalkan! Link terbaru korang pun akan terpapar selepas korang beri komen.

Ini masih jenuh lagi cuba pasang widget 'recent comments' dan 'top commenters' dari IntenseDebate juga. Masih tak berjaya seperti yang aku nak sebab statistic hanya dikira jika tukang komen juga log in ke IntenseDebate atau WordPress.

Kira oklah kalau aku nak guna. Cuma yang aku risaukan jika ada yang menyamar guna url link orang lain. Boleh ke macam tu? Aku cuba juga tadi, macam boleh je! Cuba korang pulak masukkan url link yang lain tanpa log in akaun blog tu!

Atau mungkin aku tertinggal sesuatu? Kalau mereka yang pernah guna ni mungkin fahamlah maksud aku agaknya.

Manalah tau ada yang menyamar jadi Diana Rashid, Ben Ashaari, DenaiHati atau Kak Jie ke untuk komen?? Bahaya tu!

Kalau ada yang tau, tolong betulkan aku jika aku tersilap!

Takut aku nanti siapa-siapa pun guna nama orang lain ikut suka hati je. Kalau susah-susah, balik asal guna blogger.com je lah. Aku pernah try nak pasang reply tapi tak jadi kat blogger.com tu. mungkin terpaksa balik ke template asal dulu agaknya.

3 comments:

Hanis Azla said...

klu yg intensedebate semalam tu, saya langsung tak boleh nak komen kak.. tak tahu kenapa.. berapa kali klik pun tak jadi apa2 kak..

Adzriel @ Liza AB said...

Hanis Azla : itu yg kak liza tukar balik... takpelah. susah sikit je asal komen selamat.

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

saya lagi lmbab pasal ni.. sory kak xdapat membantu :(